Monday 31 July 2017

Nasi Goreng Belacan

Sumber Resepi: C&P Love Touch Zila Forever

Bahan:-
2 mangkuk nasi putih
5 biji cili api hijau dan 1 biji cili merah
1 labu bawang besar
Segenggam ikan bilis yang siap dikopek (Cik Na tukar udang kering)
Belacan sebesar ibu jari
3 biji bawang putih
2 biji telur

Caranya:-
1. Tumbuk lumat bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah.
2. Masukkan belacan dan tumbuk lagi.
3. Masukkan ikan bilis/udang kering dan tumbuk sekejap sahaja. Lebih sedap jika ditumbuk tidak begitu hancur.
4. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak, goreng 2 biji telur. Bila hampir masak hancur-hancurkan telur dan angkat.
5. Tumis bahan2 yang ditumbuk tadi hingga kekuningan dan berbau wangi.
6. Masukkan nasi, gaul rata. Perasakan masinnya.
7. Masukkan telur yang telah dihancurkan tadi. Gaul rata dan tutup api.

Friday 28 July 2017

Puding Roti

Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi

Bahan:-
Untuk 6 cawan
5-6 keping roti sandwich didadu kecil
3 cawan susu segar rendah lemak (kalau nak guna susu cair pun boleh, tapi kuantitinya 1 tin susu cair dicampur dengan 1 cawan air masak)
3 sudu besar gula perang (lebihkan sikit kalau nak manis)
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur

Pilihan:-
2 keping cheese dipotong kecil (potong 9 setiap keping)
2 sudu besar kismis (x letak sbb x suka)
2 sudu besar chocolate chips
6 cawan atau mangkuk tahan panas

Caranya:-
1. Roti didadu kecil dan masukkan separuh dalam acuan,taburkan kismis/chocolate chips, dan letak tepi.
2. Telur dan gula perang dipukul hingga sebati.
3. Masukkan esen vanilla dan susu segar, pukul lagi hingga sebati.
4. Tuangkan campuran susu ke dalam bekas/cawan roti dan masukkan separuh lagi roti dan tuangkan sehingga penuh campuran susu (macam dalam gambar).
5. Taburkan chocolate chips dan susun cheese.
6. Susunkan bekas/cawan ke dalam dulang dan tuangkan sedikit air panas ke dalam dulang (method waterbath).
7. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180-190°C.

Wednesday 26 July 2017

Ikan Masak Ala Jawa (Resepi II)

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
4 keping ikan merah - gaul dgn kunyit dan garam, digoreng keemasan
2 batang serai diketuk
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Dikisar:-
10 biji cili padi (boleh kurangkan kalau x nak pedas sangat)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 cm kunyit hidup

Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik bau.
2. Tuangkan santan, air, asam keping dan garam secukup rasa. Kacau sekata Dan biar kuah naik minyak.
3. Masukkan ikan, ratakan dan biarkan kuah mendidih. Cik Na keringkan x berkuah.

*** Ikan masak ala jawa ni rasanya lebih kurang sama dengan lemak cili padi. Cuma cara penyediaannya yg agak sedikit berbeza kerana lauk ni ditumis dahulu. Manakala masak lemak cili api tidak ditumis atau pun dimasak menggunakan kaedah merebus.

Thursday 20 July 2017

Apam Snow White

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

Caranya:-
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yang sederhana besar kecuali nasi dan air.
2. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.
3. Kisar/blender nasi dengan air sampai betul2 hancur.
4. Campurkan nasi yang telah diblend dengan bahan yang telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
5. Biarkan adunan mesra selama satu jam. Adunan akan mengembang selepas itu.
6. Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15 minit.

Note: Sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bill dikeluarkan.

Tuesday 18 July 2017

Sambal Daging Berserai

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
400 gm daging, hiris, cuci dan toskan*
1 inci halia, hiris nipis*
3 ulas bawang putih, dititik*
(* direbus empuk)
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 batang serai, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa

Caranya:-
1. Daging ditoskan, asingkan 1/2 cawan stok air rebusan tadi. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih dan serai, tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan cili sos. Tumis hingga cili garing.
2. Masukkan daging dan gaul rata. Tuang jus asam jawa dan biar mendidih hingga pekat dan sedikit kering. Masukkan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai.

Daging Kunyit Berkobis

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
250 gm daging batang pinang, hiris nipis dan toskan
1/2 inci halia muda*
3 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
(*ditumbuk halus)
1/2 camca teh garam
Secubit gula
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji cili merah, hiris serong
1/4 biji kobis bulat
1/3 cawan air

Caranya:-
1. Daging digaul dengan bahan tumbuk halus hingga rata. Perap sekurang2nya 2 jam dalam peti sejuk. Kobis dihiris kasar, cuci dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar hingga layu, masukkan daging tadi dan masak hingga daging berubah warna. Tuang air dan masak hingga daging lembut.
3. Tambah sayur kobis dan cili merah hiris, kacau rata dan biar hingga kobis lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam, kacau rata, angkat dan hidangkan panas bersama nasi.

Monday 17 July 2017

Lempeng Pisang (Resepi II)

Sumber Resepi: Buku Resepi Kuih Muih Melayu Rubiah Suparman

Bahan:-
4 biji pisang berangan
1 ketul gula Melaka
1/2 biji kelapa parut
Sedikit tepung
Secubit garam

Caranya:-
1. Gula Melaka diracik halus.
2. Sementara itu, lenyek pisang dan gaulkan sekali bersama gula Melaka.
3. Masukkan tepung dan garam secukup rasa. Masukkan kelapa parut dan gaul sama rata.
4. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak. Bancuhan tadi diletak atas kuali. Apabila kekuningan terbalikkan dan bila sudah masak angkat.
5. Jika inginkan bau wangi, bungkus di dalam daun pisang kemudian letak atas kuali leper dengan api yang sederhana. Balik-balikkan agar lempeng masak serata.

Chocolate Bottom Banana Square

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
1/2 cawan butter
1 cawan gula
1 biji telur
1 sk esen vanilla
1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3 biji medium)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1/2 teaspoon salt
1/4 cawan serbuk koko (Cik Na bubuh 2 sudu besar je)
1 cawan chocolate chips dan kacang nibs
1/2 cawan kismis (x letak pun)

Caranya:-
1. Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanilla dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.
2. Dalam mangkuk lainx satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13 inc. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc chips dan almond @ kacang nibs dan kismis.
4. Bakar suhu 170°C selama 30 minit atau hingga masak. Sejukkan dan potong 24 square.

Thursday 13 July 2017

Mee Kung Fu

Sumber Resepi: Facebook/Buku Resepi

Bahan A:-
500 gm mee kuning
5 biji telur (dipukul)

Bahan B:-
100 gm udang (buang kulit)
150 gm ayam (dihiris)
1 biji fish cake (potong nipis)
3 ulas bawang putih (dicincang)
100 gm brokoli (dipotong - x letak x da)
100 gm bunga kubis (dipotong)
100 gm lobak merah (potong kecil dan panjang)
5 tangkai baby corn (x letak)
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung]
1 cawan air] dibancuh
1cawan air rebusan ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada sulah
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit (satu portion untuk 1 pinggan) hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan lobak merah.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kubis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Sunday 9 July 2017

Nasi Goreng Tom Yam

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
1 mangkuk nasi
Beberapa ekor udang atau sotong
1 cawan daging atau ayam dihiris nipis
Kobis dihiris halus
Carrot dipotong dadu (x letak)
Daun ketumbar dimayang halus (x letak jugak sbb x da stock)
2 biji telur
Cili merah dihiris
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Menumis:-
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 paket perencah tom yam (paket kecil)
1 sudu besar sos tiram

Caranya:-
1. Panaskan 2 sudu minyak dalam kuali.
2. Pecahkan telur dan goreng hancur, ketepikan.
3. Tumiskan bawang hingga layu. 4. Masukkan perencah tom yam dan so tiram dan masak hingga naik bau.
4. Masukkan daging dan udang dan masak hingga daging dan udang empuk.
5. Masukkan garam secukup rasa. 
6. Masukkan carrot dan kacau rata.
7. Masukkan nasi dan gaul mesra.
8. Kemudian barulah masukkan kobis, telur, cili merah dan daun ketumbar.  Siap untuk dihidangkan.

Sotong Bakar Bersambal

Sumber Resepi: Facebook

Bahan:-
Sotong (dikelar2 sedikit)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 sudu cili kering
1 batang serai (kalau kecil pakai 2 batang)
Sedikit serbuk ketumbar
Garam

Caranya:-
1. Kisar semua bahan2 kecuali sotong.
2. Curahkan bahan yang telah dikisar ke atas sotong.
3. Perap lebih kurang setengah jam tapi kalau perap lebih lama lagi bagus (1-3 jam)
4. Balut sotong dalam aluminium foil, curahkan lebihan sambal/bahan kisar ke atas sotong supaya nanti akan jadi moist.
5. Bakar dalam 30 minit.

Tuesday 4 July 2017

Chocolate Congo Bars

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
280 gm tepung gandum
2 1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko

Satukan bahan di atas dan ayak

250 butter ~ di cairkan
300 gm gula caster ~ Cik Na ikut Kak Ita guna gula perang
3 biji telur​ B/2 biji telur​ A
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan chocolate chip
1/2 cawan cranberries ~ x letak
Coklat cadbury sebagai topping hiasan jika suka

Caranya:-
1. Pukul telur dan gula caster dengan whisk aje hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan gaul rata
Masukkan bahan yang di ayak dan kaup balik sempurna.
3. Masukkan butter cair dan kaup balik
Akhir sekali masukkan choc chip dan cranberries dan gaul rata.
4. Sediakan loyang 10 x 10 ( kek sedikit tinggi ) kalau nak nipis sikit guna loyang 12 x12 inc.
5. Sapukan sedikit butter pada loyang dan alas loyang dengan baking paper.
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan.
7. Hiaskan atasnya dengan coklat cadbury jika suka.
8. Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 170 C
bakar selama 30 minit atau sehingga ia masak sempurna.
9.Tunggu sejuk baru di potong kepada kepingan.

Monday 3 July 2017

Ikan Sambal Kantan

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
1 ekor ikan sebelah saiz sederhana (Cik Na guna ikan tenggiri, ikan bawal pun ok)
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh lada hitam serbuk
Sedikit garam
1 biji limau nipis, perah jusnya
2 camca besar sos cili (x letak)
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca teh besar sos ikan (nampla) (x letak jugak)
1 camca besar gula
1 biji tomato, dicincang (x da)
1 kuntum bunga kantan, dihiris halus (untuk ditabur)
Garam secukup rasa

Bahan A (tumbuk halus):-
1 kuntum bunga kantan, dihiris
1 batang serai, hiris halus
1 biji bawang besar, potong kecil
3 biji cili merah (Cik Na tambah 5 biji cili padi thai)
3 ulas bawang putih
1 hirisan nipis halia
1/2 inci belacan, dibakar

Caranya:-
1. Ikan disiang, cuci bersih dan kelar2 sedikit. Perap bersama serbuk kunyit, lada hitam serbuk dan sedikit garam selama 5 minit, kemudian goreng hingga​ garing. Angkat, toskan dan letak dlm pinggan sesuai.
2. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harm,masukkan tomato dan kacau hingga tomato layu , tambah sos cili, cili kisar dan gula. Masak hingga garing dan terbit minyak.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, tambah jus limau nipis dan gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang sambal tadi atas ikan goreng, ratakan dan tabur hirisan bunga kantan.

Sunday 2 July 2017

Banana Butter Cake

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
4 biji telur gred A
100 gm gula halus
1/2 camca teh ovallate
120 gm tepung protein rendah (Che Mat guna tepung gandum)*
1/2 camca teh baking powder*
(* digaul rata dan ayak)
85 gm mentega, dicairkan dan biar sejuk
120 gm pisang embun#
1/4 camca teh soda bicarbonat#
Secubit garam#
(# dilecek hingga hancur)

Caranya:-
1. Putar gula halus dengan ovallate hingga rata. Masukkan kesemua telur dan putar hingga kembang dan pekat. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
2. Masukkan pisang lecek, putar lagi dan akhir sekali masukkan mentega cair dan gaul rata menggunakan spatula.
3. Isikan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar pada suhu 180°C selama 25 minit atau hingga masak. Biar kek sejuk dan hias ikut kreativiti masing2. Jika menggunakan loaf tin atau tin bulat,  panjangkan masa membakar 20 - 25 minit lagi atau hingga masak.

Mee Hailam (Resepi IV)

Sumber Resepi: Facebook/Resepi Sheila Rusly

Bahan:-
600 gm mee kuning
100 gm isi ayam - hiris nipis
100 gm udang
250 gm sawi hijau - potong kecil
100 gm bunga kubis - hiris (x letak)
100 gm kubis - hiris
1 biji cili merah - mayang
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air (boleh lebihkan)
4 ulas bawang putih - ketuk

Bahan Hiasan:-
3 batang daun sup - potong pendek
3 batang daun bawang - potong pendek
1 biji cili merah - hiris
Garam jika perlu

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau hingga rata.
2. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning. Kacau hingga rata. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau hingga rata.
3. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup, daun bawang Dan cili merah. Sedia dihidangkan.

Saturday 1 July 2017

Kari Daging Kerisik

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
1 kg daging lembu
4 biji kentang, belah 4 setiap biji
1 batang lobak merah, dipotong baji
1 biji kelapa, diparut
1 1/2 camca besar kerisik
2 1/2 camca besar serbuk kari daging
1 keping asam gelugor
1 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
8 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
10 - 15 biji cili padi
1 hirisan nipis lengkuas

Bahan2 Tumis:-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah kecil, dihiris halus
2 ulas bawang putih, dihiris halus

Caranya:-
1. Hiris daging nipis, cuci dan toskan. Tuang air 1 cawan dalam kelapa part, ramas dan perah untuk santan no 1. Tuang 1 liter air, ramas dan perah untuk santan no 2. Ketepikan.
2. Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga wangi. Masukkan rempah kari daging, gaul rata dan tambah sedikit air. Goreng rempah hingga pecah minyak. Masukkan daging dan gaul rata, biar 5 minit hingga daging kecut dengan rempah.
3. Tuang santan cair dan biarkan mendidih dengan api sederhana hingga daging 3/4 empuk. Masukkan lobak merah, kentang dan kerisik. Masak hingga kentang dan lobak empuk, baru ditambah dengan asam gelugor. Biar mendidih.
4. Tuang santan no 1 dan perasakan dengan garam dan gula melaka. Kacau perlahan dan biar mendidih pada api perlahan. Rasa kuahnya, jika ok boleh dimatikan api dan hidangkan bersama nasi impit, roti jala, roti canai atau apa2 je lah...

Mihun Siam Cili Padi

Sumber Resepi: Facebook/Resepi Sedap

Bahan:-
300 gm mihun ~ direndam lebih kurang 1/2 - 1 jam
2 labu bawang besar ~ dikisar
4 ulas bawang putih ~ dikisar
15 batang cili padi ~ dikisar (kalau nak lebih pedas sila tambah cili padi)
3 sudu makan udang kering (rendam sebentar) ~ dikisar
15 ekor udang sederhana besar ~ dibuang misai dan ekornya, cuci bersih dan toskan (Cik Na buang kulit semua dan campur sikit sotong)
1 batang lobak merah ~ dihiris batang mancis (x letak)
1 sudu makan serbuk ayam atau kiub pati ayam
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula (kalau siapa yg suka, Cik Na x letak)
Garam secukup rasa
1 - 1/2 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang dikisar, bawang, cili padi, udang kering hingga agak garing dan berbau wangi masukkan air , bahan2 perasa, biarkan mendidih sebentar.
2. Bila mendidih, masukkan lobak merah serta batang sawi,masukkan bihun dan balikkan hingga rata, rasakan kesesuaian  garam kalau kurang tambah, masukkan sawi, balik-balikkan hingga mihun agak kering dan boleh matikan api.