Sunday 29 October 2017

Kek Karamel

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
A - Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air panas (tak letak)

Caranya:-
1. Sediakan loyang bulat 8 inci.
2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
3. Ratakan gula dgn menyengetkan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. gula yang sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi seperti kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.

B - Adunan Karamel
1/2 tin susu cair (susu sejat)
70 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Caranya:-
1. Kacau susu dengan gula hingga gula larut.
2. Dalam bekas berasingan,kacau telur dan esen perlahan2.
3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan je. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
4. Kalau nak dapatkan lapisan karamel yang tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur
(Adunan ni tak perlu dibakar dulu, kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti)

C - Adunan Kek
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
45 ml minyak masak
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Caranya:-
1. Pukul kuning telur, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
4. Masukkan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.

D - Bahan Meringue
6 biji putih telur - pastikan jangan bercampur sedikit pun telur kuning
70 gm gula kastor
1 sudu teh serbuk cream of tar tar

Caranya:-
1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
2. Masukkan gula dan tar tar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh)
3. Masukkan 1/3 bahan meringue ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
4. Kemudian masukkan semua baki adunan meringue dan ratakan dengan kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak dalam bekas berasingan.
2. Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
3. Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar warna hijau dan 3 sudu besar adunan merah atas lapisan hijau.
(Nota - adunan yang awal2 memang akan terapung2 di atas karamel..sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap)
4. Buat sehingga 3/4 adunan, kemudian buat cara yang sama dengan sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan.
5. Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapisan warna.
6. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
7. Panaskan oven terlebih dahulu (panaskan pada suhu 170°C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, tukar pada suhu 160°C. Gunakan api bawah saja)

Kaedah Steam Bath:-
1. Tuangkan air panas dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek tadi.
2. Letakkan loyang yang berisi kek ke dalam loyang yang berisi air panas tadi.
3. Letakkan pada rak bawah dalam oven. Bakar kek pada suhu 160°C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
4. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
5. Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.

Terbalikkan kek ke atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan, so x terendam.

Potong kek bila ia benar2 telah sejuk.
Simpan kek dalam peti  ais untuk tahan lebih lama. Kek ini juga sedap dimakan sejuk.

Tuesday 24 October 2017

Kek Oren Sunquick

Sumber Resepi: Facebook/Resepi Sedap Mudah Buat

Bahan:-
1 cawan marjerin
1 cawan gula kastor
5 biji telur
6 camca besar pati oren Sunquick - lagi banyak oren lagi sedap
Suku cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik baking powder
1 sudu teh esen vanilla

Caranya:-
1. Pukul marjerin dengan gula sampai kembang dan jadi putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul.
3. Masukkan pati oren dan susu. Kacau lagi.
4. Last, masukkan tepung, kena ayak dulu dengan baking powder.
5. Sapukan loyang dengan marjerin. Loyang 8" sesuai dengan adunan ni.
6. Bakar suhu 150°C selama 50 minit.

Saturday 21 October 2017

Sotong Goreng Sempoi

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
Sotong - dikelar dan hiris kecil
3 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris
3 helai daun limau purut
1 batang serai - hiris halus
Kunyit hidup - tumbuk
Garam

Caranya:-
1. Tumbuk kunyit hidup dan garam. Lumurkan pads sotong dan biarkan sebentar.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi.
3. Masukkan sotong dan masak sehingga air kering. Jika air banyak, boleh dibuang keluar sedikit.
4. Masukkan minyak masak sedikit lagi supaya sotong bergoreng.
5. Masukkan bawang besar dan cili merah, kacau rata dan terus tutup api.

Nasi Goreng

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
Cili kisar secukupnya
Daging
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur
Sayuran
Garam dan serbuk perasa

Caranya:-
1. Blend cili, bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan kuali, tumis bahan yang dikisar hingga betul garing.
3. Masukkan daging dan goreng lagi hingga daging masak.
4. Masukkan sayuran dan ketepikan bahan2 ke tepi kuali, pecahkan telur.
5. Kacau rata telur dan terus tuang nasi ke dalam kuali.
6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata sebelum diangkat.

Wednesday 18 October 2017

Daging Goreng Berlada

Sumber Resepi: Facebook/Buku Resepi

Bahan:-
500 gm daging - rebus empuk dan hiris nipis (kalau guna daging batang pinang perlu rebus)
Serbuk kunyit dan garam
5-6 tangkai lada merah - boleh campur lada kering*
4 biji cili padi merah - ikut kepadasan masing2*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
(Semua bahan * kisar @ tumbuk kasar)
1 inci halia ketuk
Sedikit jus limau atau air asam jawa
Garam dan sedikit gula

Caranya:-
1. Gaul daging dengan garam dan juga serbuk kunyit. Panaskan minyak, Goreng deep fry hingga garing. Kalau nak goreng basah pun boleh tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan.
2. Toskan minyak, tinggalkan dalam 2-3 sudu besar. Masukkan bahan kisar @ tumbuk dan juga halia. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa @ jus limau. Kacau. Perasakan dengan garan dan juga gula.
4. Akhir sekali masukkan daging Dan kacau rata. Matikan api.

Sunday 15 October 2017

Sotong Kunyit Rempah Kurma

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
450 gm sotong, dibersihkan, kelar bersilang, kerat dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh serbuk rempah kurma*
1/3 camca teh cili flakes (boleh guna cili kisar)*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh garam* (disatukan, gaul rata dan perap 1 jam)
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji bawang besar, hiris
1 batang leek, kerat dan rendam (x letak sbb x da)
1/4 cawan air
Secubit gula
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya (pun x letak)

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga perang, masukkan sotong yang telah diperap tadi, gaul rata dan bila sotong kecut, tuang air, kacau dan masukkan leek (toskan), gaul rata. Biar mendidih.
2. Masukkan sedikit gula dan rasa jika kurang masin, renjiskan sedikit sos ikan, kacau dan masak sekejap. Kemudian matikan api, alih dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas bersama nasi hangat.

Mihun Singapura

Sumber Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A :-
1 bungkus mihun (direndam dan toskan)
200 gm udang (dibuang kulit)
200 gm sotong (dihiris kecil)
200 gm sawi (dipotong pendek)
250 gm kobis (diracik halus)
1 batang lobak merah (diparut)
1/2 cawan air
3 sudu minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Ditumbuk):-
2 sudu makan lada hitam
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan sotong. Kemudian kacau rata.
3. Apabila sudah masak, masukkan mihun, sawi, kobis, lobak merah, garam dan air. Kemudian kacau rata.
4. Gaul rata sehingga nampak mihun lembut. Rasakan masinnya.
5. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun sup dan cili merah.

Saturday 14 October 2017

Mee Sarang Ladna

Sumber Resepi: C&P Zila @ Love Touch Zila Forever

Bahan:-
2 sudu besar minyak masak
4 - 5 ulas bawang putih diketuk dan ditumbuk kasar
9 - 12 ekor udang sederhana besar dibersihkan
1 - 2 ekor sotong dibersihkan atau dihiris sederhana nipis
2 keping fish cake dihiris sederhana nipis (x letak)
1/2 sudu besar pati ayam/ikan bilis (Come Na guna kiub pati ayam)
5 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 ikat sayur sawi (bersihkan dan sing, asingkan batang dan daun)
4 1/2 cawan air
1/2 cawan air + 2 sudu besar tepung jagung, dikacau rata
2 biji putih telur

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Kacau sekejap sehingga udang dan sotong hampir masak.
3. Masukkan serbuk pati ayam/ikan bilis dan kicap cair. Kacau sekejap Dan masukkan 4 1/2 cawan air dan serbuk lada sulah.
4. Masukkan pula batang sawi yang telah dikerat-kerat. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan pula daun sawi dan sayur-sayuran lain jika ada. Biar 3 - 4 minit kemudian masukkan campuran air tepung jagung. Kecilkan api, kacau sehingga kuah pekat dan mendidih.
6. Tutup api dan masukkan putih telur, kacau membulat.

Sementara tunggu kuah mendidih, sediakan sarang daripada bihun.

Bahan Sarang:

Sebungkus mihun (gunakan yang dibungkus bersih & ditanggung halal, biar mahal sikit sebab nak goreng terus dalam minyak tanpa dibilas air, kalau bilas susah nak jadi sarangnya)
2 cawan minyak masak

Caranya:-

1. Panaskan minyak masak sehingga betul2 panas.
2. Sederhanakan api dan masukkan segumpal mihun (leraikan segumpal-segumpal) ke dalam minyak dan goreng cepat2 sehingga kembang kesuluruhan mihun.
3. Angkat masukkan dalam pinggan. Teruskan menggoreng gumpalan mihun yang lain.
4. Tuangkan kuah ke atas sarang ketika menghidang dan nikmati bersama cili hijau jeruk.

Kuih Koci (Resepi II)

Sumber Resepi: Facebook

Bahan:-
250 ml santan pekat * daripada satu biji kelapa
200 ml air
150 gm gula melaka
2 sudu besar gula pasir
1/2 biji kelapa parut * putih sahaja
1/2 sudu teh garam
Daun pisang * dipotong

Bahan A:-
300 gm tepung pulut
240 - 250 ml air
3 sudu tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Caranya:-
1. Santan pekat didihkan atas api yang sederhana hingga keluar minyak. Ketepikan.
2. Satukan air, gula melaka dan gula pasir dalam periuk. Didihkan hingga gula larut.
3. Masukkan kelapa parut dan garam. Kacau lagi hingga kering. Sejukkan inti.
4. Bancuhkan bahan A hingga sebati. Ambil sedikit dan betukkan bulat. Leperkan bebola ini dan bubuh inti di tengahnya dan bulatkan.
5. Kemudian letakkan bebola di atas sekeping daun pisang dan letakkan sesudu besar santan yang didihkan tadi. Bungkus dengan kemas.
6. Kukus kuih koci dalam periuk pengukus yang telah dipanaskan selama 15-20 minit.

Wednesday 11 October 2017

Cucur Jagung

Bahan:-

2 cawan tepung gandum
1 cawan jagung segar
8 ekor udang - hiris halus
Air agak2 (1 1/2 - 2 cawan)
Garam
1/2 sudu soda bikarbonat

Caranya:-
1. Campur semua bahan dan bancuh sebati.
2. Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan balikkan semasa menggoreng.