Tuesday 29 September 2015

Ayam Sos Siam

Sumber Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian (Cik Na guna 5 ketul je)
15 tangkai cili padi thai *(Cili ni pedas so Cik Na kurangkan dlm 5 tangkai je)
4 ulas bawang putih *
(Bahan * ditumbuk halus)
1labu bawang besar-dihiris
1/3 cawan sos cili (boleh tambah kalau nak berkuah sikit)
1-2 helai daun kunyit-dihiris halus
2-3 helai daun limau purut-dihiris halus
Minyak masak secukupnya
Sedikit garam dan serbuk kunyit.

Caranya:-
1.  Bersihkan ayam dan toskan.  Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.  Perap 20 minit.  Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak.  Angkat dan toskan 
2.  Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau
3.  Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit 
4.  Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata.  Seimbangkan rasa.
5.  Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih...

Monday 28 September 2015

Jemput aka Cucur Pisang Bulat

Sumber Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
8 biji pisang berangan masak ranum*
2-3 sudu besar gula pasir*
(bahan *dilecek bersama)
250-300 gm tepung gandum (jangan terlebih tepung nanti hilang rasa pisangnya)
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil rata soda bikarbonat
Air secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng (deep fry)

Caranya:-
1. Gaul tepung, garam dan soda bikarbonat biar rata, kemudian masukkan pisang yang dilecek. Gaul sebati.
2. Masukkan air sedikit-sedikit dan gaul lagi hingga adunan menjadi lembik sedikit dari adunan cucur biasa, tetapi pastikan boleh dijemput dengan hujung jari. Biarkan 8-10 minit.
3. Panaskan minyak dan jemputkan adunan dengan hujung jari ke dalam kuali (goreng dengan api sederhana besar). Balikkan agak kerap biar cucur kembang membulat. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
4. Hidangkan sebagai sarapan pagi atau minum petang ketika suam2/panas.

Sunday 27 September 2015

Nasi Goreng Bawang Putih & Kochi Fried Chicken

Nasi Goreng Bawang Putih

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis


Bahan:-
2 sudu besar marjerin
1 mangkuk nasi putih
1 biji telur
1/2 tangkai daun bawang
1 sudu besar bawang putih (dicincang dan digoreng)
Secubit garam
Lada putih secukupnya
1/2 sudu besar kicap cair
Caranya:-
1. Pijarkan marjerin dan masukkan telur. Kacau hingga telur hancur.
2. Masukkan nasi ketika telur masih 1/2 masak. Gaul rata.
3. Tambahkan garam, lada putih dan kicap cair.
4. Gaul hingga nasi mesra bersama bahan lain.
5. Akhir sekali tambahkan daun bawang dan bawang putih goreng tadi. Kacau hingga sebati.





 






Kochi Fried Chicken

Sumber Resepi: Majalah Harmoni 15-31 Mei 2005

Bahan:-
1 ekor ayam dipotong kecil
2 biji telur
100gm air perahan limau nipis
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk cili
Garam secukup rasa
Caranya:-
1. Perapkan ayam bersama semua bahan selama 30 minit.
2. Goreng hingga masak.

Sunday 20 September 2015

Brownies

Sumber Resepi: Ummi @ Home Sweet Home


Bahan A:-
1 cawan susu cair
1 cawan butter yg dicairkan
1 cawan air panas
2 cawan gula perang
Bahan B (diadun sebati):-
2 biji telur (gred B)
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C (diayak):-
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Caranya:-
1. Pre-heat oven pada suhu 175 C selama 10 minit.
2. Sebatikan semua bahan A.
3. Tuangkan pula bahan B dan kacau.
4. Masukkan bahan C dan kacau hingga sebati.
5. Alaskan loyang 10 x 10 inci dengan kertas minyak dan tuangkan adunan ke dlm tin.
6. Bakar selama 40-50 minit.
7. Sejukkan dan tuangkan bahan toping di atasnya. Biarkan sebentar sebelum dipotong kecil2.
 











Chocolate Topping:-
250gm cooking chocolate
1 sudu besar butter
1 sudu teh susu cair
Caranya:-
1. Cairkan cooking chocolate dengan kaedah double-boil.
2. Kemudian masukkan butter dan kacau sebati.
3. Masukkan susu dan kacau. Sedia untuk digunakan.

Saturday 19 September 2015

Masak Lemak Cili Padi Ayam (Resepi II)

Sumber Resepi: Majalah Saji Jun 2005


Bahan:-
5 ketul ayam
2 batang serai (titik)
11 tangkai cili padi (Cik Na kurangkan 9 je) - (tumbuk)
4 cm kunyit hidup (kalau x da boleh guna setengah sudu besar kunyit serbuk)
500ml santan
1 keping asam gelugur

Caranya:-
1. Masukkan cili padi, kunyit dan sesudu besar garam ke dalam lesung batu atau blender. Tumbuk hingga lumat.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama ayam dan serai.
3. Kecutkan hingga air ayam kering. Sambil itu kacau tapi hati2 jangan sampai daging ayam hancur. Kalau kering boleh tuangkan setengah cawan air.

4. Setelah itu masukkan santan dan asam gelugur. Biarkan kuah mendidih di atas api yang kecil. Kalau kurang rasa garam, tambah sedikit lagi. Selepas itu masukkan kentang. (Ada org kata jangan bubuh garam selagi kentang tak empuk. Kalau x bubuh garam terlebih dahulu, ayam akan tawar. Kentang mcm mana besar pun akan empuk kalau direbus tak kiralah kalau digaram dulu atau tidak)
5. Biarkan mendidih selama 20 minit. Tapi kena pastikan daging ayam sudah masak. Kalau ada darah keluar dari celah daging ayam itu bermakna ayam belum masak pada bahagian dalamnya.
6. Kalau nak banyak kuah masukkan santan lebih. Kalau boleh santan jangan cair.

Churros

Sumber Resepi: Facebook

Bahan:-
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
1/2 sudu kecil esen vanilla

Caranya:-
1. Didihkan gula, air dan juga marjerin.
2. Sementara itu, dalam mangkuk lain pukul telur dan esen vanilla sekejap.
3. Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 menggunakan senduk kayu.
4. Biarkan adunan tepung sejuk sedikit dalam 5 minit.
5. Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung tadi (guna mixer lagi senang)
6. Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam piping bag yang ada nozzle star dan picitkan ke dalam kuali. Potong setiap 5 cm.
7. Goreng hingga kekuningan dan angkat.
8. Taburkan gula castor/icing. Sedia untuk dimakan. Boleh juga dimakan dengan coklat dipping atau kaya.

Mee Hailam (Resepi II)

Sumber Resepi: Facebook/Kongsi Kongsi Resepi

Bahan:-
300gm udang sederhana besar
300gm daging ayam
3 ekor sotong besar
1 paket fish ball (x letak pun)
1 paket mee
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
2 biji telur
Sedikit sayur sawi
Sedikit bunga kobis
1 batang carrot
2 biji tomato
Sedikit tepung jagung dan air - dibancuh
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah - hiasan (x letak pun)
Caranya:-
1. Bersihkan udang dan sotong kemudian toskan dan ketepikan. Potong isi ayam menjadi ketulan kecil. Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan ketepikan semua bahan2 ini.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak. Kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan bolehlah dimasukkan air.

3. Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih. Masukkan semua sos cili, sos tiram, minyak bijan, kicap manis dan cair, sos nampla dan kacau semua bahan ini.
4. Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa. Jika kurang boleh tambah ikut selera masing2.
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi, buah tomato dan kacau.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung dengam sedikit air untuk bagi kuah pekat. Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam.
7. Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api.
8. Boleh la taburkan daun sup, cili merah dan bawang goreng sebagai hiasan ketika menghidang.

Friday 18 September 2015

Kek Negro

Bahan:-
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
1/2 cawan koko
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1 cawan minyak mazola
1 sudu makan nescafe
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh baking powder
Caranya:-
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan susu cair, air suam yang telah dicampur dengan koko dan nescafe.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat ke dalam adunan sedikit demi sedikit sehingga habis.
4. Akhir sekali masukkan minyak.
5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam acuan2 kecil. Kukus selama 15 minit.

Tom Yam Putih

Sumber Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
2 biji bawang besar-belah 8
3 ulas bawang putih - dititik
3 batang serai - dititik
2 inci lengkuas - dihiris dan dititik
1 kg ayam - potong kecil (x letak pun)
2 ekor sotong sederhana - potong bulat
8 ekor udang
1 biji tomato - potong 8 (Cik Na letak 2 biji mcm kak Ummi)
1 batang celery (x da kat rumah)
Cili padi - ditumbuk (ikut pedas-Cik Na letak 5 biji je...kak Ummi letak 8 tangkai)
Cili hijau - belah 4 (x letak pun sbb x da)
1 batang carrot - potong panjang (Cik Na potong bulat bercorak bunga)
Jus limau nipis (kak Ummi letak 3 sudu besar, Cik Na letak 5 sudu besar)
Daun limau purut
Garam secukup rasa
Sayur2 lain Cik Na tambah sendiri x ikut resepi ( baby corn dgn kubis bunga)

Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sekejap sahaja. Jangan sampai garing.
3. Masukkan ayam dan tumis sekejap (Tips untuk hilangkan bau hanyir ayam)
4. Masukkan air dan carrot. Masak sampai mendidih.
5. Masukkan bahan2 lain kecuali jus limau nipis dan daun limau purut.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Setelah masak semua sayuran (jangan layu sangat), tutup api dan masukkan daun limau purut dan jus limau secukup rasa.
8. Siap dan hidangkan bersama nasi putih dan telur dadar.

Buah Melaka Pancawarna

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis
Bahan:-
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka
Sehelai daun pandan
Pewarna merah, kuning dan hijau
1 cawan kelapa muda / 3/4 cawan kelapa kering
Sedikit garam
Caranya:-
1. Gula Melaka dipotong kiub kecil
 2. Kelapa muda parut/kelapa kering digaul dengan sedikit garam. Ketepikan
3. Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk
4. Bancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan
5. Ulang langkah langkah no 3 & 4 untuk adunan bewarna hijau dan merah.

6. Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
7. Ambil doh sebesar jari dan leperkan
8. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat

 














9. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih

10. Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis
11. Bila kuih telah sejat airnya, golek2kan di atas kelapa parut tadi

Wednesday 16 September 2015

Nasi Minyak

Resepi Mak

Bahan:-
4 tin susu beras
4 tin susu air
1/2 tin susu cair
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
** dikisar
Bahan Untuk Menumis:-
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga

Garam secukup rasa
Sedikit air mawar
Pewarna kuning

Caranya:-
1. Pijarkan minyak dan masukkan bahan2 tumis. Apabila naik bau masukkan bahan2 yang digiling. Kacau sehingga garing sedikit.
2. Masukkan air dan garam, biar menggelegak baru masukkan susu, beras dan pewarna kuning.
3. Tutup dan biarkan hingga nasi masak baru direnjis air mawar.
4. Biarkan hingga nasi kering.

Ayam Ros Pandan

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
7-8 keping ayam
2 batang serai-dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan-koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kulit kayu manis
Hirisan daun bawang untuk hiasan (x letak)
Bawang goreng untuk hiasan (x letak juga)

Bahan Dikisar:-
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

Caranya:-
1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan kunyit, kemudian goreng jangan garing sangat. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api. Masak hingga pekat.
3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng. Kacau rata dan masak sekejap hingga kelihatan sedikit kering.
4. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

Tuesday 15 September 2015

Mihun Goreng

Sumber Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:-
1 bungkus mihun (direndam dan toskan)
200gm isi ayam (dihiris nipis)
100 gm sotong (dihiris nipis)
100 gm udang (dibuang kulit)
200gm sawi (dipotong pendek)
250gm kubis (diracik)
1 cawan tauge
3 sudu makan minyak masak
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-
10 tangkai cili kering
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam, sotong dan udang. Kemudian kacau rata.
3. Apabila sudah masak, masukkan garam dan air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kubis, lobak merah dan mihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Apabila mihun sudah lembut, masukkan sawi.
6. Gaul rata dan rasakan masinnya.
7. Semasa menghidang taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Cik Na tukar tabur telur dadar gulung.

Sunday 13 September 2015

Muffin

Bahan:-
1 biji telur
1/2 cawan susu
1/2 cawan minyak
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 camt serbuk penaik (baking powder)
1 camt garam

Caranya:-
1. Panaskan ketuhar kepada suhu 200 C. Pukul telur dgn gula dan campurkan susu dan minyak
2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam
3. Masukkan tepung sedikit2 dan kacau hingga rata. Rehatkan hingga berbuih atau naik sedikit
4. Masukkan ke dalam acuan sebanyak tiga suku penuh dan bakar selama 15-20 minit.

Nasi Limau Purut

Resepi: Kak Rosemary Rahman

Bahan:-
2 sudu marjerin
1.5 cm halia-hiris halus
2 ulas bawang putih-hiris halus
4 ulas bawang merah-hiris halus
1 batang serai-dititik
4 helai daun limau purut-carik2kan
1 sudu besar stok ayam-optional
3 cawan beras-elok guna beras basmathi
3 cawan air
1 cawan susu segar
Garam secukup rasa
4 titik pewarna hijau

Caranya:-
1. Panaskan marjerin dlm periuk
2. Tumis bahan hiris hingga wangi
3. Masukkan daun limau purut dan serai Kacau kejap
4. Bila dah wangi, masukkan air, garam, susu,stok ayam dan beras
5. Kacau sikit dan biar hingga kering
6. Bila kering, titiskan pewarna  hijau
7. Gaul sebati. Biar nasi masak sepenuhnya

Donat Kentang

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis
Bahan:-
1/2 kilo tepung gandum
3/4 cawan susu suam (Cik Na ikut kak ita guna susu pekat campur air suam)
2 biji kuning telur
1 sudu besar yis (mauripan)
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
3 biji ubi kentang (rebus,kemudian lenyek)
Caranya:-
1. Tepung gandum digaul dengan marjerin, gula dan kentang hingga sebati.
2. Telur dipukul sedikit dan dicampur dengan susu berserta yis.
3. Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh.
4. Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda.
5. Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh anda mengikut citarasa masing2.
6. Panaskan minyak dan goreng.
7. Selepas diangkat dan toskan minyaknya bolehlah disalut denga gula kastor atau gula icing atau choc masakan atau apa2 aje mengikut citarasa masing2.

Saturday 12 September 2015

Apam Tapai Nasi Eno

Resepi Mak

Bahan:-
Untuk dijadikan ibu:
**ni ambik dr facebook/kongsi resepi
Sekeping ragi dihancurkan
8 cawan  nasi sejuk

1. Gaul ratakan nasi dan ragi. Peramkan dalam 2 malam.
2. Dah jadi tapai, blender tapai ini jangan letak air.
* lebihan tapai boleh disimpan dalam ice box.

Untuk apam:-
1 kampit tepung beras (500 gm)
3/4 cawan tapai
2 cawan gula
3 cawan air
2 kampit eno warna biru

Caranya:-
1. Dalam bekas campurkan tepung beras, air, gula dan ibu tapai. Kacau sebati.
2. Rehatkan selama 2-3 jam.
3. Lepas tu letak eno. Kacaukan.
4. Panaskan kukusan dan bolehlah terus dikukus sampai masak. Dalam 10 minit sampai merekah.
5. Jaga sampai air kukusan menitik atas kuih. Boleh alas dengan tea towel pada penutup kukus.

Friday 11 September 2015

Pancake Gulung

Resepi: Facebook/Annabellecookies 2014

Bahan:-
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu gula
1/2 cawan susu
1/2 cawan air
2 sudu mentega cair
1/2 sudu esen vanilla
1 biji telur

Bahan Inti:
Kaya (boleh gantikan dengan jem)

Caranya:-
1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga tidak bergentel.
2. Panaskan kuali dengan minyak disapu rata pada kuali dan  buat dadar tipis2 seperti menggoreng telur dadar.
3. Angkat, masukkan inti dan gulung.

Wednesday 9 September 2015

Frankfuter Bersalut Roti Telur

Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
3 ketul frankfuter
3 keping roti
Sebiji telur - campur dengan secubit garam dan pukul

Caranya:-
1. Rebus frankfuter hingga masak. Toskan.
2. Ambil sekeping roti, buangkan tepinya, rolkan hingga leper.
3. Letakkan frankfuter di atasnya dan gulung.
4. Celupkan dalam telur dan goreng.

Saturday 5 September 2015

Cucur Udang

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (boleh juga sukat dekat 2 cawan air)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai (cuci dan kerat2)
1 pokok daun bawang (hiris)
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih dan lap kering2 dgn kitchen towel

Bahan Sos Lada:-
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

Caranya:-
1.  Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikit).
3. Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang. Gaul rata dan perap 30 minit.
UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga menjadi sederhana pekat. Sejukkan.
UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panaskan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk bersaiz sederhana selama 1 minit dlm minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan hidang bersama sos lada.