Monday 31 August 2015

Kelapa Sirap

Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
1 biji kelapa - ambil air dan isinya
1/2 sudu makan sirap merah - yg dah ada gula
5 biji buah laici
Beberapa ketul kiub ais

Caranya:-
1. Masukkan sirap ke dalam gelas.
2. Kemudian tuangkan air kelapa dan isinya.
3. Masukkan kiub ais ke dalam gelas.
4. Akhir sekali masukkan buah laici.

Monday 17 August 2015

Sambal Telur Kasturi

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
5 biji telur - digoreng mata kerbau
2 tangkai cili merah*
2 tangkai cili hijau*
4 - 6 tangkai cili padi*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*
Sedikit belacan yg dibakar*
(Bahan2* dikisar kasar)
Sedikit air (jika perlu)
Garam secukup rasa
2 biji limau kasturi - ambik jusnya
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana. Kacau hingga bahan pecah minyak (Jika terlalu kering boleh tambah sedikit air)
2. Bila nampak pekat, masukkan garam secukup rasa.
3. Masukkan pula telur yang telah digoreng tadi dan kacau balik perlahan biar rata.
4. Tutup api dan masukkan jus limau kasturi dan kacau rata2 sikit.

Saturday 15 August 2015

Asam Pedas Lada Hidup

Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
10 batang cili merah - dikisar
Ikan secukupnya-ikan parang, cencaru, kembung atau tengggiri
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc halia-dikisar
1/2 inc kunyit hidup-dikisar
1 inc belacan-dikisar
2 kpg asam keping

Caranya:-
1. Tumis bahan2 yang dikisar hingga garing dan harum.
2. Setelah itu masukkan air biar hingga mendidih.
3. Masukkan asam keping, ikan dan garam secukupnya.

Friday 14 August 2015

Ikan Sambal Bermayonis

Resepi: Facebook/Kongsi Resepi

Bahan:-
5-6 ekor ikan kembong atau lain2 jenis ikan (dibersihkan dan digoreng seperti biasa hingga 3/4 masak)
1 labu bawang besar (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
3 sudu besar cili giling
Sedikit belacan bakar (dikisar)
2 sudu makan mayonis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar (dihirs bulat dan digoreng)

Caranya:-
1. Tumis bahan2 kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan mayonis, sos tiram dan kicap manis. Kacau sebati. Boleh masukkan sedikit air jika perlu.
4. Masukkan ikan goreng tadi dan gaul2kan hingga bersalut dengan sambal. Perasakan dengan garam.
5. Setelah masak angkat dan hiaskan dengan bawang yang sudah digoreng tadi.

Thursday 13 August 2015

Cornflakes Madu

Bahan:-
125gm butter
1/2 cawan brown sugar
1 cawan madu
1 kotak Conflakes (500 gm)
Mangkuk kertas kecil
Sprinkles sebagai hiasan

Caranya:-
1. Cairkan butter, madu dan brown sugar dengan api kecil sampai larut dan mendidih.
2. Masukkan cornflakes dan gaul rata.
3. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
4. Hiaskan dengan sprinkles.
5. Bakar dengan suhu 170 C selama 8-10 minit.

Soft Marble Cake

Bahan:-
250g butter
270g gula halus
260g tepung gandum
6 biji telur
1 sudu besar ovellete
1 sudu besar baking powder
Sedikit esen vanilla
Koko powder
1 sudu besar susu pekat manis

Caranya:-
1. Pukul butter dgn susu pekat manis bersama esen vanilla. Biarkan.
2. Dalam bekas lain, pukul telur dengan gula dan ovellete sampai putih gebu. Masukkan baking powder, bila sebati baru masukkan tepung gandum.
3. Pukul sebati baru masukkan butter, masukkan pula air sebanyak 2 sudu besar. Pukul lagi sikit.
4. Asingkan sedikit dan campurkan dengan koko powder.
5. Bubuh 6 sudu putih kemudian 3 sudu koko.
6. Bakar pada suhu 150 C selama 1 jam 15 minit.
7. Bila masak telangkupkan atas redai.

Saturday 8 August 2015

Lychee Smoothie

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
(2-3 gelas)
15 buah laici dalam tin (laici fresh pun ok)
250ml susu segar
100ml susu cair
1 1/2 sudu besar susu pekat manis
200ml jus laici dalam tin
Ketulan ais

Caranya:-
1. Masukkan kesemua bahan kecuali ketulan ais (tapi Cik Na ikut Kak Ummi letak jugak sikit ais ketul) dalam blender..blend hingga halus.
2. Tuang ke dalam gelas dan tambah ketulan ais. Sedia untuk diminum.

Thursday 6 August 2015

Ayam Masak Bali

Resepi: Facebook/Resepi Sheila Rusli

Bahan:-
5 ketul paha ayam (Cik Na campur2 bahagian lain)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan kasar
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai daun kari
3 - 4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam dan gula

Caranya:-
1. Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
2. Gaulkan bahan yang dikisar bersama2 kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan2 ini.
3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
4. Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Selain nasi sedap juga dihidangkan bersama2 nasi impit.

Kuih Cara

 Bahan:-
 2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa
2 biji telur
3 helai daun pandan (kisar dengan santan dan tapis)
Secubit garam
Gula pasir (inti)
Sedikit minyak masak untuk sapukan pada acuan

Caranya:-
1. Kisar semua bahan dan gaulkan hingga sebati tanpa ketulan.
2. Panaskan acuan, sapukan sedikit minyak di permukaan acuan dan tuangkan sedikit demi sedikit (bokeh letak dalam jug untuk senang tuang).
3. Letak secubit gula dan biarkan sehingga masak. Pelahankan api supaya semua permukaan kuih masak.

Monday 3 August 2015

Lidah Kucing (Resepi II)

Resepi: Facebook/Kongsi Resepi

Bahan:-
250gm mentega
175gm gula kastor
100 ml putih telur
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah,oren,kuning,hijau,biru,ungu.
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Caranya:-
1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex. Ketepikan.
2. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
4. Masukkan tepung dan kaub balik dengan spatula hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.
6. Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.
7. Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil.
8. Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang dikehendaki mengikut warna pelangi.
9. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15-20 minit.
10. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah.