Sunday 13 January 2019

Ikan Masak Pindang Cili Padi


Sumber Resepi: Buku Koleksi Resepi & Tips Masakan dari Yatie’s Kitchen

Bahan:- 
5 ekor ikan kembung segar belah 2 (Cik Na guna ikan lain)
1/2 sudu serbuk kunyit
2 kiub ikan bilis
2 batang serai 
3 keping asam keping
5 tangkai daun kesum

Bahan Tumbuk:-
1 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cm belacan
1/2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi merah
5 biji cili padi hijau
Segenggam ikan bilis

Caranya:-
1. Masuk 5 cawan air dan didihkan. 
2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan serbuk kunyit.
3. Kemudian masukkan 3 keping asam keping.
4. Masukkan serai yang diketuk, masukkan ikan, perasakan dengan garam dan kiub ikan bilis. 
5. Semasa mendidih, masukkan 5 tangkai daun kesum.
6. Tunggu sehingga masak dan hidangkan.

Tips: Pastikan air mendidih kemudian masukkan ikan. Cara ini akan mengekalkan kesegaran ikan.

Wednesday 9 January 2019

Asam Pedas Ayam


Sumber Resepi: Buku Yatie’s Kitchen Koleksi Resepi & Tips Masakan

Bahan:-
1 ekor ayam segar (potong 14)
2 batang bunga kantan
3 tangkai daun kesum (ambil daunnya)
6 helai daun limau purut (x letak)
2 sudu besar asam jawa
Serbuk lada hitam
2 kiub pati ikan bilis

Bahan Kisar:-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
6 sudu besar cili kisar
1 inci kunyit hidup
Secubit belacan
Segenggam ikan bilis

Caranya:-
1. Kisar halus bawang besar, bawang putih, kunyit hidup cili kering, secubit belacan dan ikan bilis.
2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak, tuangkan setengah cawan air.
3. Masukkan pes asam jawa dalam 2 sudu besar, lada hitam 1 sudu besar yang ditumbuk kasar, ulangi langkah yang sama - masuk 1/2 cawan air (ulang sebanyak 5 kali hingga cili garing).
4. Masukkan ayam, air dalam 500 ml dan biarkan mendidih hingga ayam pecah darah, masukkan garam dan kiub pati ikan bilis.
5. Akhir sekali masukkan bunga kantan, daun kesum dan daun limau purut.
6. Biarkan mendidih sehingga ayam betul2 masak dan pecah minyak. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Tips:-
Berbeza dengan asam pedas ikan, asam pedas ayam ditambah lada hitam dan bunga kantan untuk menaikkan bau.

Ketika menumis bahan kisar, jika air menjadi kering (ulangi langkah yang sama sebanyak 5 kali) untuk memastikan cili menjadi garing.

Sunday 6 January 2019

Mee Hailam (Resepi VI)



Sumber Resepi: Instagram  @resepisedap

Bahan:-
1/2 kg mee kuning
Isi ayam
Udang @ sotong (x letak)
3 ulas bwg putih di tumbuk
3 ulas bwg merah di tumbuk 
1 sudu besar cili kering kisar
1 ikat sawi hijau
Bunga kobis
1/2 btg lobak merah
1 bungkus baby corn
2 tangkai daun sup & bawang
1 sudu tepung jagung dibancuh air
Sos cili
Sos tomato 
Sos tiram
Kicap manis

Caranya:-
1. Tumiskan bwg putih & bwg merah sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar dan kacau rata sehingga benar2 masak. 
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram & kicap manis.Kacau rata.
4. Masukkan ayam, udang@sotong dan tunggu sehingga masak. 
5. Masukkan garam/gula sesuai citarasa
6. Masukkan sayur sayuran.
7. Masukkan mee kuning. Kacau rata
8. Lepas tu, masukkan bancuhan tepung jagung & tomato. Kacau rata.
9. Matikan api & tabur daun bawang/sup/bawang goreng.

Pemilik resepi : ‎Khairul Sharira
Group Perkongsian : Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) 

Wednesday 2 January 2019

Ketam Masam Manis



Sumber Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:-
4 ekor ketam (dipotong 2)
3 sudu makan minyak masak
6 sudu makan sos cili
6 sudu makan sos tomato
1/2 cawan air 
1 sudu teh gula
1 pokok daun bawang (dimayang 1 inci - x letak)
Garam (sekiranya perlu)

Bahan B (Dihiris nipis):-
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji cili merah

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendidih.
3. Masukkan garam dan sedikit gula.
4. Apabila sudah nampak pekat, masukkan daun bawang dan angkat.