Sumber Resepi: Majalah Rasa
Bahan:-
1 ekor ikan bawal – boleh gantikan dengan ikan lain
Bahan Kuah:-
2 sudu makan cili kisar
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Sos ikan
Jus limau
2-3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar @ bawang holland - potong dadu
1/4 biji nenas segar - potong dadu (jika kecil guna 1/2 biji)
1 biji tomato - potong dadu
10 biji cili padi - potong
1 batang serai - hiris
Daun ketumbar - hiasan
Sedikit air
Garam, gula dan perasa
Minyak masak
Caranya:-
1. Bersihkan ikan bawal. Lumur garam dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk membuat sos, panaskan minyak tapi jangan terlalu banyak.
3. Tumis bawang putih, cili kering dan semua sos diatas. Sukatan sos agak-agak sahaja ikut cita rasa masing-masing.
4. Bila sos kelihatan masak sempurna, masukkan sedikit air dan jus limau. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing.
6. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, nenas, cili api dan serai. Masak lagi selama beberapa minit.
7. Tuang kuah ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.
*Tips - Sebaiknya guna nenas segar kerana ia akan menjadikan rasa sos lebih sedap dan beraroma.
No comments:
Post a Comment