Monday 23 June 2014

Ikan Tiga Rasa


Bahan:-
Ikan - goreng dahulu
Bawang besar - potong dadu
Bawang putih - cincang halus
Halia - cincang halus
Serai - dihiris halus
Cili padi - dihiris halus
Sos tomato
Sos cili

Caranya:-
1. Tumis bahan2 yg dihiris, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili padi.
2.  Masukkan sos cili dan sos tomato beserta air (ikut suka kalau nak cair boleh letak lebih).
3. Tuang kuah ke atas ikan yang telah digoreng.

Kuih Ketayap


Bahan:-

Inti:
Kelapa parut
Gula Melaka
Gula pasir (optional jika kurang manis)
Daun pandan
1/4 cawan air

Kulit:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan air
1 cawan santan/fresh milk
Beberapa titik pewarna hijau
Secubit garam

Caranya:-

Inti:
1. Panaskan air,gula Melaka dan simpulan daun pandan sehingga mendidih.
2. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Tutup api dan sejukkan inti.

Kulit:
1. Masukkan semua bahan untuk membuat kulit ke dalam blender dan blend sehingga sebati.
2. Panaskan kuali leper, oles sedikit minyak.
3. Masukkan adunan kulit 1 senduk kecil dan ratakan dengan cara pusingkan pan kiri dan kanan.
4. Bila warna hijau telah bertukar atau kulit telah masak angkat kulit.
5. Letakkan inti di tengah-tengah dan lipat kulit di kiri dan kanan. Kemudian gulung kemas-kemas.

Ikan Masak Stim


Resepi ni hasil gabungan resepi yang Cik Na jumpa melalui Mr Google..

Bahan:-
Apa2 ikan yang sesuai
3 cm halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
1 batang serai - dihiris
2 biji limau kasturi 
1 biji limau nipis
Cili padi - tumbuk
1 biji cili merah - dihiris
1 cawan air
Garam

Caranya:-
1. Lumur ikan dengan garam. Biarkan seketika.
2. Goreng cili padi dan bahan2 hiris kecuali cili merah sampai naik bau.
3. Letak ikan dalam bekas tahan panas dan curah bahan2 goreng atas ikan. Kukus selama 10 minit.
4. Masukkan air, air limau, cili hidup dan garam.
5. Kukus balik selama 5 minit.

Ikan Bilis Hijau


Resepi: Selera Ramadhan Rubiah Suparman

Bahan:-
10 biji cili hijau
200 gm ikan bilis
1 labu bawang besar
1 keping asam keping
Garam jika perlu sbb ikan bilis dan masin
Minyak

Caranya:-
1. Ikan bilis digoreng hingga garing.
2. Cili hijau dan bawang dikisar kasar.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar. Masukkan garam dan asam keping. Setelah garing masukkan ikan bilis dan digaul rata.

Thursday 19 June 2014

Laksa Asam


Kuah Laksa


Bahan-bahan laksa

Ini pertama kali Cik Na buat laksa sendiri. Dulu selalunya Cik Na tolong mak je. Cik Na ikut resepi Chef Wan sebab sama dengan resepi mak Cik Na.


Resepi:  Sajian Malaysia Bersama Chef Wan

Bahan:-
Untuk Kuah:
500ml air
4 keping asam gelugur
15 helai daun kesum
2 kuntum bunga kantan, dibelah dua
1.5 kg ikan kembung, dibersihkan, direbus dan diambil isinya dan dikisar kasar
Garam secukup rasa

Bahan-bahan yang dikisar halus:
30 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih (Cik Na x guna bawang putih)
1 sudu besar belacan

Bahan-bahan laksa:
300g laksa dicelur
2 tangkai cili merah, dibuang biji dan dihiris nipis
2 tangkai cili hijau, dibuang biji dan dihiris halus
2 kuntum bunga kantan, dihiris nipis
15-20 helai daun kesum, dicincang halus
20 helai daun pudina (Cik Na x letak pun)
6 biji limau kasturi, dibelah 2
1/2 biji nenas, dikupas dan dihiris nipis ( Cik Na x suka letak nenas)
1 batang timun
2 biji bawang besar, dikupas dan dihiris nipis
4 sudu besar petis udanf (ni pun Cik Na x suka letak)

Caranya:-
1. Dalam periuk, masukkan semua bahan yang telah dikisar bersama air, asam gelugur, daun kesum, bunga kantan dan isi ikan. Didihkan dan tambahkan garam.
2. Masak kuah sehingga pekat dan sajikan dengan bahan-bahan laksa di dalam mangkuk.





Wednesday 18 June 2014

Ikan Masak Pindang


Ni resepi turun-temurun dari mak Cik Na. Bahan x banyak dan masak pun simple je. Selalunya kalau buat lauk ni mesti digandingkan dengan sambal.

Bahan:-
Bawang merah - dihiris halus
Bawang putih - dihiris halus
Halia - dipotong panjang2
Air asam jawa
Ikan cencaru / parang

* Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Didihkan sampai masak.

Ayam Pedas Serai


Resepi : Chef Hanieliza

Bahan:-
1 ekor ayam dipotong kecil2 (sebesar 2 inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya (sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk dikisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering

Caranya:-
1. Ayam dilumur dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
2. Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk dimakan.

Ayam Sambal Berempah (Resepi II)


Resepi ni Cik Na belajar dari bapa saudara Cik Na. Bahannya tak banyak pun. Cepat dan senang je nak masak.

Bahan:-

Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Rempah kari
Lada hidup / cili kering
Rempah kari ayam

Caranya:-

1. Goreng ayam jangan letak minyak.
2. Bila dah kering, masukkan minyak sikit.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang telah dikisar.
4. Bila dah terbit bau campurkan rempah kari dan goreng sampai masak.

Kuih Tat


Cik Na belajar buat kuih tat ni sejak zaman sekolah rendah lagi. Masa tu x da tat gulung..cuma ada tat bunga yang pakai terap. Dulu selalu tolong mak buat kuih ni terutama bila nak raya. Bila dah selalu tolong lama2 pandai la buat. Dari setakat tolong2 mak, Cik Na sampai boleh buat sendiri. Masa study dulu kalau cuti semester lama Cik Na buat kuih tat ni hantar kat stesyen minyak adik ipar pak cik. Dapat la juga duit dari tak da buat apa kat rumah. 
Jem selalunya memang Cik Na buat sendiri tak pernah beli. Dulu waktu mak ada memang mak je akan buatkan jem nenas ni, sejak mak x da ni barulah Cik Na belajar buat sendiri.

Kalau dulu setakat buat waktu raya je tapi sekarang ni bila2 masa kalau ada tempahan Cik Na buat. Setakat suka2 itupun kalau ada masa. Kebanyakan pelanggan pun kawan2 atau sedara mara. Selalunya orang yang dah pernah rasa la yang tempah. Ada juga yang tempah sebab nampak kat fb atau instagram bila Cik Na post. Ada sorang pelanggan tetap Cik Na sejak dari zaman study kat uia lagi...kawan baik Cik Na sejak kat matric uia ..effy...Selepas dia rasa terus dia suka dan tempah setiap tahun. Dulu effy je yang tempah tapi lepas tu kakak effy kak emy pun tempah juga. So mereka ni la antara pelanggan tetap tak kira musim raya ke tak. 

Rasa seronok bila pelanggan bagi response yang positif sebabnya Cik Na risau kalau jadi kes kuih berkulat atau rasa tak menepati citarasa pelanggan ni...kita menjual kan ambik duit orang. Jadinya kalau boleh kuih yang dijual tu menepati la bayaran yang kita kenakan. Buat masa ni Cik Na jual kuih tat ni sebalang RM28.00 sebab Cik Na pakai butter dan jemnya Cik Na buat sendiri. 

Ketam Black Pepper


Saje2 nak ubah selera Cik Na cuba la resepi ni...kalau x asyik buat masak lemak x pun goreng berlada je...

Bahan:-
2 kg ketam
Minyak
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar tepung jagung
1 ikat daun sup
Segenggam lada hitam

Caranya:-
1. Bawang putih dan halia ditumbuk bersama.
2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan tumbuk sehingga terbit bau.
3. Tumbuk lada hitam sehingga hancur.
4. Masukkan lada hitam, sos tiram, kicap pekat dan kicap cair. Kacau seketika.
5. Tuang sedikit air dan bancuhan tepung jagung bersama ketam. Kacau rata.
6. Setelah mendidih bubuh daun sup yang sudah dipotong-potong.

Sandwich Sardin


Sandwich sardin ni antara sarapan yang selalu arwah mak Cik Na buat untuk Cik Na adik-beradik sejak zaman sekolah lagi. Bezanya dengan sandwich sardin yang dibeli sandwich ni mak goreng dulu intinya. Cik Na x boleh makan sardin yang tak dimasak rasa loya. 

Bahan:

Roti
Sardin tin-asingkan separuh kuahnya dan lenyek sardin sampai hancur
Bawang besar-dipotong dadu
Cili hidup-dipotong dadu
Sedikir air limau kasturi

Caranya:-

1. Tumis bawang besar dan cili hidup sehingga layu.
2. Masukkan sardin dan goreng sehingga agak kering.
3. Sebelum angkat masukkan air perahan limau kasturi dan garam.
4. Sapukan inti pada roti. Tekapkan roti dan potong bahagian tepi roti kemudian potong dua roti dengan bentuk segi tiga.



Tuesday 17 June 2014

Rendang Pedas Perak


Resepi: ummi@homesweethome

Bahan:-

2 ekor ayam - potong sederhana kecil
1400ml santan - dari 3 biji kelapa
6 batang serai - 3 diketuk, 3 batang dikisar
1 keping gula kabung (yg tebalnya 1/2 inci - cik na x letak pun)
1/3 cawan kerisik
4-5 keping asam gelugor
Garam
5 helai daun kunyit-dihiris halus

Bahan kisar:-

30 biji cili api
2 sudu besar cili kering kisar
20 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
3 cm halia
2 cm kunyit hidup
3 batang serai

Caranya:-

1. Dalam kuali campurkan ayam dengan bahan-bahan kisar. Gaul rata dan letakkan kuali di atas api dan masak sebentar ayam dengan api perlahan. Biar air dari ayam itu keluar dan ayam mesra dengan bahan.
2. Bila air ayam tadi telah surut hingga tinggal 1/3 lebih kurang, masukkan santan, asam gelugor dan serai ketuk. Masak dan gaul sekali sekala. Biarkan mendidih dan santan agak surut.
3. Masukkan kerisik, garam dan gula kabung. Masak lagi sambil dikacau sesekali hingga kuah rendang pekat dan bersalut dengan ayam. Seimbangkan rasa.
4. Masukkan daun kunyit yang dihiris dan tutup api. Gaul rata daun kunyit dengan ayam tadi. Angkat dan hidangkan.

Ikan Goreng Tom Yam


Resepi ni Cik Na jumpa kat facebook kalau x silap. Sedap rasanya cuma kering sikit x berkuah. 

Bahan:-
Ikan siakap/ikan bawal 
2 batang serai dihiris halus2
10 tangkai cili padi dihiris memanjang
2 tangkai cili merah dihiris memanjang
2 buah tomato dibelah 4
2 labu bawang besar dihiris nipis
4 helai daun limau purut
1 kiub perencah tomyam dihancurkan/2 sudu besar paste tomyam
Garam dan serbuk kunyit

Caranya:-
1. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng ikan.
2. Ambil 2 sudu minyak dan panaskan, tumis kesemua bahan2 yang dihiris seperti serai, cili padi, cili merah, tomato, bawang besar dan serai. Biarkan agak layu. Masukkan kiub perencah tomyam dan sos ikan. Kacau2kan biar rata.
3. Apabila sudah rata, masukkan garam dan daun limau purut. Kacau2kan sebentar saja dan tutup api.
4. Tuangkan sos tomyam ke atas ikan goreng tadi.

Daging Musalmah


Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 kilo daging - potong kecil2
10 biji bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
4 camca besar rempah kari daging
3 camca besar kerisik
2 biji kentang - potong 4
Sedikit air
Garam
Minyak

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari daging, kacau sebentar dan masukkan kerisik dan sedikit air.
3. Perlahankan api dan masak rempah hingga benar2 masak dan sehingga garing. Masukkan daging dan gaul rata. Tutup dan biarkan mendidih.
4. Setelah daging hampir empuk, masukkan kentang dan garam secukupnya. Biarkan mendidih lagi dan daging benar2 empuk.

Paprik Ayam & Udang


Resepi ni terhasil dari campuran beberapa resepi yang Cik Na google. Cik Na ubah ikut kesesuaian bahan yg ada.

Bahan:-
1/2 ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 labu bawang besar - dimayang
2 batang serai
2 biji tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
Bunga kubis, kacang buncis @ panjang, carrot & jagung muda
2 s/b sos cili
2 s/b sos tomato
2 s/b sos tiram
2 s/b kicap manis
2 s/b sos ikan 
1/2 kiub ikan bilis
3 @ 4 helai daun limau purut

Caranya:-
1. Goreng ayam agak2 sampai masak, jangan terlalu garing.
2. Masukkan bahan2 yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, cili, tiram, ikan dan kicap manis. Letak kiub ikan bilis kalau suka.
4. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan sedikit air.
5. Masukkan serai dan daun limau purut.
6. Masukkan udang @ sotong jika suka.
7. Masukkan carrot. Biarkan seketika.
8. Masukkan pula bunga kubis, kacang buncis, jagung muda dan bawang.
9. Biarkan seketika dan tutup api.
10. Hidang bersama perahan limau kasturi.



Kari Ikan


Resepi ni pun Cik Na warisi dari arwah mak. Cik Na tak berapa suka makan kari especially kari ikan tapi sekali sekala tu boleh la. Cik Na belajar masak resepi ni pun sebab ayah suka. Selain dari makan dengan nasi, kari ikan ni kalau buat kuah roti canai pun sedap.

Bahan:-
Ikan - Cik Na suka guna ikan tenggiri
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - dihiris
Halia - dihiris
Biji sawi
Daun kari
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Rempah kari ikan
Cili kering
Air asam jawa
Santan
Tomato 
Kentang

Caranya:-
1. Kisar bahan bertanda * dan campur dengan rempah kari.
2. Panaskan minyak, tumis biji sawi dan daun kari.
3. Bila garing, masukkan bahan yang dikisar.
4. Apabila garing, masukkan air asam dan santan.
5. Masukkan kentang.
6. Biar mendidih dan kentang hampir empuk, masukkan ikan.
7. Biar masak sampai pecah minyak baru masukkan tomato.


Ketam Goreng Berlada Dengan Telur


Cik Na memang peminat ketam. Masak apa je Cik Na suka. Tapi ketam berlada antara yang paling kerap dimasak. 

Bahan:- 
Bawang merah*
Bawang putih *
Cili kering *
Belacan*
Sos cili & tomato
Ketam
Telur

Caranya:-

1. Tumis bahan kisar (yg bertanda*)
2. Bila garing letak air sedikit bersama sos cili dan tomato.
3. Masukkan ketam.
4. Bila pekat, masukkan telur. Gaul dan tunggu sampai masak.


Redang Daging Mak



Rendang daging ni resepi turun temurun dari arwah mak Cik Na. Ini antara menu wajib setiap kali hari raya. Walaupun pedas tapi Cik Na sekeluarga memang suka rendang cili api ni.

Bahan:-
Cili padi - segenggam*
Kunyit hidup - seketul*
Serai - 4/5 batang*
Lengkuas - 2 inci*
Halia - 1 inci*
Kerisik - 3 sudu
Santan - 1/2 kilo
Bawang besar - 5 biji*
Bawang putih - 2 ulas*
Daging
Daun kunyit - 1 helai (dimayang halus)
Limau purut - 2/3 helai (dimayang halus)
Asam keping

Caranya:-
1. Santan dimasak sampai pecah minyak.
2. Bahan kisar yg bertanda * ditumis garing.
3. Masukkan daging, santan dan kerisik.
4. Kacau sampai kering dan daging empuk.
5. Masukkan asam keping (kecil) dan garam.








Tuesday 10 June 2014

Sambal Goreng Kacang Botol

Resepi: Sajian Tradisi Bersama Chef Wan 

Bahan:-
4 sudu besar minyak
300g udang segar dibersihkan
400g kacang botol dihiris halus atau sederhana
Limau kasturi ambil jusnya jika suka
Garam

Bahan Ditumbuk Halus:-
6 tangkai cili merah dibuang biji
5 ulas bawang merah 
1 sudu teh belacan
2 sudu besar udang kering

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan goreng seminit dua lalu dimasukkan kacang botol.
3. Masukkan garam dan sedikit jus limau.




Agar-Agar Roti


Kenangan buat agar2 ni untuk mak Cik Na beberapa hari sebelum dia jatuh sakit. Mak Cik Na memang suka makan agar2 atau puding. Resepi ni Cik Na jumpa dalam buku Hidangan Selebriti. 

Resepi: Hidangan Selebriti (Wardina)

Bahan:-
1 kampit agar-agar
5 keping roti Gardenia
1 cawan gula
2 sudu besar susu pekat manis
1 mangkuk santan
Secubit garam
Pewarna merah jambu

Caranya:-
1. Rendamkan roti dengan susu yang telah dicampur dengan 1 cawan air. Pusar roti ini hingga halus.
2. Masakkan agar-agar dengan 8 cawan air. Didih hingga agar-agar cair semuanya. Masukkan gula dan pewarna merah jambu. Masukkan roti yang telah dikisar bersama semangkuk santan.
3. Bubuh secubit garam untuk melemakkannya. Tuang ke dalam mangkuk yang sesuai dan sejukkan.

Masak Lemak Ketam


Masak lemak ketam memang favourite Cik Na. Kalau makan lauk ni memang x payah lauk lain. Bukan susah pun nak masak lauk ni cuma yang susahnya nak dapatkan ketam je.

Bahan:-
Cili padi
Kunyit hidup
Santan
Asam keping
Daun kunyit
Serai
Ketam
Garam

Caranya:-
1. Tumbuk cili padi dengan kunyit sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan santan.
2. Masukkan asam gelugur, serai, daun kunyit, garam dan ketam.
3. Masak sehingga mendidih.

Monday 9 June 2014

Ayam Sambal Berempah




Ni lauk Cik Na masak untuk makan malam ni. Lepas post kat FB ada kawan2 request resepi. Sementara tengah x da keje ni boleh la post terus.
Bahan:-
1 ekor ayam
3 ulas bawang putih*
4 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
2 bungkus kecik rempah kari
2 sudu madu
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Buah pelaga
Bunga lawang
Cili kering*
Kicap pekat
Garam
Lobak merah
Tomato (ni Cik Na x letak)
Cili hijau
Caranya:-
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan bahan2 kisar beserta rempah kari. Biarkan sampai naik bau.
4. Masukkan madu, kicap pekat dan garam.
5. Bila masak, masukkan ayam yang telah digoreng. Akhir sekali masukkan lobak merah, cili hijau dan tomato.

Kuih Cucur


Kuih cucur ni mengingatkan Cik Na pada arwah ibu saudara yang Cik Na panggil Alang. Sebulan yang lepas Cik Na buatkan kuih cucur ni waktu kitaorg berkumpul kat kampung. Cik Na tergerak hati nak buat sebab dah banyak kali Alang sebut minta buatkan kuih ni sebab dia teringin nak makan. Seronok dia makan kuih ni, banyak dia makan masa tu. Sekarang ni cuma tinggal kenangan. Setiap kali tengok kuih ni pasti teringat kat arwah Alang. Semoga Alang ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah.
Resepi kuih ni Cik Na warisi dari arwah mak Cik Na.

Bahan:-
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk tepung beras
1 mangkuk gula merah + gula pasir
1 mangkuk air (kalau nak sedap guna air kelapa)

Caranya:-
1. Campur semua bahan (Cik Na kisar semua bahan dalam blender lepas tu tapis). Biarkan beberapa jam. Kalau bancuh pagi bolehla digoreng petang. Kalau nak makan sarapan bolehlah dibancuh waktu malam.
2. Panaskan minyak, sukat menggunakan senduk untuk setiap keping.
3. Goreng sehingga garing.

Tuesday 3 June 2014

Tom Yam Ayam


Tom yam ayam ini antara lauk kegemaran Cik Na. Kalau rasa2 x tahu nak makan apa Cik Na akan masak tom yam ni..kalau nak sedap lagi makan dengan telur bistik.

Bahan:-
Ayam (dipotong kecil)
1 batang lobak merah 
1 labu bawang besar (dibelah 6)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili api (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
2 kiub tom yam/ 1 paket pes tom yam
2 helai daun purut (dikoyak)
Air
Garam
Bunga kubis
Putik jagung
Tomato (dipotong 4)
Air perahan limau nipis

Caranya:-
1. Tumis bawang putih bersama serai sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan goreng layu.
3. Masukkan air dan kiub tom yam.
4. Apabila menggelegak masukkan lobak merah,cili api, bawang besar, bunga kubis, putik jagung dan daun limau purut.
5. Masukkan tomato dan biarkan mendidih sekejap sahaja.
6. Masukkan air limau nipis dan garam.


Ayam Serai


Resepi: Lauk Pauk Malaysia, Singapura, Indonesia Rubiah Suparman

Bahan:-
1 ekor ayam
15 tangkai cili kering
1/2 inci halia
3 batang serai
2 ulas bawang putih
1 sudu makan asam jawa
1 sudu makan gula merah
Garam
1 sudu makan serbuk kunyit

Caranya:-
1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil.
2. Lumurkan dengam garam dan kunyit lalu digoreng.
3. Cili kering,bawang putih dan bawang merah dikisar halus.
4. Serai dimayang halus.
5. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar hingga garing.
6. Masukkan serai, gula merah, air asam jawa dan garam lalu masukkan ayam.

Monday 2 June 2014

Pucuk Manis Masak Lemak

Ni antara lauk kesukaan ayah. Kalau sayur2 kampung memang ayah minat, jadi setiap kali balik kampung Cik Na cuba cari sayur2 kampung mcm ni untuk masakkan ayah.

Resepi : Lauk Pauk, Malaysia, Singapura, Indonesia Rubiah Suparman

Bahan:-

1/2 kg pucuk manis (diambil daunnya)
1 biji keledek (dikupas dan dipotong dadu) - Cik Na x letak sebab x da keledek
2 sudu besar udang kering
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Caranya:-

1.Potong halus ataupun kisar bawang besar, bawang putih dan cili merah. Masukkan bahan2 itu ke dalam periuk bersama udang kering, keledek dan 2 1/2 cawan air. Rebus sehingga keledek empuk.
2.Masukkan santan dan garam. Perlahankan api. Apabila mendidih, masukkan pucuk manis.
3.Setelah sayur lembut, matikan api.

Sunday 1 June 2014

Ikan Cencaru Belah Belakang


Resepi turun-temurun dari mak Cik Na.

Bahan:-

Ikan cencaru dibelah bahagian belakang
Benang kasar
Cili kering*
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Serai*
Lengkuas*

Caranya:-
1. Kisar bahan bertanda* dan goreng seperti sambal.
2. Isi sambal pada bahagian belakang ikan dan ikat dengan menggunakan benang.
3. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.

Meehoon Goreng Berdaging

Resepi : Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:-
1 paket meehoon (direndam & toskan)
300g daging - dihiris nipis kecil
3 sudu besar cili kering kisar
8 ulas bawang merah ( 5 ulas ditumbuk, 3 ulas dimayang)
5 ulas bawang putih - ditumbuk
3 sudu besar udang kering - ditumbuk
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
1 ikat sawi - dipotong kecil
1/4 biji kobis - dipotong halus
Air secukupnya
Garam
Minyak

Hiasan:-
Bawang goreng
3 tangkai cili merah - dipotong
Daun bawang - dihiris halus

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis dulu bawang merah yang dimayang hingga kekuningan dan naik bau.
2. Kemudian barulah masukkan cili kering kisar dan bawang merah, bawang putih dan udang kering yang ditumbuk. Kacau sebentar.
3. Masukkan daging dan masak sehingga daging benar-benar lembut.
4. Masukkan kesemua sos, air secukupnya dan garam secukup rasa.
5. Masukkan kobis diikuti meehoon dan kacau rata sebentar dengan semua bahan masak tadi.
6. Masukkan sawi dan cili potong. Kacau rata sehingga kesemua masak elok. Seimbangkan rasa. Tutup api.
7. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

Bubur Lambuk


Resepi: Selera Ramadhan Rubiah Suparman

Bahan:-
2 cawan beras
1 biji kelapa (jadikan 4 cawan)
200g daging cincang (Cik Na guna daging biasa)
250g udang (Cik Na x letak pun)
Segenggam udang kering
1 sudu teh lada sulah
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 batang serai
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
6 cawan air

Caranya:-
1. Beras dicuci bersih dan dimasak dengan 6 cawan air sehingga beras hancur dan agak pekat.
2. Kisar bawang merah, halia, bawang putih dan udang kering. Tumiskan.
3. Masukkan serai yang telah dititik dan rempah-rempah tumis.
4. Setelah naik bau masukkan daging cincang, udang, santan, garam dan lada sulah.
5. Masukkan bubur nasi ke dalam kuah santan. Masak hingga sebati dengan menggunakan api perlahan.
6. Untuk menghidangkannya taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Pakapau Ayam

Resepi ni Cik Na dapat dari hasil carian mr google..teringin nak makan sebab dah lama x makan lauk ni sejak pindah pj...waktu duduk taman melati selalu order kat kedai bawah rumah yg Cik Na dan kawan serumah panggil kedai Kak Senah...

Bahan:-
Daging/ayam dipotong dadu
Bawang putih
Bawang merah
Sos tiram
Kacang panjang dipotong kecil
Daun selasih dihiris halus
Cili padi dipotong kecil

Caranya:-
1.Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
2.Masukkan ayam. Kacau sehingga masak.
3.Masukkan daun pudina,cili api, kacang panjang, sedikit sos tiram dan garam. Biarkan seketika. Tidak perlu tambah air kerana ayam yang dimasak akan mengeluarkan air.


Daging Black Pepper

Resepi : Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:-
500g daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yang ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau 
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus
Minyak

Caranya:-
1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada.
3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yang banyak dan menggunakan api yang kuat supaya daging tidak perlu digoreng lama. Goreng daging lebih kurang 3-4 minit samvil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja.
5. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah.
6. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram dan garam. Kacau sebati.  Garam tak perlu letak banyak kerana dah pun masin dari kicap dan sos tiram.
7. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air.
8. Biarkan mendidih, barulah masukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih.
9. Bila agak pekat boleh lah dipadamkan api.
## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging empuk. Pastu skip step no 3. (Pesanan kak ummi)

Homemade Air Fanta Hijau

Bahan:-

3 kg gula
2 liter air
1 botol kecil oren sunquick 330ml
1/2 botol pewarna hijau star brand
1/2 botol perisa pisang star brand

Caranya:-

1.Masak gula dengan air sampai mendidih.
2.Masukkan oren sunquick dan pewarna hijau.
3.Masak lagi sampai mendidih.
4.Tutup api dan masukkan perasa pisang.