Sunday 28 October 2018

Bebola Daging Ala Sangdewi


Sumber Resepi: Facebook/Rozi Abdul Razak

Bahan Untuk Sos:-
(Resepi Untuk 5-8 orang makan)
1 plastik bebola daging
Sebiji bawang besar dipotong dadu
Setengah buku mentega (boleh lebihkan sikit)
3 suku botol susu segar (susu dutch lady 450ml)
4 sudu makan bancuhan tepung gandum (jangan berketul2)
3 suku cawan air masak
Kicap untuk memberikan rasa dan warna (sukatan anda)
Serbuk lada hitam (ikut kepedasan yang anda suka)
Garam dan kiub ayam secukup rasa

Bebola daging (boleh dibeli di mana2 pasaraya)

Caranya:-
1. Panaskan mentega dengan api kecil. Bagi mentega mencair sepenuhnya.
2. Masukkan bawang dan bagi bawang naik bau.
3. Masukkan susu segar.
4. Masukkan pula bancuhan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau2 untuk mendapat kepekatan yang dikehendaki.
5. Masukkan sedikit air untuk seimbangkan kepekatan.
6. Masukkan pula serbuk lada hitam (mengikut kepedasan yang kita suka).
7. Masukkan garam dan kiub ayam (secukup rasa)
8. Masukkan pula kicap manis, jangan terlalu coklat kuahnya, biarkan warnanya coklat manja2 dan menarik je.
9. Apabila kuah semakin likat harus dikacau tanpa henti. Pastikan api sederhana.
10. Goreng bebola daging, jangan terlalu garing.
11. Hidangkan bebola daging bersama kuah. Boleh hidangkan bersama fries sekali.




Saturday 20 October 2018

Masak Lemak Pucuk Paku Dengan Udang



Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
1 mangkuk besar pucuk paku yang telah dibersihkan
10 ekor udang sederhana besar
2 pokok daun ketumbar bersama akarnya~akarnya bersihkan hiris2 sikit buang kotor tanahnya
2 batang serai~dititik

Bahan Kisar:-
15 tangkai cili padi~kalau x suka pedas boleh kurangkan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 keping asam keping

Garam secukup rasa
1 mangkuk santan

Caranya:-
1. Kisar semua bahan kisar dalam mesin pengisar.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk.
3. Masukkan serai dan daun ketumbar.
4. Masak hingga harum.
5. Masukkan udang.
6. Tambahkan air jika kuah kering.
7. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
8. Masukkan santan.
9. Bila kuah dan didih, masukkan pucuk paku.
10. Masak sekejap je, sampai sayur kecut sikit.
11. Tutup api dah hidangkan.

Sunday 14 October 2018

Mee Goreng Azie Kitchen


Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
1 pek mee kuning
1 mangkuk udang (Cik Na tambah sotong)
4-5 ulas bawang putih - lagi banyak lagi sedap
1-2 sudu besar cili kering kisar
3-4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap 
1 sudu besar sos tiram
1 ikat sayur bok choy
1 biji buah tomato
1-2 biji telur

Bahan lain:-
1 tangkai cili merah
Daun bawang/daun sup
1 biji buah limau nipis

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi dan kekuningan.
2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar2 masak.
3. Masukkan udang dan sotong, kacau rata. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau rata.
4. Masukkan daun bok choy. Kacau rata dan sesuaikan lembut mee. Tambah sedikit air, jika masih belum cukup lembut.
5. Akhir sekali, pecahkan telur dan kacau rata. Agak2 telur masak, bolehlah tutup api.
6. Tabur cili merah dan semasa dihidangkan, tabur daun bawang dan diperah limau nipis.

Nota: Boleh tambah sos tomato dan kicap ikut kesesuaian rasa masing2.