Sunday, 29 October 2017

Kek Karamel

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
A - Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air panas (tak letak)

Caranya:-
1. Sediakan loyang bulat 8 inci.
2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
3. Ratakan gula dgn menyengetkan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. gula yang sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi seperti kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.

B - Adunan Karamel
1/2 tin susu cair (susu sejat)
70 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Caranya:-
1. Kacau susu dengan gula hingga gula larut.
2. Dalam bekas berasingan,kacau telur dan esen perlahan2.
3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan je. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
4. Kalau nak dapatkan lapisan karamel yang tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur
(Adunan ni tak perlu dibakar dulu, kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti)

C - Adunan Kek
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
45 ml minyak masak
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Caranya:-
1. Pukul kuning telur, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
4. Masukkan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.

D - Bahan Meringue
6 biji putih telur - pastikan jangan bercampur sedikit pun telur kuning
70 gm gula kastor
1 sudu teh serbuk cream of tar tar

Caranya:-
1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
2. Masukkan gula dan tar tar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh)
3. Masukkan 1/3 bahan meringue ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
4. Kemudian masukkan semua baki adunan meringue dan ratakan dengan kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak dalam bekas berasingan.
2. Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
3. Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar warna hijau dan 3 sudu besar adunan merah atas lapisan hijau.
(Nota - adunan yang awal2 memang akan terapung2 di atas karamel..sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap)
4. Buat sehingga 3/4 adunan, kemudian buat cara yang sama dengan sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan.
5. Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapisan warna.
6. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
7. Panaskan oven terlebih dahulu (panaskan pada suhu 170°C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, tukar pada suhu 160°C. Gunakan api bawah saja)

Kaedah Steam Bath:-
1. Tuangkan air panas dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek tadi.
2. Letakkan loyang yang berisi kek ke dalam loyang yang berisi air panas tadi.
3. Letakkan pada rak bawah dalam oven. Bakar kek pada suhu 160°C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
4. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
5. Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.

Terbalikkan kek ke atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan, so x terendam.

Potong kek bila ia benar2 telah sejuk.
Simpan kek dalam peti  ais untuk tahan lebih lama. Kek ini juga sedap dimakan sejuk.

No comments:

Post a Comment