Wednesday 25 March 2020

Laksa Utara



Sumber Resepi : Buku Koleksi Resepi & Tips Masakan Yatie Kitchen Episod 2

Bahan:- 
1 paket laksa
5 ekor ikan kembong + 5 ekor ikan sardin
3 sudu cili kisar
10 tangkai cili padi
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Secubit belacan
Segenggam ikan bilis
3 keping asam keping
2 ikat daun kesum
2 batang bunga kantan
2 kuib pati ikan bilis 
Garam secukup rasa

Bahan Sampingan:-
Bawang besar - hiris nipis
Telur - direbus
Limau kasturi
Salad
Daun selom
Timun - hiris nipis
* sis x cukup bahan.. ada limau kasturi, telur & cili merah je 

Caranya:-
1. Rebus ikan kembung dan ikan sardin bersama asam keping.
2. Setelah ikan empuk, tutup api. Keluarkan ikan. Tapis air rebusan dan ambil airnya.
3. Kisar cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan dan ikan bilis. Masukkan ke dalam air rebusan yang telah ditapis tadi dan masukkan juga cili kisar.
4. Asingkan isi dan tulang ikan. Kisar isi ikan dan masukkan ke dalam air rebusan tadi.
5. Kisar tulang ikan, tapis airnya dan masukkan ke dalam air rebusan. Masukkan asam keping bersama daun kesum dan bunga kantan.
6. Biarkan mendidih dan masukkan kiub pati ikan bilis. 
7. Rebus laksa hingga lembut dan toskan.
8. Hidangkan bersama bahan sampingan.

Monday 23 March 2020

Chicken and Mushroom Quiche



Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan A:-
200 gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
Mixed herbs

Bahan B:-
110 gm cold butter - kiubkan
1 kuning telur
1/4 sudu makan jus lemon
50 ml air sejuk (dimasuk berselang seli)

1.Campurkan bahan-bahan hingga sebati dan tuangkan ke dalam bahan A.
2. Diuli sampai jadi doh dan rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk. Selepas itu terapkan dalam pie mould yang boleh dikeluarkan plate dari bawah dan cucukkan tepung dengan garfu dan blind bake selama 15 minit.











Bahan C:-
Bawang putih cincang
2 sudu besar minyak zaitun
Celeries
Cendawan butang hiris nipis-nipis
Bawang besar - potong kiub
Minced chicken
Chicken fillet green peppercorn
Garam
Mixed herbs

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak zaitun, masukkan minched chichen dan chicken fillet, goreng sekejap sebelum dimasukkan kesemua campuran sayuran. 
2. Masukkan garam dan sedikit mixed herbs. Ketepikan.

Bahan D:-
250 gm whipped cream
Coarse black pepper
4 biji telur

Campur kesemua bahan dan kacau sebati.

Selepas doh di bind bake selama 15 minit, masukkan filling sayur tadi dan akhir sekali masukkan cream. Taburkan cheese yang diparut dan bakar selama 35 minit pada suhu 270 C.






Masak Lemak Cili Api Daging Dengan Kentang


Sumber Resepi: C&P My Resepi

Bahan:-
500 gm daging dipotong
3 biji kentang dibelah empat
500 ml santan pekat/pati santan
150 ml santan cair
1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai
15 tangkai cili padi kampung (nak pedas lagi boleh tambah cili padi lagi)
6 biji belimbing buluh dibelah dua (x da so ganti dengan asam keping)
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Daging dihiris tebal sedikit, dicuci dan toskan.
2. Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup dan sebahagian bawah serai sehingga lumat.
3. Masukkan campuran cili padi dan kunyit tadi ke dalam periuk dan buka api dengan perlahan.
4. Kemudian, masukkan asam keping/belimbing buluh dan santan cair perlahan-lahan dan besarkan api sedikit sehingga mendidih. Masukkan juga sebahagian serai yang telah dipotong tadi.
6. Apabila mendidih, masukkan kentang dan biarkan sehingga empuk.
7. Apabila kentang dah empuk, masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam.

Friday 20 March 2020

Nasi Goreng Pedas





Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
3 mangkuk nasi
200 gm daging - dipotong kecil, digaul dengan sedikit bawang putih, serbuk kunyit dan sedikit halia yang ditumbuk, rebus hingga empuk dan kering airnya.
10 batang kacang buncis (boleh jugak letak kacang panjang)
1 batang carrot - dihiris halus (x letak)
1 kuib pati ayam
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos kicap cair
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan Ditumbuk:-
6 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan daging yang telah empuk tadi dan tambah kicap cair serta sos tiram. Kacau rata.
3. Masukkan carrot dan kacang buncis. Kacau sebentar.
4. Masukkan nasi putih dan kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Kacau gaul rata-rata hingga nampak nasi berasap. Tutup api dan hidangkan.