Tuesday 27 May 2014

Sotong Berlada

Sotong
Cili kisar
Serbuk kunyit
Garam
Bawang putih

1. Sotong digaul dengan kunyit  dan garam.
2. Tumis bawang putih. Masukkan cili dan goreng hingga garing.
3. Masukkan sotong dan biarkan kering.


Sunday 25 May 2014

Kenduri Kahwin Orang Biasa vs Kenduri Kahwin Orang Kaya


 

Perbezaan kenduri kahwin orang biasa dan kenduri kahwin orang kaya berdasaarkan pengalaman-pengalaman yang telah saya lalui. Seperti yang semua sedia maklum, orang biasa yang dimaksudkan adalah orang yang selalunya membuat kenduri kahwin di rumah, tidak di dewan besar atau di hotel yang bertaraf berbintang-bintang. Manakala orang berada atau lebih senang dipanggil orang kaya sering menjadikan tempat untuk mengadakan kenduri kahwin di dewan-dewan atau hotel-hotel mewah. Di tempat bertaraf mewah memang menarik dan serba serbi canggih. Makanan terhidang depan mata, siap ada napkin, bunga terletak indah di tengah meja, makanan diletakkan dalam bekas cantik. Turut dihidangkan sekali seperti kopi, teh dan pemanis mulut. Kerusi juga beriben dan beralas indah.Namun sering kali terdengar rungutan tiada siapa yang datang membantu anda terpaksa pula melilau mencari tempat duduk. Nak tak nak anda terpaksa berlegar-legar mencari tempat duduk sehingga jumpa. Kalau nasib baik ada penyambut tetamu cekap, lekaslah dapat duduk. Jika tidak macam apa entah terhegeh-hegeh mencari tempat duduk, lebih malu jika disaksikan oleh tetamu lain yang sudah lama hadir di situ. Pasti ada yang terfikir, biasanya majlis yang mewah pasti ada penyambut tetamu. Tak kan lah boleh jadi macam itu? Memang kadang kala ada penyambut tetamu, tetapi kalau penyambut tetamunya letak yang cantik tapi tak tahu buat kerja macam mana? Pakai cantik-cantik, berbaris tepi pintu dan asyik tersenyum kepada tetamu. Itu sahaja yang mereka buat.Bukan hendak tolong tunjuk kan kepada tetamu tempat duduk tapi sibuk bergambar,bersalam sambil bergesel-gesel pipi, menyapa kenalan mereka yang baru hadir, berborak-borak sesama mereka dan macam-macam lagi kerenah nya. Sudah lah geram dengan keadaan itu, tambah pula apabila kita sudah berbaris panjang nak bergambar, tiba-tiba ada pula hamba Allah jumpa kawan dia sepasang suami isteri, bersalam kemudian disuruh masuk barisan di hadapannya. Kemudian datang seorang lagi, juga disuruh masuk, sehingga genap tiga pasangan kawan mereka memotong barisan. Amboi-amboi..melampau sungguh.Boleh sakit hati dibuatnya Sekurang-kurangnya hormatkan tetamu lain. Ini tidak, mentang-mentang mereka itu kawan mereka, orang kenal, mereka ingat mereka boleh buat sesuka hati. Kalau kenduri kahwin orang biasa pula, selalu kenduri diadakan di hadapan rumah dengan menggunakan khemah kenduri kahwin.Tuan rumah sambut tetamu tanpa perlu tetamu beratur panjang semua.Bersalaman dengan tuan rumah dan terus dijemput masuk.Makanan pula dihidang secara bufet. Ada yang katering dan ada juga yang masih gotong royong memasak secara tradisional.Paling kurang ada lima enam jenis lauk dan buah-buahan sebagai pencuci mulut, termasuk juga disediakan teh tarik, kopi O, bubur kacang dan macam-macam lagi.Tetamu boleh seronok makan sambil berbual-bual tengok pengantin bersanding. Selalu selepas bersanding, pengantin dan ibu bapa datang bawah khemah menyapa tetamu sambil mengucapkan terima kasih dan bersalaman. Tidak payah berbaris dan bersusah payah seperti di kenduri orang kaya kerana di majlis kenduri orang kaya, pengantin dan tuan rumah tunggu depan pintu, apabila habis tetamu kenamaan beredar, mereka pun lesap. Tinggal tetamu lain terkapai-kapai mencari jalan pulang. Dan selalu nya pun, pada majlis kahwin orang biasa, kita dibekalkan buah tangan, sebuah beg kertas penuh dengan kuih tradisional, gula-gula, kek dan sapu tangan dan bunga telur yang cantik.Semua yang hadir dapat termasuk lah kanak-kanak kecil. Tetapi di kenduri orang kaya pula, ada yang pulang dengan tangan kosong.Yang dapat buah tangan hanya lah mereka yang berpangkat tinggi atau yang dipanggil VVIP/VIP..konon-kononnya hanya orang kenamaan sahaja yang layak dapat.Perlu ke nak diskriminasi sampai tahap macam tu? Jadi sebagai pengajaran, tak perlu lah rasa rendah diri jika tidak dijemput ke majlis kahwin orang kaya, jangan rasa terhina bila asyik ke majlis orang biasa. Kaya atau biasa bukan ukurannya. Yang penting jemputan tuan rumah dipenuhi kerana kita semua ni sama di sisi Allah. Yang berbeza di dunia hanyalah pangkat, darjat dan kemewahan yang juga dianugerahkan Allah.


Sunday 18 May 2014

Bubur Sum Sum



Bubur sum sum ni selalunya kita jumpa kalau dalam bulan puasa je. Teringin nak makan sebab sejak mak Cik Na x da memang x pernah buat kuih ni. Simple je pun.

Bahan:-
1 cawan tepung beras
4 cawan santan
Sedikit garam

Campur semua bahan dalam kuali. Kacau sampai berkilat. Kemudian tuang dalam bekas dan sejukkan.

Kuah:
Gula Melaka
Air

Masak kedua2 bahan dan boleh dimakan dengan kuih yg dah sejuk.


Sotong Goreng Tom Yam

Bahan:-

500g sotong sedang (bersihkan, potong 3 dan gorengkan sedikit)
3 biji kentang (potong baji dan gorengkan) (cik na x letak pun)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai (ketukkan)
1 labu bawang besar (mayang)
1/2 cawan air asam jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato (belah 4)
Minyak
Garam

Bahan Tumbuk:-

5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya:-

1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2.Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan.
3.Masukkan daun limau purut, serai, bawang besar dan semua bahan di atas.
4.Masukkan air asam.
5.Bila nampak kering air, masukkan kentang. Gaulkan rata.
6.Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yang dipotong.

Cekodok Pisang


Cekodok pisang ni memang favourite cik na..tak kisah la untuk sarapan ke minum petang....hmm nak resepi jugak ke...

Bahan:-

Pisang - dilenyek
Tepung gandum
Gula

Caranya :-

Campurkan semua bahan dan bolehlah digoreng bulat2.

Pegaga Masak Lemak Cili Api


Masak lemak pegaga ni Cik Na masak untuk ayah masa balik kampung beberapa minggu lepas. Dalam keluarga Cik Na ayah dan adik kedua yg suka makan sayur2 kampung ni. Jadi Cik Na cuma akan masak lauk2 mcm ni bila balik kampung je.

Resepi : 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A :-
1 ikat pegaga
2 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
2 sudu makan udang kering
Garam

Bahan B (Dikisar) :-
15 biji cili api
2 biji bawang merah
1 1/2 inci kunyit hidup
1 cawan air

Caranya:-

1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
2. Apabila mendidih, masukkan santan pekat dan rasakan garam. Sentiasa kacau supaya kuah tidak pecah minyak.
3. Apabila sudah mendidih, tutupkan api.

Sambal Sotong

Sambal sotong ni pun resepi dari mak Cik Na.

Bahan:-

Sotong
Cili kering *
Bawang Merah*
Belacan*
Air asam jawa

Caranya:-

1.Kisar semua bahan yang bertanda *.
2.Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing.
3.Masukkan air asam jawa dan sotong.
4.Masukkan garam dan biarkan sehingga sotong masak.

Ayam Goreng Tom Yam


Lauk ni Cik Na masak dah lama tapi baru ada masa nak post. Resepi ni ringkas dan sedap. Cik Na ambik dari buku 1 Hari 1 Resepi. 

Resepi: 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:-
300 gm isi ayam (dipotong nipis)
1 batang serai
1 sudu makan pers tom yam
5 biji limau kesturi (diambil airnya)
1 pokok daun ketumbar (dipotong kecil)
1 sudu teh minyak masak
Garam

Bahan B (dihiris) :-
5 biji cili merah
8 biji cili padi
1 inci halia
2 labu bawang besar

Caranya:-
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang dihiris dan serai yang sudah diketuk.
2.  Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
3. Tutup api dan masukkan air perahan limau kesturi yang sudah dibancuh dengan pes tomyam dan ketumbar. Kacau sehingga rata.











Saturday 17 May 2014

Sambal Ikan

Resepi ni Cik Na (macam skema je guna saya so tukar la jd Cik Na) ambik dari facebook. Tak ingat pula page apa. 

Bahan:-
3 ketul ikan tenggiri (digoreng terlebih dahulu) - Cik Na pakai ikan lain
1 ulas bawang besar *
3 ulas bawang putih*
5-6 biji cili merah*
5-6 biji cili padi*
Sebatang serai diketuk
Garam
Sedikit air asam jawa
1/2 cawan air (sukatan ikut suka..jika mahu kering tak perlu bubuh air pun)

Caranya:-
Tumis semua bahan yang telah dikisar* dan serai sehingga naik bau dan naik minyak.
Masukkan asam jawa dan garam.
Kemudian masukkan sedikit air dan tunggu hingga menggelegak.
Akhir sekali masukkan ikan tenggiri dan kacau hingga sebati.
Tutup api dan angkat.




Friday 16 May 2014

Queen Cake

Queen cake ni resepi dari mak Cik Na..ni first time Cik Na try..alhamdulillah rasanya sedap dan gebu...bahan2 pun senang je

Bahan:-

3 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
2 cawan mentega
5 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla

Caranya:-

1.Pukul gula dengan mentega hingga gebu. Dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang.
2.Setelah itu, masukkan telur ke dalam adunan mentega. Kacau hingga sebati.
3.Akhir sekali, masukkan tepung gandum, baking powder dan vanilla. Bakar.




Macaroni Goreng


Ni Cik Na masak pagi tadi untuk sarapan. 

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 paket (500 gm) macaroni
200 gm daging cincang (cik na guna daging fresh mcm kak ummi)
3 ketul frankfurter daging - potong kecil
3 sudu cili kisar/ 1/2 sudu kecil blackpepper
(Optional kalau sape yg nak pedas...bak kata kak ummi tekak melayu)
4 ulas bawang putih - racik halus
1/2 labu bawang besar - dadu
1 cawan sos Prego (traditional recipe)
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 biji tomato - potong dadu
1 sudu kecil serbuk oregano
1 batang carrot - potong bulat nipis
200 gm bunga kobis
1 biji capsicum - potong baji
10 ulas cendawan butang
Garam

Caranya:-

Rebus macaroni, tos dan ketepikan. Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar, kacau hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Kacau sebentar, masukkan daging dan masak hingga empuk (20 min). Masukkan sos prego, sos cili, sos tomato, serbuk oregano dan tomato dadu (kalau kering sangat tambah sedikit saja air). Masukkan frankfurter dan sayuran. Masak agak sayuran setengah layu dan letak garam. Kacau dan akhir sekali masukkan macaroni. Goreng dan apabila telah sebati, biar lembap sikit. Angkat dan hidang.





Udang Kesturi


Resepi: 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:-

4 ekor udang besar-Cik Na guna udang biasa je
1 labu bawang besar-dihiris
3 batang serai-diketuk
5 tangkai kacang pis-Cik Na x letak pun
5 biji limau kesturi-diambil airnya
Garam

Bahan B:-
5 biji cili padi-ditumbuk
3 biji cili merah-dihiris
1 biji cili hijau-dihiris
2 sudu makan minyak masak.

Caranya:-

1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan udang, kacang pis, bawang besar dan garam. Kacau sehingga rata.
3. Tutupkan api dan tuangkan air limau kesturi. Kemudian kacau lagi.
4. Sedia dihidangkan.


Thursday 15 May 2014

3 Layer Butter Cake


Rabu malam yang lepas plan nak buat kejutan utk hari jadi Yani housemate saya. Berlakon la konon ada kawan office nak tempah kek. Masa yang tak banyak dengan esoknya pulak nak kerja so saya fikir buat kek yang mudah dan cepat. Saya pun cuba la resepi yang saya dapat dari blog (blog mana x i ngat sebab dah siap screenshots kat hp). Nasib baik bahan semua dah ada jadi lagi cepat la kerja. Start buat kek lebih kurang 8.15 dan kek siap dibakar lebih kurang pukul 9 lebih. Saya buat 3 layer je sebab x cukup masa. 

Sementara kek masak saya buat la buttercream untuk hiasan. Plan asal nak buat 3 warna macam warna kek (biru, purple & pink) tp lepas dah decorate separuh jalan macam x puas hati je so rombak balik. Konon2 nak nampak macam paddle pop tapi bila semua warna bercampur jadi la warna ungu lembut macam dalam gambar tu. Bila tengok jam dah dekat pukul 10, saya fikir baiklah buat decoration yang simple, yang saya pandai buat, gerenti jadi dan nampak cantik. Maka terhasillah bentuk bunga2 cinta ini.


Saya tambah manik2 silver nak bagi kek ni nampak menarik sikit.




Inilah rupa bahagian dalamnya setelah dipotong. Lawa juga kombinasi warna tu.


Rasa kek ni boleh tahan la sedap cuma kering sikit bebanding butter cake yang pernah saya buat sebelum ni.Senang je resepi kek ni macam kat bawah....

Bahan:-

250g butter 
2 1/2 cawan tepung naik sendiri-diayak
1 1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu pekat manis
5 biji telur
sedikit esen vanila

Caranya:-

1. Panaskan ketuhar pada suhu 160-170 darjah. Bergantung kepada oven anda. (Saya guna 160 darjah celcius).
2. Putarkan mentega bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sehingga betul-betul kembang. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaulkan dengan spatula.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. (Jika guna loyang bersaiz 8' dapat 4 layer. Untuk sebiji kek pelangi kena ada 6 layer. Jadi untuk dapatkan sebiji kek dengan 6 lapisan warna boleh buat 1 1/2 adunan). Warnakan dengan 3 warna yang berbeza.
5. Saya timbang lebih kurang 300g setiap layer.
6. Masukkan ke dalam loyang yang telah bergris mentega dan dialas kertas baking.
7. Bakar selama lebih kurang 20 minit. (jangan lama sangat takut lapisan kering)
8. Sejukkan. Keluarkan dari loyang dan bolehlah dilayer setiap lapisan dengan buttercream. Bila dah siap setiap lapisan, salut dan hiaslah mengikut kretiviti anda.












Wednesday 14 May 2014

Daging Goreng Lada Benggala


 Bahan:-

200gm daging batang pinang - hiris nipis 
* saya buat sikit je
3 biji cili hijau - ditumbuk halus
5 biji cili padi - ditumbuk halus
 *saya letak lebih
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 labu bawang besar - dihiris
1/2 biji benggala merah - hiris memanjang
1 sudu besar jus limau purut/limau nipis
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos tiram - saya letaj 2 sudu
1 sudu teh sos ikan
1 batang daun bawang - dipotong 1 1/2 inci
1 batang daun ketumbar - dipotong 1 1/2 inci
Minyak

Caranya:-
1. Panaskan 2 cawan minyak masak dalam kuali dan goreng daging sebentar (separuh masak). Angkat dan toskan. (Gaul dengan lada sulah dan perap 10 minit baru goreng).
2. Kemudian goreng pula bawang besar dan lada benggala sebentar, angkat dan toskan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 5 sudu besar, tumis bawang putih hingga kekuningan.
4. Masukkan cili hijau dan cili padi yang ditumbuk tadi. Kacau hingga pecah minyak.
5. Masukkan cuka dan kacau.
6. Kemudian masukkan daging, sos tiram, sos ikan dan perasa jika suka. Kacau sebati hingga daging empuk.
7. Masukkan bawang besar dan lada benggala   yang digoreng tadi. Kacau rata sekejap. Tutup api.
8. Akhir sekali masukkan bawang, daun ketumbar dan jus limau. Kacau rata dan hidangkan panas-panas.


Ikan Masak Cuka


Lauk ni saya masak untuk ayah ahad lepas. Dulu mak selalu masakkan ayah lauk ni. Saya tak da resepi mak jadi saya cuba resepi dalam buku Selera Ramadan Rubiah Suparman. Harap ada persamaan dengan resepi mak.

Resepi: Selera Ramadan Rubiah Suparman

Bahan:-

3 ketul ikan tenggiri
4 biji cili merah
2 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 sudu makan cuka
Biji sawi

Caranya:-

1. Ikan tenggiri dicuci hingga bersih dan kemudian lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Sementara itu, potong halus bawang merah, bawang putih dan halia. Bawang besar dipotong bulat dan cili merah dibelah dua.
4. Tumis bawang dan halia hingga kekuningan barulah masukkan biji sawi.
5. Tambah air suam mengikut sukatan yang dikehendaki untuk jadi kuah. Bila mendidih masukkan cuka. Jika tidak cukup boleh ditambah lagi cuka.
6. Akhirnya masukkan ikan yang digoreng dan kemudian masukkan bawang besar dan cili. 

Ayam Masak Lemak


Resepi ayam masak lemak ni diwarisi dari arwah mak. Dulu kalau mak masak saya akan tanya bahan2 dan salin dalam buku resepi. Dapat la juga buat rujukan. Alhamdulillah dapat simpan beberapa resepi arwah mak. Dapat la juga mengubat rindu masakan mak.

Bahan:-

Ayam
Serai - dititik
Bawang merah - dikisar
Bawang putih - dikisar
Halia - dikisar
Cili api - dikisar
Kunyit - dikisar
Asam keping
Kerisik
Santan
Ubi kentang

Caranya :-

Campur semua bahan. Jerang atas api dan apabila hampir masak, masukkan asam keping.







Birthday Mak Itam

Plan asal sebenarnya nak bagi rainbow cake sempena birthday mak itam dan juga hari ibu yg jatuh pada hari ahad...tp since rainbownya x menjadi terpaksa la  tukar kek lain pulakk....kek yg paling cepat dan rasanya memang dah tahu macam mana - kek red velvet la jawapnya...tp nak buat lain sikit tukar jadi warna biru so jadi la ia kek blue velvet....


inilah hasilnya....konon2 nak buat ruffle design...ini je yg mampu...sebab x cukup masa...

ni lah rupa kek yg telah dipotong

sesi potong kek mak itam  & cucu2nya




Alang & oppa pun ada

Azzad & mommy 

Wefie dgn aazad roundy


Aazad selfie


Sebelum balik sempat pose dengan birthday girl :)



Monday 12 May 2014

Rainbow Cake yg x menjadi

Jumaat lepas plan asalnya nak buat rainbow cake...tapi rainbownya x menjadi seperti yang diharapkan...keknya sedap cuma semuanya melekat jadi hancur bila dikeluarkan dari loyang.....nak buang sayang jadi saya dapat idea satukan semua kek yang hancur tu jadi la sebiji kek warna-warni kehidupan....

Thursday 8 May 2014

Daging Masak Merah

Saya suka mencuba resepi2 dari blog ummi@homesweethome sebab resepinya ringkas, bahan mudah nak cari dan kebanyakannya sedap. Terima kasih kepada officemate saya yg kenalkan blog ni. Sejak tu byk resepi dari blog ni yg saya dah cuba. Hari ni saya cuba satu lagi resepi dari blog ni..daging masak merah...

Resepi: ummi@homesweethome

Bahan:-
1/2 kg daging - direbus sehingga lembut
2 biji cili merah - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
8 - 10 biji cili padi - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris bulat2
4 biji bawang putih - dihiris
4 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu makan gula (x letak pun)
Sedikit serbuk lada putih
Air rebusan daging

Caranya:-
1. Daging yg telah direbus dan hiris tadi digoreng sehingga garing sedikit. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan semua bahan2 hiris dan goreng sehingga naik bau.
3. Masukkan pula sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap. Kacau sehingga sebati. Setelah itu masukkan sedikit air rebusan daging tadi. Agak2 airnya, jika hendak kuah pekat atau kuah lebih.
4. Masukkan daging goreng tadi dan gaul rata.
5. Perasakan kuah dengan sedikit serbuk lada putih dan gula. (Saya x letak gula sebab rasa sos dah manis).
6. Kacau semua bahan sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.

Wednesday 7 May 2014

Baking Project

Selain dari memasak saya minat baking...baking ni buat suka-suka tapi kalau ada orang nak order dan merasa saya ambil juga la tempahan sikit2...cuma kena la at least seminggu sebab saya bekerja.

Sambal Sardin

Resepi: Selera Ramadan Rubiah Suparman

Bahan:-
1 tin sardin
2 labu bawang besar-dihiris
4 ulas bawang putih-dihiris
2 biji cili hijau-dihiris
2 biji cili merah-dihiris
2-3 sudu makan asam jawa
5 biji cili api
2 ulas bawang merah-dihiris
Garam secukup rasa
Minyak
1 biji tomato

Caranya:-
1. Tumbuk cili api hingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili api. Bila sudah garing masukkan sardin dan air asam jawa. Biarkan ia masak.
3. Bia sardin sudah masak, masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau, tomato dan garam. Biarkan ia mendidih sebentar. Kemudian baru diangkat.

Ayam Rendang Asam

Nak kongsi resepi yang saya cuba dari buku 1 Hari 1 Resepi - Resepi Istimewa Chef Hanieliza. Ini resepi pertama yg saya cuba dari buku resepi ni.. Paling seronok masa pergi pesta buku antarabangsa baru2 ni saya dapat tandatangan serta bergambar dengan Chef Hanieliza walaupun saya cuma belikan buku untuk adik kerana saya sudah pun memiliki buku resepi ini. Resepi2 dlm ni ringkas dan mudah untuk dicuba..kepada yang minat memasak boleh la jadikan buku resepi ni salah satu koleksi anda...

Resepi: 1 Hari 1 Resepi

Bahan:-
Bahan A
I kg ayam - dipotong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar            }
2 biji cili merah                    } Dihiris kasar
5 biji cili api (sape suka pedas boleh tambah lagi )
2 sudu makan asam gelugor }
1cawan air                                } Dibancuh
1 sudu teh gula (saya x letak pun)
Minyak masak secukupnya
Garam

Bahan B (Tumisan)
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 sudu teh jintan manis
**dikisar

Caranya:-
1. Ayam dibersihkan dan digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan Bahan B sehingga wangi.
4. Masukkan air asam gelugor, gula dan garam. Kacau hingga mendidih.
5. Masukkan ayam dan cili padi, cili merah dan bawang besar. Kacau rata lagi.
6. Sedia dihidangkan.