Saturday 25 July 2015

Puteri Mandi

Resepi: 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:-
2 cawan tepung pulut (diayak)
1 cawan air
1 sudu teh air kapur
Sedikit pewarna hijau, kuning dan merah
Garam secukup rasa

Bahan B:-
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula perang (Cik Na guna gula Melaka)
1/2 cawan air
1 helai daun pandan (disimpulkan)

Caranya:-
1. Bancuhkan tepung pulut dengan air kapur, garam dan air di dalam mangkuk besar.
2. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk dan masukkan pewarna berlainan ke dalam setiap mangkuk.
3. Buatkan bebola kecil dan leperkan di tengahya (supaya cepat masak)
4. Sediakan periuk berisi air dan masakkan hingga mendidih.
5. Masukkan bebola kecil ke dalam periuk berisi air panas dan biarkan hingga timbul.
6. Apabila sudah timbul, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air (supaya bebola tidak melekat sesama sendiri)
7. Di dalam periuk lain, masukkan 1/2 cawan air, gula perang dan daun pandan. Masakkan hingga mendidih dan pekat.
8. Masukkan kelapa parut dan bebola kecil tadi.
9. Kacau rata dan sedia dihidangkan.

Wednesday 22 July 2015

Biskut Famous Amos

Resepi: Facebook

Bahan2 Ayak:-
280gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
10gm (3 tsp) serbuk koko
2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 tbsp susu tepung
Secubit garam

Bahan2 Lain:-
250gm mentega
150gm gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
1 biji kuning telur
100gm (1/2 cawan) coklat cip
100gm sebarang kekacang (walnut,badam,gajus,dll yg dicincang) atau kismis - optional

Caranya:-
1. Pukul mentega,gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan2 ayak dan kemudian kacau sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola2 kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
6. Jangan letakkan bebola rapat2 antara satu sama lain kerana bebola ini akan mengembang dan meleper sewaktu proses pembakaran.
7. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola2 adunan.

Tuesday 21 July 2015

Biskut Quaker Oat

Resepi Mak

Bahan:-
200g quaker oat-diramas
175g gula halus
100g tepung gandum
200g minyak sapi
1 biji kuning telur
3 sudu koko
Sedikit esen vanilla

Caranya:-
1. Gaul tepung, gula,quaker oat dan esen vanilla.
2. Uli dengan minyak sapi, jika lembik tambah sedikit tepung.
3. Terap dan sapu kuning telur.

Saturday 11 July 2015

Badak Berendam

Resepi: Chef Hanieliza
Sumber : Buku 1 Hari 1 Resepi

Bahan:-
2 cawan tepung pulut
1 cawan air tapisan pandan (8 helai daun pandan)
2 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa) (Cik Na guna santan kotak)
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Bancuh tepung pulut bersama air daun pandan sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Masak kelapa parut bersama gula merah, gula pasir,air dan daun pandan sehingga pekat bagi menjadikan inti.
3. Bentukkan doh menjadi bulat dan isikan inti di dalamnya.
4. Letakkan doh berinti di dalam loyang dan tuangkan santan pekar yang digaulkan garam.
5. Kukuskan selama 30 minit ataupun sehingga masak.

Wednesday 8 July 2015

Udang Goreng Daun Bawang

Resepi Mak

Bahan:-
Udang secukupnya - buang kulitnya
Daun bawang - potong 1 inci
1 - 2 ulas bawang putih - dihiris
2 - 3 biji bawang merah - dihiris
2 tangkai cili merah - dihiris
Tauhu - potong dadu dan goreng
Carrot - dipotong halus2
Garam

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah.
2. Selepas itu, masukkan udang yang telah ditos kering. Kacau rata.
3. Masukkan carrot dahulu. Kemudian masukkan daun bawang, tauhu dan garam.
4. Tutup api supaya daun bawang tidak terlebih masak.

Tuesday 7 July 2015

Roti Jala (Resepi II)

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
(3-4 orang)
3 cawan tepung gandum
2 1/2 camb minyak masak
1 camt garam
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
2 1/2 cawan air/santan/susu segar
* Adunan nampak pekat so Cik Na ikut macam kak ummi jadi 3 1/2 cawan (2 cawan susu segar + 1 1/2 cawan air)

Caranya:-
1. Blendkan semua bahan hingga sebati. (Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus2 maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asalkan tidak melekat)
2. Lepas jalan di atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
3. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah.

Sunday 5 July 2015

Puding Aiskrim

Resepi: Facebook/Resepi Sheila Rusli

Bahan:-
2 s/b serbuk agar2 / 1 bungkus agar2 panjang
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 s/b tepung jagung
2 cawan aiskrim keladi (Cik Na guna ais krim paddle pop)
Pewarna purple (x letak pun)

Caranya:-
1. Masakkan serbuk agar2 dan air sehingga larut dan mendidih.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan susu cair yang dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendidih.
4. Angkat dari api dan tapiskan dlm mangkuk besar.
5. Masukkan ais krim dalam adunan puding dan kacau rata sehingga ais krim cair.
6. Masukkan separuh adunan ke dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.
7. Masukkan pewarna purple ke dalam adunan yang separuh lagi.
8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yang berwarna purple ke atasnya dan sejukkan.
9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
10. Hidangkan sejuk.

#Cara Cik Na
- Cik Na bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
- Cik Na warnakan dgn 3 warna.
- Masukkan adunan warna pertama ke dlm loyang dan biar hingga 1/2 beku.
- Masukkan warna kedua dan biarkan 1/2 beku juga.
- Akhir sekali, masukkan warna ketiga.
- Bila dah beku, sejukkan dalam peti ais.

Friday 3 July 2015

Donat Pesona

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula halus
11 gm (1 paket) yis mauripan
2 sudu besar air suam
3/4 cawan susu cair (boleh tukar fresh milk)
1 biji telur
3 sudu besar marjerin (suhu bilik)
1/2 sudu kecil garam
1 titik esen vanilla (x letak)
1 titik esen ros (x letak jugak)
1 1/4 sudu tej pelembut bio bostan (boleh juga tukar dgn bread softner)

Caranya:-
1. Larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), pindahkan ke dalam susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
2. Pindahkan larutan susu-yis ke dalam mangkuk dan masukkan gula, telur, marjerin, garam dan pelembut bio bostan.
3. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer elektrik.
4. Masukkan separuh tepung dan gaulkan sekurang2nya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian.
5. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
6. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit)
7. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
8. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat.
9. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
10. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja