Tuesday 26 May 2015

Ayam Penyet

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
Untuk Ayam
1 ekor ayam - potong 4 bahagian
Bahan2 untuk rebusan ayam:
Bahan A
50 gm bawang merah*
30 gm bawang putih*
20 gm lengkuas*
10 gm kunyit hidup*
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
500 ml santan
(Bahan* - dikisar)
Bahan B
150 gm tepung beras*
1 biji telur*
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*
10 gm garam*
10 gm gula*
*kesemua bahan digaul rata

Caranya:-
1. Potong ayam kepada 4 bahagian.
2. Rebus ayam bersama bahan kisar dan santan.
3. Kemudian masukkan garam dan gula.
4. Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar kepada warna kuning.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Bancuh semua bahan tepung (Bahan B)
7. Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
8. Panaskan minyak dan goreng semua baham bersalut sehingga tepung kekuningan dan diangkat.
9. Hidangkam ayam penyet bersama kangkung, hirisan timun, tempe, tauhu bersalut dan sambal.
* lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes (digoreng) untuk hidangan ayam penyet.

Untuk Sambal:
Sedikit minyak masak
20 batang cili merah (lebihkan jika mahu pedas)
10 biji cili padi
10 biji bawang kecil/merah-hiris
3 biji bawang putih-hiris
5 biji tomato-potong 4
5 cm belacan
2 sudu ikan bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng tadi.
5. Masukkan semuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
*sambal boleh disediaka  sehari sebelum hidangam sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sebelum disajikan.

Monday 25 May 2015

Butterscotch Bread Pudding

Resepi: Dapur Tanpa Sempadan Mat Gebu

Bahan:-
5 keping roti Butterscotch Gardenia-dipotong kiub
2 camca besar coklat cip
1 cawan susu sejat (boleh guna susu segar)*
1 biji telur gread A*
1 camca besar gula halus*
1 camca teh esen vanilla*
1 camca besar mentega-cair dan sejukkan
Sedikit mentega

Bahan Sos Kastard:
1 cawan susu segar
2 camca besar air
1 camca besar penuh gula halus
1 camca besar penuh tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

Caranya:-
Untuk Butterscotch Bread Pudding
1. Satukan bahan2 bertanda * dan kacau rata dengan whisk, ketepikan.
2. Lenser bekas tahan panas berukuran 5 inci × 7 inci dengan mentega.
3. Susun 1/2 bahagian roti dan taburkan 1 camca besar coklat chip. Susun baki roti, kemaskan.
4. Kemudian tuang bancuhan yang dikacau tadi atas roti. Biar hingga cecair terserap.
5. Tabur rata2 baki coklat chip atasnya. Kemudian jatuhkan sedikit mentega pada permukaannya.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 30 minit.
7. Bila puding masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.

Untuk Sos Kastard
1. Satukan semua bahan2 utk sos kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga rata dan tidak berbintil.
2. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga sos pekat.
3. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.

Untuk Menghidang
Cedok secukupnya puding ke dalam piring. Tuang sos kastard atasnya dan hidangkan.

Sunday 24 May 2015

Puding Laici (Resepi II)

Resepi: Facebook/Kongsi Resepi

Bahan:-
10 gm agar-agar serbuk
2 liter air (Cik Na kurangkan 1 liter je sbb x nak lembik dan berair)
2 cawan gula (kurangkan sikit kalau x nak manis)
1 tin susu cair
1 tin laici (resepi asal 2 tin)

Caranya:-
1. Masukkan agar2, air dan gula ke dalam periuk. Larutkan agar2 dan gula.
2. Padamkan api. Masukkan susu cair dan air laici. Kacau sebati.
3. Masukkan ke dalam acuan. Hampir beku, susun laici di atas permukaan puding.
4. Sejukkan di dalam peti.

Saturday 23 May 2015

Jemput Kentang

Resepi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
2 biji kentang - kupas dan potong dadu halus2
1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 biji telur - pukul sikit
1 labu bawang besar - potong dadu
1 sudu kecil baking powder
Garam
1/2 cawan air panas didih
1 cawan (+-) air biasa

Caranya:-
1. Gaul rata tepung dengan baking powder dan masukkan garam.
2. Campurkan bahan lain dan bancuh dengan air panas didih dahulu, rata-ratakan.
3. Kemudian baru bancuh dengan air biasa hingga adunan sebati dan boleh dijemput dengan tangan.
4. Goreng dalam minyak yang banyak.

Friday 22 May 2015

Kuih Lapis Pisang

Resepi: Facebook/Kongsi Resepi

Bahan:-
A
2 cawan santan (Cik Na guna 1 1/2 kotak santan + air)
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard/jagung
1 sudu teh garam
B
1 cawan pisang emas/berangan-dilecek
1/4 cawan air
Sedikit pewarna kuning (kalau guna tepung kastard x yah letak rasanya)
C
1/4 cawan air
Sedikit pewarna merah

Caranya:-
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahangian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan (Sediakan loyang yang digriskan sedikit minyak. Panaskan sebentar)
5. Tuangkan hampir 3/4 adunan pisang dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus selama 8 minit.
7. Buat sehingga setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang.
8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebih kurang 10-12 minit.
9. Biar sejuk pada suhu bilik barulah dipotong.

Wednesday 20 May 2015

Kek Pisang

Bahan:-
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan pisang yang dilecek
3/4 cawan minyak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla pisang

Caranya:-
1. Gula dan telur dikacau hingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung, baking powder dan bikarbonat.
3. Masukkan pisang.
4. Tuang ke dalam acuan dan bakar.

Monday 18 May 2015

Puding Roti Gulung

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
7 keping roti putih
Jem blueberi (Cik Na guna serikaya)
3 biji telur
40 gm gula kastor
200 ml susu cair
1 sudu makan tepung kastard
1/2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
30 gm hirisan badam/secukupnya
Sedikit mentega untuk dilenser pada loyang

Caranya:-
1. Buangkan bahagian tepi roti dan sapukan dengan jem/kaya. Gulungkan roti dengan kemas.
2. Aturkan roti di dalam loyang ukuran 20 × 11 yang telah dilenser dengan mentega terlebih dahulu.
3. Pukul telur bersama gula sehingga sebati.
4. Masukkan susu cair, esen vanilla, tepung kastard dan tepung jagung. Gaul sebati.
5. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang berisi roti tadi.
6. Taburkan badam secukupnya biar rata dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 30 minit atau hingga kekuningan atasnya.
7. Hidangkan bersama sos kastard jika rajin...kalau malas picitkan ke Hershey's Syrup.

Sunday 17 May 2015

Puding Lapis

Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan:-
10 gm agar2 (1 paket)
6 cawan air
300 gm gula (1 1/2 cawan)
1 tin susu cair (400 mililiter)
Pewarna kuning, ungu dan hijau

Caranya:-
1. Masakkan serbuk agar2, air dan gula sehingga larut dan mendidih.
2. Bahagikan agar2 sama banyak kepada tiga mangkuk yang berlainan.
3. Masukkan warna yang berlainan pada setiap mangkuk.
4. Tuangkan satu warna ke dalam acuan dan sejukkan.
5. Apabila agar2 hampir beku, tuangkan warna lain perlahan2 supaya warna tidak bercampur dengan warna lain.
6. Lakukan cara yang sama semasa menuang warna yang lain sehingga semua warna habis.
7. Sejuk dan sedia dihidangkan.

Saturday 16 May 2015

Kek Coklat Moist

Resepi : Facebook/Kongsi Resepi

Bahan:-
1 cawan gula*
1 cawan susu cair*
1 cawan susu pekat*
1 cawan serbuk koko*
1 cawan minyak atau marjerin dicairkan*
3 biji telur
1 cawan tepung gandum
1s/y baking powder n soda bikarbonat

Caranya:-
1. Semua bahan* dicampur jadi satu dan masak atas api yang kecil. Agak2 sebati  matikan api dan biar suam adunan tu.
2. Kemudian pukul 3 biji telur sampai kembang. Masukkan dalam adunan tadi.
3. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat.
4. Kukus selama 1 jam atau sampai masak.

Wednesday 13 May 2015

Ikan Stim Halia Dengan Bawang Putih

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 ekor ikan siakap (*Cik Na tukar ikan tenggiri)
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 inci halia - dihiris halus
3 biji cili padi - hiris (boleh tambah/kurangkan)
8 batang cendawan (*Cik Na tukar carrot)
1 biji tomato - belah 6
2 batang serai - diketuk
1 helai daun limau purut - hiris halus
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar worcestershine sauce (brand lea & perrin/maggie)
3 biji limau kasturi - ambil airnya

Caranya:-
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pinggan besar/bekan tahan panas.
2. Kukus selama 15 minit/sehingga masak.

Monday 11 May 2015

Ikan Tenggiri Ala Rendang

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
2 keping besar ikan tenggiri - bersihkan dan  toskan
1 1/2 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor
2 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak

Bahan Kisar:
18 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan goreng ikan tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan 4 sudu besar. Tumiskan serai dan bahan kisar hingga naik minyak. Masak dgn api perlahan saja.
3. Masukkan asam keping dan masak lagi.
4. Masukkan santan, garam dan renehkan biar pekat dan bahan naik minyak.
5. Masukkan ikan tadi dan balikkan sesekali dua sahaja. Masukkan daun kunyit dan gaul rata sebentar. (Tinggal sikit daun kunyit untuk tabur masa hidang kalau suka)
6. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dan tabur hirisan daun kunyit.