Tuesday 30 June 2015

Biskut Mazola

Resepi Mak

Bahan:-
1 mangkuk kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak dan dikisar
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula halus
Minyak Mazola (jagung) secukupnya - untuk menguli

Hiasan: kuning telur- untuk di sapu pada biskut sebelum di bakar

Caranya:-

1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk (kecuali minyak). Gaul hingga rata.
2. Tuangkan minyak perlahan-lahan ke dalam adunan sambil menguli dan bolehlah di bentuk bulat2.
3.  Sapu kuning telur di atas biskut dan bakar selama 15 - 20minit - 170'c (Ikut oven masing-masing)

Saturday 27 June 2015

Biskut Arab

Resepi Mak

Bahan:-
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula icing (kalau x nak manis sgt boleh kurangkan gula)
Minyak sapi ikut lembap

Caranya:-
1. Mula-mula masukkan gula icing dan tepung gandum ke dalam satu bekas. Jangan lupa ayak adunan sebelum dimasukkan supaya tepung tidak berbiji.
2. Kemudian, masukkan minyak sapi.
3. Gaul semua hingga menjadi doh.
4. Gelek dan terap ikut suka. Jika mahu, boleh juga gentel menjadi bentuk bulat.
5. Susun di atas talam dan boleh bakar. Suhu lebih kurang 150 darjah celcius selama 15 minit ataupun agak-agak dah naik bau.
6. Sejukkan dan boleh dihidangkan.

Friday 26 June 2015

Agar-agar Milo

Resepi: Anessa
Sumber: Buku Hidangan Selebriti

Bahan:-
1 paket agar-agar
1 cawan milo
1/2 tin susu cair
1 cawan gula
6 cawan air

Caranya:-
1. Didihkan air terlebih dahulu kemudian masukkan agar2 ke dalam air mendidih dan biarkan ia hancur.
2. Selepas itu masukkan gula dan milo yang telah dibancuh sedikit dengan air panas.
3. Masukkan susu dan kacau rata. Bila agak pekat tuang ke dalam bekas dan biarkan ianya sejuk.


Monday 22 June 2015

Nasi Goreng Kampung

Resepi : Chef Hanieliza - Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi

Bahan A:
4 cawan nasi sejuk
2 biji telur dipukul sedikit
200 gm kangkung - dipotong pendek (Cik Na tukar dengan kacang panjang)
2 sudu makan minyak masak
100 gm udang (x letak)
100 gm sotong (x letak)
100 gm isi ayam - dihiris nipis
Garam secukup rasa

Bahan B - ditumbuk
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili api
2 biji cili merah
1 cawan ikan bilis
1 inc belacan

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga garing dan naik bau.
2. Kemudian masukkan udang, sotong dan daging ayam. Masak hingga udang,sotong dan ayam masak.
3. Masukkan kangkung (kacang panjang) dan kacau hingga kangkung sedikit layu.
4. Masukkan telur, biarkan telur keras sebentar barulah dihancurkan (Cik Na goreng telur berasingan dan masukkan ke dalam nasi).
5. Masukkan nasi dan garam secukup rasa dan digaul rata dan mesra.

Roti Sardin Bersalut Bread Crumbs

Resepi: Azlita Masam Manis

Bahan Untuk Sardin:-

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 inc halia

1 batang cili merah

Kesemua bahan di atas di blend

1 tin sardin - dibuang tulang dan dilecek

1 st serbuk lada hitam

1 sb cili sos

Garam & gula secukup rasa

Caranya:-

1. Tumis bahan yang diblend hingga garing dan harum. 

2. Kemudian masukkan sardin, serbuk lada hitam, cili sos, garam dan gula secukup rasa.

3. Kacau rata biarkan sedikit kering. Kemudian tapis supaya asing minyaknya

Cik Na tukar inti ikut resepi yang biasa mak Cik Na buat dulu.

Bahan:-

1 ulas bawang merah - potong dadu

1 biji cili merah - buang biji & potong dadu

1 tin sardin - buang tulang & dilecek

Garam

2 biji limau - perah airnya

Caranya:-

1. Tumis bawang besar dan cili merah.

2. Masukkan sardin dan garam. Kacau rata sehingga kering.

3. Tutup api dan perahkan limau.

Bahan Untuk Menggoreng Roti:

2 biji telur + sedikit garam dan pukul

Roti secukupnya

Bread crumbs

1 sk tepung gandum + sedikit air (sebagai gam)

Caranya:-

1. Roti dibuang tepi kemudian dirol leper.

2. Masukkan inti sardin di dalamnya, letakkan bancuhan tepung di tepi roti dan tekan tepinya dengan garfu.

3. Celupkan roti dlm telur kemudian golekkan atas bread crumbs dan goreng.


Monday 15 June 2015

Kuih Pandan

Resepi: Facebook/Resepi Sheila Rusli

Bahan:-
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan-sebagai hiasan jika suka

Caranya:-
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan.
2. Blender hingga sebati.
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalamnya.
4. Taburkan bijan jika suka.
5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/hingga masak. Untuk dapat permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.

Friday 12 June 2015

Kek Sandwich

Bahan:-
3 biji telur
1/2 cawan mentega
1 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu golden syrup
1 sudu baking powder

Caranya:-
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul rata. Masukkan golden syrup.
3. Masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder sedikit2. Kacau hingga rata.
4. Tuang adunan dalam 2 biji acuan kek berukuran sama.
5. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 180'C.
6. Sejukkan kek, sapu jem di atas kek dan tangkupkan.



Sunday 7 June 2015

Puding Kastard Mudah

Bahan:-
1 paket tepung kastard jenama Bird's Custard
3 paket air (guna paket tepung kastard) - kalau tak nak terlalu lembik kurangkan  2 paket setengah je
6 sudu gula pasir (rasa manis2 buah je)
1 tin jagung berkrim

Caranya:-
1. Campur semua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga semua bercampur barulah dibuka api dapur.
2. Kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3. Tuang ke dalam bekas atau acuan kecil dan biarkan sejuk sebelum dipotong atau dikeluarkan dari acuan.
4. Makan bersama kuah kastard.

Kuah kastard:-
1 tin susu cair IDEAL
1 tin air
4 sudu besar gula dan 4 sudu besar susu pekat.
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastard (campur dan bancuhkan dengan sedikit susu cair air)

*Campur semua bahan ke dalam periuk dan didihkan.

Friday 5 June 2015

Karipap

Bahan:-
1 kg tepung gandum
2 sudu marjerin }
12 sudu minyak } dicairkan
Air sejuk - ikut lembut
Garam

Caranya:-
1. Masukkan tepung gandum dan garam dalam bekas. Buat lubang tengah2 timbunan tepung.
2. Tuangkan bahan yg dicairkan ke dalam tepung. Gaulkan sehingga bancuhan tepung menjadi seperti serbuk roti.
3. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap kelembutan yang sesuai. Doh menjadi lembut dan tidak melekat pada tangan.
4. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti ais sekejap.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai di atas papan pencanai yang ditaburkan sedikit tepung. Tekan dengan acuan atau dengan gelas.
6. Masukkan inti yang telah disejukkan. Tekan tekan di bahagian tepi sebelum dikelim.
7. Goreng di dalam minyak yang banyak hingga tenggelam dengan api perlahan. Sentiasa di balik2kan dengan perlahan.

*resepi inti boleh refer entry karipap pusing.

Tuesday 2 June 2015

Lempeng Tepung Gandum

Resepi: Facebook/Kongsi Resepi

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air (kalau pekat tambah lagi)
1 camt garam
2 camb minyak masak

Caranya:-
1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga tidak bergentel.
2. Panaskan kuali yg tidak melekat, gunakan senduk bulat untuk menyukat adunan.
3. Masukkan 2 senduk besar ke dalam kuali. Ratakan dengan belakang senduk hingga menjadi bulat dan sedikit tebal.
4. Tutup kuali sekejap kemudian terbalikkan lempeng.
5. Ulangi proses ini hingga selesai.
** sedap dimakam dengan kari atau sambal.