Friday 30 December 2016

Cempedak Goreng Rangup

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
2 senduk tepung betas
1/2 - 1 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung - optional
1 sudu besar butter
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secubit gula
Garam
Air secukupnya

Caranya:-
1. Satukan semua bahan di atas dan kisar dengan sedikit air. Sedia untuk digunakan.
2. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul betul panas.
3. Celup cempedak atau apa sahaja ke dalam adunan tepung dan goreng. Angkat tinggi-tinggi supaya terhasil keropok keropok yang banyak dan garing.
4. Balik-balikkan dan angkat. Tos di atas tisu dapur.

Thursday 29 December 2016

Mee Segera Goreng

Sumber Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A :-
3 bungkus mee segera (direbus dan toskan)
100 gm udang (dibuang kulit)
100 gm sotong (dipotong kecil)
100 gm sawi (dipotong kecil)
50 gm kubis (dipotong kecil) ~  x letak
1/2 batang lobak merah (disagat atau dihiris) ~ x letak jugak
3 sudu makan minyak masak
2 sudu makan kicap
Garam secukup rasa

Bahan B (Ditumbuk):-
5 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk. Goreng sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Kacau rata dan biarkan sehingga masak.
3. Masukkan sayur, sedikit kicap dan air.
4. Kacau rata. Kemudian masukkan Mee dan biarkan sehingga lembut.

Wednesday 21 December 2016

Spaghetti Goreng Seafood

Sumber Resepi: Facebook/Resepi Sheila Rusly

Bahan:-
200 gm spaghetti ~ direbus
2 sudu besar lada kisar
2 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 genggam isi udang
2 genggam sotong ~ dibersihkan dan dipotong2
7 batang jejari ketam ~ dipotong2 (x letak)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram
Sayur sawi secukupnya (x da sawi ganti kubis bunga)
Taugeh secukupnya (x letak sbb ganti sawi dgn kubis bunga)

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan lada kisar hingga garing.
2. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis. Gaul sebati.
3. Masukkan sawi/kubis bunga dan bahan  seafood. Kacau rata.
4. Masukkan spaghetti dan taugeh, gaul sebati.
5. Bila rasanya dah ok, angkat dan sedia hidang.