Thursday 30 April 2020

Tom Yam Putih Ala Thai


Sumber Resepi: Facebook/Ketuk-Ketuk Ramadan

Bahan:-
1/4 ekor ayam - dipotong kecil
3 ekor sotong - dipotong bulat
6 ekor udang besar
3 batang serai - dititik
2 ulas bawang putih - diketuk
1/2 biji bawang besar - dihiris
6 helai daun limau purut - dikoyakkan sedikit
1 cm lengkuas - dihiris
3 biji bawang holland - dibelah 4
5 biji cili api - dititik sedikit
1 biji tomato - dibelah 4
Carrot
Cendawan tiram 
Bunga kobis
Beberapa sudu perahan jus limau dari 4 biji limau nipis - mengikut selera masing2
Garam, gula dan serbuk perasa

Caranya:-
1. Masukkan 8 cawan air, ayam, bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan cili api ke dalam periuk. Rebus semuanya sehingga mendidih. 
2. Cara sis buat beza sikit, sis tumiskan bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan cili api. Kemudian masukkan ayam dan goreng layu. Kemudian masukkan air.
3. Setelah agak2 ayam masak (lebih kurang 5-7 minit), masukkan sotong, udang dan daun limau purut.
4. Selepas itu masukkan semua sayuran.
5. Setelah mendidih masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Tutup api dan masukkan perahan limau.

Wednesday 29 April 2020

Nasi 3 Warna Dengan Ayam Masak Merah



Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Ayam Masak Merah

Bahan:-
1/2 ekor ayam - goreng dahulu
8 sudu cili kisar - lada dan bawang besar sekaligus
2 ulas bawang putih - racik/tumbuk
2 inci halia - tumbuk
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
4 sudu gula merah
Garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili kisar. Masukkah halia. Biarkan hingga tumisan naik minyak.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, gula merah dan garam secukup rasa (tak perlu banyak garam sebab ayam goreng tadi telah ada garam).
3. Masukkan ayam, balik-balikkan ayam biar mesra. Angkat dan hidang.

Nasi 3 Warna

Bahan:-
3 cawan beras basmathi - cuci  dan toskan
3 cawan air
1 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
* kisar sekali
1 kiub ayam/stok ayam
Daun pandan
Garam 
Minyak
Pewarna hijau, merah dan kuning
Kismis (x da)

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan air dan kiub ayam. Biarkan mendidih.
3. Masukkan garam dan daun pandan.
4. Masukkan beras. Bila nasi hampir masak, buat 3 lubang menggunakan hujung sudu. Letakkan 3 warna merah, hijau dan kuning berasingan.
5. Biarkan nasi benar-benar masak. Gaulkan nasi tadi dengan kismis dan biar bercampur warna.

Tuesday 28 April 2020

Ketam Belado



Sumber Resepi: Yatie's Kitchen Koleksi Resepi & Tips Masakan Episod 1

Bahan:-
4 ekor ketam segar (potong 2)
2 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu kecil sos seafood/sos tiram
2 sudu besar sos plum
1 sudu besar sebuk kunyit (untuk menggoreng)
1 sudu kecil garam

Caranya:-
1. Lemurkan ketam dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bahan-bahan kisar sampai garing, masukkan pes asam jawa, sos seafood atau sos tiram, sos plum, garam dan perasa. Masak dengan api sederhana, biar sampai cili garing.
3. Masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati.


Monday 27 April 2020

Mee Kari Mak


Bahan:-

Mee - dicelur
Ubi kentang - dipotong kecil-kecil
2 biji bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
Halis - dihiris
Ayam - dipotong kecil
Fishcake & Fishball
1 paket kecil rempah kari ikan
1 keping asam keping
Santan
1 batang serai - diketuk

Bahan Kisar:-
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Halia
Cili kering

Bahan Hiasan:-
Sawi - dicelur
Tauge - dicelur
Telur rebus
Limau
Cili hidup
Bawang goreng

Caranya:-
1. Campur bahan kisar dengan rempah kari ikan.
2. Tumis bahan hiris bersama bahan kisar yang telah dicampur dengan rempah.
3. Bila garing, masukkan santan, ayam, fishball, fishcake, asam keping dan serai.
4. Biar hingga mendidih. Hidangkan kuah bersama mee dan bahan hiasan.

Sunday 26 April 2020

Sotong Masak Pedas



Sumber Resepi: Facebook/Resepi Sahur Untuk 30 Hari

Bahan:-
5 ekor sotong potong bulat
2 batang serai (hiris halus)
3 biji bawang merah (mayang halus)
2 ulas bawang putih (cincang)
2 cm halia (hiris halus)
1 sudu lada kering kisar atau cili boh
3 helai daun limau purut (hiris halus)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Sedikit sos ikan
6 biji cili padi (potong bulat)

Caranya:-
1. Tumis serai, bawang putih, bawang merah, halia dan cili padi.
2. Masukkan cili kisar atau cili boh, sos tiram, sos cili dan sos ikan. Tambah air sedikit, masak sampai pekat.
3. Masukkan sotong, tunggu sotong masak.
4. Masukkan perasa, garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut, jangan masukkan awal nanti pahit.

Saturday 25 April 2020

Nasi Dagang Kelantan & Gulai Ikan Tongkol



Nasi Dagang Kelantan

Bahan A:-
1 cawan beras nasi dagang
1 sudu makan halba
1 cawan santan (masak dulu santan bersama garam untuk nasi tahan lama)
Garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris):-
5 biji bawang merah
2 inci halia

Caranya:-
1. Rendam beras nasi dagang semalaman dan toskan. Masukkan ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 20 minit. Tuang ke dalam periuk besar.
2. Kalau tak nak halba terasa sangat, masukkan halba masa kukusan pertama. Jika tidak halba dimasukkan selepas kukusan kedua.
3. Tuangkan separuh santan sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan beras nasi dagang semula ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 20 mint. 
5. Tips untuk nasi lambat basi, boleh masukkan halia dan bawang merah sewaktu kukusan kedua. 
6. Tuang semula ke dalam periuk besar. Tuangkan baki santan, bawang merah, halia dan halba (seandainya tak masukkan dalam kukusan pertama dan kedua) ketika nasi masih panas. 
7. Kacau rata sehingga nasi menjadi berkilat.


Gulai Ikan Tongkol

Sumber Resepi: Yatie's Kitchen Koleksi Resepi & Tips Masakan Episod 1

Bahan:-
3 potong ikan tongkol
1 keping asam keping
Secubit belacan (ikut pilihan masing-masing)*kisar bersama cili kering
1/2 kg santan atau santan kotak
1 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
1 sudu besar gula merah/gula melaka
8 biji cili padi merah dan hijau
4 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ikan tongkol 
1 sudu kecil garam

Caranya:-
1. Rebus ikan tongkol bersama 3 keping asam keping untuk menghilangkan hanyir ikan.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit hidup.
3. Tumiskan bahan kisar tadi hingga pecah minyak dan masukkan cili kering kisar, masukkan air 1/4 cawan, masukkan rempah gulai dan tunggu sehingga garing.
4. Kacau hingga naik bau dan pecah minyak, kemudian masukkan air, tunggu hingga mendidih kemudian masukkan santan dan ikan tongkol yang sudah direbus tadi.
5. Masukkan gula merah/gula melaka, asam keping, cili padi dan garam.
6. Biar mendidih sampai pecah minyak dan likat.

** Gulai ini sedap dimasak malam atau sehari sebelum ianya hendak dimakan.

Friday 24 April 2020

Daging Sos Tiram



Sumber Resepi: 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:-
500 gm daging batang pinang
1 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos tiram
1 cawan air
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
5 biji cendawan butang (dihiris nipis)
1 biji capsicum merah (dipotong kecil)
1 biji capsicum hijau (dipotong kecil)
3 sudu makan minyak (bagi menumis)
Garam secukup rasa (sekiranya perlu)

Bahan B (Bagi Menumis):-
5 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga lembut.
3. Masukkan cendawan butang, sos tiram, kicap pekat, lada hitam dan air.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan capsicum.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi ataupun roti.

Wednesday 22 April 2020

Tulang Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung



Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
1.2 kg tulang
1-2 cawan rebung jeruk, cuci dan toskan (resepi asal guna rebung madu)
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit  (x letak) 
1-2 keping asam gelugor (kalau size besar guna sekeping)
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam

Bahan Kisar:-
20 - 30 biji cili api (ikut tahap mana nak pedas)
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Caranya:-
1. Tulang dicuci dengan tepung gandum dan toskan. 
2. Ada dua cara, boleh rebus hingga empuk, atau masak terus dengan bahan2 kisar. 
3. Masukkan tulang ke dalam periuk bersama bahan kisar dan serai. Gaul rata dan masak hingga mendidih.
4. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih. Biar hingga daging lembut, tambah air jika perlu. 
5. Masukkan rebung.
6. Tambah asam gelugor dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam.
7. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil. 

Tuesday 21 April 2020

Ayam Goreng Halia



Sumber Resepi: Yatie's Kitchen Koleksi Resepi & Tips Masakan Episod 1

Bahan:- 
1 ekor ayam segar (potong 14)
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit
* Digaul sebati

2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi hijau
5 biji cilli padi merah (boleh ditambah jika mahu pedas)
2 inci halia
1 sudu kecil Mushroom Seasoning

Caranya:-
1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga garing, kemudian toskan ayam tadi dan ketepikan
2. Hiris nipis bawang besar, bawang putih dan halia. Ketuk cili padi hijau dan cili padi merah.
3. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi merah dan hijau serta halia sehingga kekuningan.
4. Masukkan garam atau mushroom seasoning.
5. Setelah tumisan garing masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sehingga sebati.

** Jangan ditambah air untuk kekalkan kegaringan ayam.


Saturday 18 April 2020

Cottage Pie







Sumber Resepi: 1, 2 Bakar

Bahan Untuk Lapisan Kentang Lenyek:-

10  biji kentang bersaiz kecil
3 sudu mentega
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1/4 cawan susu segar      







Bahan Untuk Inti:-

450 gm daging ayam cincang
1 @ 2 ulas bawang merah (dicincang)
5 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 tin kecil tomato puri
1 cawan cendawan butang
Daun ketumbar
Garam secukup rasa










Cara Untuk Lapisan Kentang Lenyek:-
1. Kupas kulit kentang dan rebus kentang hingga empuk.
2. Sejukkan dan lenyek kentang bersama mentega, lada sulah dan garam.
3. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit semasa melenyek kentang.







Cara Untuk Inti:-
1. Cairkan mentega di dalam pan.
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih, masak sehingga naik baunya.
3. Masukkan daging ayam cincang, masak seketika.
4. Kemudian masukkan tomato puri, sos cili, garam, daun ketumbar dan gaulkan sebati.
5. Masukkan cendawan butang, tomato dadu.
6. Selepas campuran inti masak, tuangkan di dalam bekas pembakar.
7. Kemudian, tuangkan atau paipkan kentang lenyek di atas inti daging ayam cincang.
8. Masukkan dalam ketuhar dengan suhu 180 C selama 30-40 minit.























Thursday 16 April 2020

Simple Buttercake


Sumber Resepi: Intagram @danishharraz #ResipiDanishHarraz


Bahan:-
1 cawan atau 1 buku butter (guna pure butter.. kalau guna unsalted butter tambah secubit garam dalam bahan kering)
1 1/4 cawan Gula Halus (Kalau suka manis boleh tambah)
5 biji Telur Gred B
2 cawan Tepung Naik Sendiri
1/4 cawan Fresh Milk
1 sudu teh Vanilla Extract

Caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 160°C. Sapu loyang  (size 8 atau 9 inci) dengan sedikit butter dan ditabur sedikit tepung (pastikan tepung lebihan dibuang keluar dari loyang) atau boleh guna parchment paper.
2. Pukul butter dgn gula halus hingga putih. Masuk kan telur sebiji demi sebiji (pastikan telur tersebut dah sebati baru masuk sebiji lagi dan seterusnya), pukul hingga creamy. Masukkan esen vanilla. 
3. Perlahankan mixer, masuk kan tepung sedikit demi sedikit mix rata tapi jangan overmix. Kemudian masuk kan fresh milk. Mix rata sebentar dan tutup mixer. 
4. Tuangkan kedalam loyang. Bakar selama 40-50 minit, terpulang pada jenis oven. 
5. Bila sudah cukup masa cucuk tengah2 cake utk pastikan cake masak sepenuhnya (tak melekat pada toothpick) Sejuk kan sebentar dan bolehlah dipotong.

(NOTA: Kalau takde tepung naik sendiri boleh cuba guna tepung biasa - 3/4 cawan tepung gandum + 1 suduteh baking powder + 1/4 suduteh garam)  

Monday 13 April 2020

Kek Span Marble Susu


Sumber Resepi: Facebook/Resepi Sahur Untuk 30 hari

Bahan:- 
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/3 cawan tepung susu
3/4 cawan gula kaster
1/4 cawan susu segar
6 biji telur
40 gm ovellate
80 gm mentega - cairkan






Caranya:-
1. Mix semua bahan kecuali mentega sampai putih gebu.
2. Masukkan mentega, kacau sebati.
3. Bakar pada suhu 170'C api atas bawah selama 35-40 minit atau sampai masak.