Monday 28 March 2016

Tiramisu

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
24 keping biskut tiramisu
250 gm cream cheese
150 ml yogurt asli (plain yogurt)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air*
1 sk nescafe* (dibancuh bersama)
Serbuk koko secukupnya 

Bahan B:-
150 ml air
1 sb serbuk agar-agar

Caranya:-
1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu dalam loyang yang sesuai.
2. Basahkan biskut tadi dengan air nescafe.
3. Pukul keju dgn gula hingga gebu.
4. Masukkan yogurt dan pukul lagi hingga rata dan sebati.
5. Masak bahan B hingga mendidih dan masukkan dalam adunan, kacau rata.
6. Sapukan sebahagian adunan keju ke atas biskut tadi.
7. Ulang lagi dengan menyusun baki biskut di atas keju pula. Ayak serbuk koko dulu atas keju sebelum susun lagi biskut di atasnya.
8. Lapiskan pula baki keju tadi di atas lapisan biskut yang akhir.
9. Ayakkan rata-rata serbuk koko atas permukaan atas keju.
10. Sejukkan beberapa jam di dalam fridge sebelum dihidangkan.

Sunday 27 March 2016

Muffin Coklat

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan A:-
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonat
3 sk nescafe
Sedikit garam

Bahan B:-
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur

Bahan C:-
3/4 cawan air panas

Caranya:-
1. Campurkan semua bahan B dan letak ketepi. Ayakkkan tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan soda. Campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
2. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
3. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
4. Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
5. Cik Na ikut Kak Azie bakar selama 25 minit untuk mengekalkan kelembapan. Hanya bakar secukup masak saja.

Monday 21 March 2016

Pulut Serawa Durian (Resepi II)

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan Kuah Serawa:-
1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula Melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir* (x letak pun)
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*
*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*
*dikacau rata
Secubit garam
Gula, jika perlu

Bahan Pulut:-
1 kg pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan (kalau guna pulut susu tak perlu rendam)
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

Caranya:-
1. Untuk Pulut:- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga betul2 tanak.
2. Untuk Kuah Serawa:- Dalam periuk, satukan santan, gula, durian dan jerang atas api hingga mendidih. Guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2-3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
3. Untuk Pulut Serawa:- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng, roti jala dan juga serabai.

Kambing Goreng Lada Hitam

Sumber Resepi : Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:-
500 gm daging kambing
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan tepung jagung (dibancuh)
1 cawan air (dibancuh)
2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Bagi Menumis):-
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 labu bawang besar

Bahan C (Sebagai Hiasan):-
2 tangkai daun sup (dipotong pendek)
2 tangkai daun bawang (dipotong pendek)
1 biji tomato (dipotong 4)
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu. Masukkan lada hitam.
2. Masukkan daging dan air. Masakkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan bersama nasi ataupun roti.

Sunday 20 March 2016

Sup Pasta Ringkas

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan Utama:-
300 gm pasta, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak
1 keping dada ayam (Cik Na tukar dengan daging)*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
1/2 camca teh garam*
*digaul dan perap 15 minit
10 kuntum cendawan butang, belah 4 setiap satu (x letak)
1 biji kentang, didadu sederhana besar
2 liter air
2 kiub pati ayam
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:-
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 batang leek, dihiris halus
4 ulas bawang merah, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk

Bahan Hias:-
Bawang goreng
Hirisan daun sup/daun bawang
Hirisan cili padi (kalau suka)

Caranya:-
1. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis semua bahan tumis hingga wangi. Masukkan kentang dan cendawan, kacau goreng 1 minit dan tuang air. Masukkan kiub ayam dan biar masak dengan api sederhana hingga kentang 3/4 empuk. (kalau guna daging masukkan sekali dengan kentang)
2. Masukkan ayam dan serbuk lada hitam. Bila mendidih perasakan dengan garam. Masak hingga ayam masak dan kentang empuk.
3. Dalam mangkuk isi pasta dan tuang kuah dgn isi2nya sekali. Hias dengan bahan2 hias sebelum dihidangkan. Bagi yang tidak tahan pedas tak perlu letak hirisan cili padi.

Saturday 19 March 2016

Roti Manis

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
300 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
2 sudu besae susu tepung
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur (tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter @ marjerin
180 ml susu suam @ air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver @ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

Untuk Gliss:-
Baki telur + 2 sudu besar @air + beberapa titik madu

Untuk Topping:-
Sedikit gula

Caranya:-
Doh Roti:
1. Kaedah 1. Penggunaan bread maker (BM), masukkan semua bahan doh  dan ikut arahan menguli pada BM masing2 dan tekan start, tunggu sampai siap diuli dan boleh terus ke langkah no 4.
2. Kaedah 2. Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dan letakkan doh di dalam plastic tu, ramas2 beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Sapu gliss lepas tu tabur gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 18 - 20 minit sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya.
Tips Tambahan:  Sebelum roti dibentuk, bulat2kan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

Friday 18 March 2016

Sup Tom Yam Putih

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
15 ekor udang bersaiz sederhana, kerat hujung muncungnya dan kakinya, cuci dan toskan
3 kuntum cendawan butang (x letak tukar kobis bunga)
3 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
7 batang kacang sweet peas, kerat 2 (x letak sbb x da stok)
1 biji lobak merah, potong nipis2
1 biji tomato, belah 6
1 batang saleri, kerat
10 biji cili padi thai merah, dititik
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang merah, belah 6
1/2 inci halia, titik
1/2 inci lengkuas, titik
1/2 cawan santan
2 camca besar sos ikan
4 - 5 biji limau kasturi, ambil jusnya
Air secukupnya (agak2)
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga harum, masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya, masukkan serai, lengkuas, halia, bawang besar, cili padi thai dan lobak merah. Biar mendidih hingga sayur lembut sedikit.
2. Tambah sos ikan, garam secukup rasa. Masukkan saleri, santan dan kacau rata. Renihkan sambil dikacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan sweet peas, tomato, cendawan dan jus limau kasturi, kacau dan sesuaikan rasa, masak sekejap dan matikan api.

Wednesday 16 March 2016

Chocolate Oats Cookies

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
280 gm mentega atau marjerin
90 gm gula halus
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh esen butter
1 biji telur
1 biji kuning telur
20 ml susu cair

350 gm tepung gandum atau tepung ros
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
~ 3 bahan ini diayak bersama

250 gm choc chip
80 gm oats - dibakar sekejap dalam 6 - 10 minit dgn suhu 160 C
30 gm Cornflakes - diramas kasar
30 gm badam cincang - dibakar sekejap dalam 6 - 10 minit dgn suhu 160 C

Caranya:-
1. Sebatikan mentega, gula, vanilla dan esen butter hingga sebati.
2. Kalau guna mixer, pukul kejap je dgn speed perlahan.
3. Tambahkan telur, kuning telur dan susu cair.
4. Tambahkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sebati.
5. Masukkan choc chip, oats, badam dan cornflakes.
6. Sudukan atau buat bentuk bola sebesar guli kecil.
7. Susun di atas dulang pembakar.
8. Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 20 minit dengan api atas dan bawah.
9. Oven hendaklah dipanaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies.
10. Biarkan biskut sejuk barulah disusun ke dalam bekas kedap udara.

Kuih Koci Pulut Hitam

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan Untuk Doh:-
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 1/2 cawan air

Bahan Untuk Inti:-
1 biji kelapa parut putih basah (yang tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

Bahan Lain:-
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci
Minyak kelapa secukupnya
1 cawan pati santan + secubit garam

Caranya:-
Untuk Inti:
1. Kelapa diparut putih. Potong gula Melaka kecil2 dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
2. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
3. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
4. Angkat dan sejukkan.

Untuk Doh:
1. Satukan tepung pulut,tepung pulut hitam dan tepung gandum dalam satu bekas.
2. Tuang sedikit air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
3. Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan dulu.

Untuk Membuat Kuih Koci:
1. Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi.
2. Ambil sejemput doh dah leperkan, letak satu camca teh inti.
3. Tutup inti dengan doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
4. Kemudian lipat seperti biasa.
5. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak.

Monday 14 March 2016

Kari Kambing (Resepi II)

Bahan A:-
1 kg daging kambing
3 sudu makan cili kisar
5 sudu makan rempah kari daging (dibancuh dengan air)
2 sudu makan kerisik (dibancuh dengan air)
4 cawan santan
5 biji kentang (dipotong 6)
1 cawan air
3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1/2 cawan minyak
Air asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris Halus):-
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang,bunga cengkih, bahan hiris halus dan daun kari. Masukkan cili kisar dan masak hingga wangi dam sedikit garing.
2. Masukkan rempah kari daging dan kerisik. Masakkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata.
4. Masukkan air dan biarkan sehingga daging empuk.
5. Masukkan kentang dan santan. Biarkan sehingga kentang empuk.
6. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam. Kecilkan api  dan biarkan masak sehingga pecah minyak dan pekat.


Saturday 12 March 2016

Puding Balqis

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
1 paket agar2 serbuk (10gm)
450 ml air
150 ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin/butter
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna ikut citarasa masing2

Caranya:-
1. Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan marjerin dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
2. Masukkan vanilla dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15-20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
3. Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur untuk menghilangkan bau hanyir) dan masukkan adunan agar2 ke dalam bekas telur tadi. Kacau hingga sebati.
4. Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yang disukai. Kacau hingga serata warna pada puding.
5. Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yang kedua pastikan diletak perlahan2 di bahagian tepi dan jangan di bahagian tengah supaya ia tak bolos masuk dalam lapisan yang pertama.
6. Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.
#bagi yang menggunakan hand mixer, utk dapatkan telur yang betul2 gebu, pukul putih telur dahulu hingga kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk, telur tu tak tumpah). Lepas tu baru masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan gebu.

Sotong Tiga Rasa

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
500 gm sotong, cuci bersih dan kelar2 tapi jangan putus
1 biji bawang besar, potong bulat
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 inci halia, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
3 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos hoisin (kalau x da boleh ganti dengan kicap manis, ada org mungkin x brp suka rasa sos hoisin ni jd x perlu letak)

Sedikit kicap cair

Hirisan daun bawang untuk hiasa

Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis halia, bawang putih dan cili kisar hingga harum dan cili garing. Masukkan sos cili thai, sos hoisin dan sos tiram. Kacau rata.
2. Masukkan sotong, bawang besar, cili hijau dan cili merah. Kacau rata2. Masak dengan api sederhana hingga sotong masak.
3. Masukkan sedikit kicap cair jika perlu, masak sekejap lagi, rasa dan boleh angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat.

Kek Pisang Marble Susu

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
Secubit garam
Sedikit esen vanilla
Sedikit coklat emulco atau serbuk koko
1/4 cawan chocolate chips

Caranya:-
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit garam. Ketepikan. Panaskan oven pada suhu 170 darjah  celcius.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah adunan kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak lalu dikacau sebati. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanilla, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
3. Ambil kira2 2 senduk (nak lebih letak 3 senduk) adunan kek dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Bahagi dua setiap warna adunan. Curah 1/2 adunan plain dalam loyang (loyang 9 × 9 atau 7 x 7), tabur chocolate chips dan curah 1/2 adunan coklat, buat lagi satu lapisan untuk sebahagian adunan kedua2 warna, lorekkan perlahan dengan menggunakan  garfu.
4. Bakar kek pads suhu 170 darjah celcius menggunakan api atas bawah selama kira2 35 minit. Kalau guna loyang 7 x 7 tempoh membakar kira2 60 minit. Tempoh membakar bergantung saiz loyang yang digunakan dan juga jenis oven masing2.

Nasi Goreng Cina

Sumber Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:-
2 cawan nasi sejuk (diperoi)
2 biji telur
100 gm udang
1 pokok daun bawang (dipotong pendek) - x letak
100 gm kobis
100 gm kacang panjang - x letak jugak
100 lobak merah
2 biji cili merah
Garam secukup rasa

Bahan B:-
2 sudu makan minyak masak
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu teh lada hitam

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Apabila telur sudah separuh masak, kacau supaya hancur sedikit.
4. Masukkan kobis, kacang panjang, lobak merah, cili merah dan udang. Kemudian kacau rata.
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau rata dan tutupkan api.
6.  Masukkan daun bawang dan kacau.
7. Angkat dan hidangkan di dalam pinggan.

Pasta Alfabet Dalam Sup Ayam

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan Sup Ayam:-
600 gm ayam, potong ikut suka, cuci dan toskan
4 biji kentang, kupas, potong kiub dan rendam
1 kiub pati ayam (optional)
1 pokok daun sup, potong kasar ( x da)
1 camca besar bawang goreng (x letak sbb x suka)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus:-
1 biji bawang besar sederhana
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar penuh ketumbar biji
3/4 camca teh jintan kasar
3/4 camca teh jintan halus
1 camca teh lada hitam

Bahan Tumis:-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan Lain:-
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Pasta alfabet secukupnya
Lada kicap jika suka

Caranya:-
1. Untuk Sup Ayam: Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, tumis hingga terbit minyak. Tambah kentang dan ayam, gaul rata dan tuang air secukupnya.
2. Masukkan kiub ayam, jika guna, bawang goreng dan daun sup tadi, kacau dan biar mendidih. Kemudian perlahankan api dan biar masak hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa. Bila ok matikan api.
3. Untuk Sup Alfabet: Didihkan air, masukkan sedikit garam, rebus pasta hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Isi dalam bekas sesuai, tuang kuah sup dan isi2nya, tabur dengan hirisan daun sup/bawang dan  bawang goreng. Jika suka boleh letakkan sedikit lada kicap.

Ketam Bercili

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Azlita Masam Manis

Bahan:-
4 ekor ketam (Cik Na guna ketam kecik jadi lebih byk ) - disiang dan cuci bersih
3 sudu makan minyak masak
6 sudu makan sos cili
6 sudu makan sos tomato
1/2 cawan air
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos lada hitam
2 batang serai - dititik
1 pokok daun ketumbar - dirampai (x letak sbb x da)
Cili merah - dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:-
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc belacan

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan kisar hingga wangi dan kering.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos lada hitam. Masak lagi hingga didih.
3. Masukkan ketam dan biar sehingga ketam masak dan kuah sedikit kering.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Bila kuah sudah agak pekat tutup api dan taburkan daun ketumbar dan cili hiris.

Ayam Masak Hijau (Jadi Merah) (Resepi II)

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
4 keping dada ayam kerat 3  (Cik Na guna semua bahagian) - cuci bersih dan toskan*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*
*digaul rata dan perap sekejap
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 tangkai daun kari
3 biji cili hijau, hiris serong
1 camca teh serbuk lada hitam (boleh letak 1/2 je mcm CMG)
1 cawan air

Bahan Kisar Halus:-
3 biji cili hijau (Cik Na guna cili merah sbb tu x jadi hijau)
5 biji cili padi hijau
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan

Caranya:-
1. Ayam tadi digoreng 3/4 masak, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum. Tuang air dan kacau rata.
2. Tambah cili hijau, daun kari dan serbuk lada hitam. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak hingga ayam empuk. Akhir sekali tambah jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika ok boleh matikan api.

Kue Tiaw Kung Fu

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan A:-
500 gm kuw tiaw (Cik Na guna kue tiaw kering, celur dalam air panas dan toskan)
5 biji telur

Bahan B:-
100 gm udang, dibuang kulit
150 gm ayam, dihiris
100 gm sotong, dihiris
100 gm sawi kailan (mcm CMG Cik Na guna kobis)
100 gm kobis bunga, dipotong
100 gm lobak merah, dihiris (Cik Na suka potong nipis bentuk bunga)
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar minyak masak
2 camca besar tepung jagung*
1/2 cawan air*
*dibancuh rata
1 cawan air rebusan ayam (Cik Na guna kiub pati ayam)
2 camca besar sos tiram
1 camca besar lada sulah
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Untuk Kuah: Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan udang,sotong dan ayam. Tuang air rebusan ayam, lada sulah, sos tiram dan lobak merah. Bila mendidih, masukkan bunga kobis dan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masukkan kailan tadi. Biar mendidih perlahan dan tambah garam secukup rasa. Jika suka boleh tambah belahan tomato. Matikan api dan ketepikan.
2. Untuk Kue Tiaw: Panaskan minyak, kemudian goreng telur bersama kue tiaw dalam kuantiti yang sedikit sehingga agak kering (biar kuali panas betul2 kalau tak kue tiaw melekat atau guna kuali non-stick). Kemudian alih ke dalam bekas sesuai. *CMG tambah sedikit kicap cair masa menggoreng. Anggaran 100 gm kue tiaw = 1 biji telur.
3. Penyediaan Kue Tiaw Kung Fu: Isi kue tiaw ke dalam bekas sesuai, tuang kuah bersama isi2nya. Kalau suka hias dengan hirisan daun bawang, bawang goreng dan hidangkan bersama cili hijau jeruk atau cili kicap. Hidangkan panas2

Kek Pisang Lembab

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
4 biji pisang emas/awak (saiz sederhana) - lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang

Caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 185 darjah celcius.
2. Sediakan loyang yang sesuai dan lenser dengan marjerin dan alas dengan kertas minyak.
3. Kisar gula, minyak di dalam blender atau mixer hingga putih (3 - 5 minit).
4. Masukkan campuran tepung dan kacau rata.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masuk dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi untuk mengetahui kek masak sempurna  atau tidak.

Friday 11 March 2016

Ikan Goreng Berempah

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
Ikan Tenggiri (atau apa2 ikan pun boleh)
1 tangkai daun kari
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
3 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu teh garam

Caranya:-
1. Kisar semua bahan kecuali daun kari.
2. Satukan semua bahan kisar dengan garam dan lumur pada ikan. Perap di dalam peti sejuk selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dengan api sederhana bersama daun kari. Bila garing, bolehlah diangkat.

Wednesday 9 March 2016

Jemput Pisang Kelapa Muda

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
5 - 6 biji pisang emas (sederhana besar) - dilenyek bersama gula di bawah
3 sudu besar gula pasir
2 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan kelapa muda parut
1/2 sudu soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam halus
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Caranya:-
1. Campurkan kesemua bahan dan adun sebati (jangan terlalu lembik).
2. Jemput dengan tangan dan letakkan adunan ke dalam minyak yang telah dipanaskan di dalam kuali.
3. Goreng dan balik2kan selalu hingga kuning keemasan.
4. Angkat dan toskan.

Wednesday 2 March 2016

Banana Muffin

Sumber Resepi: C & P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
3 atau 4 biji pisang saiz besar (saya guna pisang berangan)
1/2 cawan gula halus
1 biji telur - dipukul sedikit
1/3 cawan mentega/marjerin cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon garam

Caranya:-
1. Satukan pisang yang dilecek bersama gula, mentega cair dan telur. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain satukan tepung gandum dengan soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan bahan ini bersama.
3. Kemudian satukan bahan basah tadi ke dalam bahan kering.
4. Gaul sebati guna senduk kayu atau whisk je.
5. Cedokkan ke dalam loyang muffin 3/4 penuh (saya guna bekas cupcake) dan bakar pada suhu 350 F (175 c) selama 20 minit. (Saya bakar sama mcm kak yatie 180 c selama 25 minit).