Thursday 17 July 2014

Dalca Daging

Bahan:-
5 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 cm halia - dihiris
Cili mesin
3 sudu besar rempah kari - dicampur air
500 ml santan
2 keping asam
200 gm dal - rebus sampai empuk
Daging
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
Daun kari
Sayur (kentang, bendi,tomato,terung bulat,kacang panjang)

Caranya:-
1. Tumis daun kari, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
2. Masukkan bahan hiris dan goreng sampai wangi.
3. Masukkan rempah kari, cili mesin dan asam keping.
4. Bila garing, masukkan daging, santan dan kentang.
5. Bila empuk, masukkan kacang dal dan sayur.
6. Masukkan garam dan biar masak mendidih.

Ayam Masak Putih

Bahan:-
1 kg ayam
1 camca teh garam
4 camca besar minyak
1/2 biji kelapa parut - ambil 1 cawan santan pekat, 2 cawan santan air
2 biji tomato - dibelah 4

Bahan Giling:
4 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
2 1/2 cm halia
2 1/2 cm lengkuas
1/2 camca besar lada putih
1/2 camca besar lada hitam

Caranya:-
1. Perap ayam bersama garam selama 30 minit.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga wangi dan pecah minyak.
3. Kemudian masukkan ayam dan goreng 2-3 minit.
4. Curahkan santan cair dan didihkan.
5. Campurkan tomato dan didihkan selam 15 minit hingga ayam empuk.
6. Tuangkan santan pekat dan masukkan garam secukup rasa. Apabila cukup masak angkat.

Sambal Udang


Sambal udang ni resepi turun temurun dari mak Cik Na. Masa zaman study dulu Cik Na x pernah menjadi kalau masak sambal ni sebabnya Cik Na tak pandai agak air asam jawa. Tapi selepas berberapa kali percubaan barulah dapat sambal udang yang hampir sama rasanya dengan mak Cik Na buat.

Bahan:-
1/2 kg udang 
50ml air asam jawa, yang diambil dari 1 sudu besar asam jawa yg diramas
Garam

Dikisar Halus:
 30 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
1 sudu besar belacan

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi. Masak perlahan-lahan sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam dan udang. Tambahkan garam.
3. Goreng selama 2 minit atau sehingga udang masak.

Sunday 6 July 2014

Karipap Pusing

                                                      




Bahan Inti:

250gm daging dipotong kecil2
2 biji bawang besar - dipotong dadu
4 biji kentang - dipotong dadu
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Sedikit udang kering - ditumbuk
Sedikit cili mesin
3 sudu / 1 paket kecil serbuk kari - bancuh dengan air
Minyak
Daun sup
Daun bawang

Caranya:-
Panaskan minyak, tumis bawang merah,bawang putih,halia,cili mesin dan udang kering sehingga garing. (Cik Na lupa letak cili sebab tu x nampak cili dalam gambar ni, so inti ni x berapa pedas la)











Masukkan bawang besar dan tumis hingga bawang layu.

















Kemudian masukkan rempah kari dan biarkan sebentar hingga rempah garing.













Masukkan pula daging dan kacau sebentar.












Setelah itu masukkan kentang dan garam.













Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Kalau perlu bubuh sedikit air untuk daging dan kentang empuk.










Bila daging dan kentang sudah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/daun bawang dan gaul rata. Sejukkan sebelum digunakan.





Bahan Kulit:-

Bahan A
1 kg tepung gandum
1 sudu kecil garam
1/2 cawan minyak masak
Air sejuk

Tuang tepung dalam besen. Masukkan garam. Kemudian tuangkan minyak. Gaul sebati. Tuangkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kemudian ketepikan. Tutup dgn kain jgn dedahkan kepada angin.

Bahan B
Marjerin
Tepung gandum
Minyak

Panaskan marjerin  bersama minyak. Bila marjerin cair ketepikan dan tuangkan tepung gandum satu senduk demi satu senduk. Gaul dengan senduk dan biarkan campuran mentega cair dengan tepung gandum tadi menjadi kental dan boleh dikepal bulat.









Ambil doh tepung putih sebesar bola tenis. Leperkan dengan tangan. Ambil doh campuran marjerin yang dibulat2 sebesar guli dan letakkan pada bahagian tengah doh tepung. Bungkus doh berwarna kuning itu dengan kemas. Kepal semula, gelek pada tapak tangan agar menjadi bulat.










Gelek doh hingga menjadi leper.














Potong bahagian tengah.
















Gulung sehingga menjadi bergelung2.


















Kemudian gelek lagi doh tadi secara memanjang.









Gulung semula.















Potong nipis dan leperkan.












Sendukkan satu sudu inti, kemaskan dan kelim seperti biasa.





















Friday 4 July 2014

Pengat Tepung Pulut Dengan Sagu


Resepi: Ummi @ Homesweethome
Bahan:-
1 ketul gula melaka-potong kecil
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan pati santan (Cik Na letak 2 cawan mcm kak ummi)
250gm biji sagu - basuh dan toskan (Cik Na kurangkan sikit sebab sagu ni buat kuah pekat)
1 jag air (Cik Na ikut kak ummi letak 2 cawan santan cair)
2 helai daun pandan-simpulkan
Sedikit garam

Bahan B:-
1 1/2 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Pewarna hijau
Sedikit garam

***Uli bahan B hingga menjadi doh dan bulat-bulatkan doh sebesar guli dan tekan di tengah sehingga lekuk. Buat sampai habis dan ketepikan.

Caranya:-
1. Didihkan air/santan cair dalam periuk bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan. 
2. Masak hingga gula larut dan mendidih atas api sederhana.
3. Masukkan pati santan dan kacau sekejap.
4. Masukkan tepung pulut tadi dan masak hingga kenyal.
5. Akhir sekali masukkan biji sagu dan garam. 
6. Masak hingga sagu menjadi jernih dan masak. Jika pekat boleh tambah sedikit lagi air

Ayam Masak Oren Lepuk-Lepuk Yusni Jaafar

Resepi: Citarasa Selebriti Sheila Rusly (Yusni Jaafar)
Hidangan untuk 10 orang

Bahan:-
3 ekor ayam
8 biji kentang
8 biji cili merah
4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 biji limau nipis (ambil jusnya)
16 biji bawang kecil
Minyak
Air
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
Santan

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan gorengkan ayam. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili merah yang telah dikisar bersama ayam yang telah digoreng tadi. Biarkan sekejap di atas api.
2. Masukkan santan dan ubi kentang. Campurkan sedikit air, garam dan serbuk perasa.
3. Akhir sekali masukkan air perahan limau. Angkat ayam tadi dan asingkan.
4. Gorengkan bawang kecil untuk ditaburkan atas ayam bersama daun sup dan daun bawang.

Thursday 3 July 2014

Kue Tiaw Goreng


Resepi: ummi@homesweethome

Bahan:-

500 gm kue tiaw
100 gm daging 
1 ikat daun kucai dipotong 1 inci
1 cawan taugeh
1 tauhu basah (goreng dan potong dadu)
2 sudu besar cili mesin
4 ulas bawang putih (ketuk)
2 biji telur (pukul sikit)
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar air
Sedikit minyak
Garam

Caranya:-

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili mesin dan kicap. Masukkan daging, sos tomato dan air. Biarkan daging lembut. Masukkan tauhu, telur dan kue tiaw. Biarkan telur keraa separuh masak baru gaulkan rata (Cik Na tak masukkan telur tapi dadar dan potong halus untuk tabur atas kue tiaw). Masukkan taugeh dan kucai, kacau sebentar dan tutup api. (Jangan terlalu kering, biar agak lembap)

Wednesday 2 July 2014

Sambal Ayam


Bahan:-
Ayam - digoreng
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Belacan
Serai - dititik
Asam keping

Caranya:-
1. Kisar semua bahan dan tumis bersama serai sehingga garing. 
2. Masukkan ayam dan asam keping.

Telur Bistik


Malam ni Cik Na masak lauk ni digandingkan dengan tom yam untuk berbuka puasa.

Bahan:-
Daging cincang
Bawang merah + bawang putih + halia (dikisar)
Sos ikan
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Telur
Garam
Daun sup

Caranya:-
1. Perap bahan kisar dengan daging selama 1/2 jam kemudian tumis sehingga daging kering. Asingkan 2/3 sudu besar.
2. Masukkan air, sos tiram, sos ikan, sos tomato dan sos cili. Masak sampai mendidih dan masukkan garam.
3. Dadar telur yang telah dicampur garam, daging, sos ikan dan sos tiram.
4. Curahkan kuah ke atas telur dan tabur daun sup.

Kerutup Udang


Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 kg udang 
400ml santan
160ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa

A
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar

B
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

C
3cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar

Caranya:-
1. Lumur udang dengan kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan.
2. Kisar halus bahan2 A.
3. Masukkan bahan2 C ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.
4. Panaskan lebih kurang 100ml minyak dalam kuali, tumis bahan B hingga wangi.
5. Masukkan bahan A dan tumis hingga harum.
6. Tambah bahan C, kacau rata dan masak hingga naik bau.
7. Tambah sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana.
8. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. 
9. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka.

Cucur Ikan Bilis


Bahan:-

Bawang merah - dihiris halus
Ikan bilis
Tepung gandum
Air
Garam 
Minyak

Caranya:-

1. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
2. Panaskan minyak dan masukkan adunan ke dalam kuali sedikit demi.sedikit menggunakan sudu.
3. Goreng hingga kuning keemasan.
4. Angkat dan toskan minyak.
5. Hidangkan dengan sos cili.

Sambal Ikan Bilis Petai


Bahan:-
Ikan bilis
Cili kering *
Bawang besar*
Sedikit belacan*
Air asam jawa
Petai
Minyak
Garam

Caranya:-
1. Kisar bahan bertanda *. Tumiskan sehingga garing.
2. Masukkan air asam jawa, ikan bilis, petai dan garam.
3. Biarkan sambal mendidih dan pekat.

Ayam Thai Istimewa


Resepi : Chef Florence

Bahan:-
700g isi ayam (dihiris)
6 camca besar minyak masak
2 camca besar bawang putih (dicincang)

Bahan A:
2 biji bawang besar (dipotong berbaji)
4 biji cili merah (dihiris)
10 batang putik jagung (dihiris)
5 batang saderi (dihiris)
1 biji lobak merah
200gm kacang sepat

Bahan B:
250 mililiter sos cili thai
3 camca teh serbuk pati ikan bilis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
2 camca teh tepung jagung
200 mililiter air (dicampur dengan tepung jagung)
Garam

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan tunggu sehingga ayam itu masak 
3. Masukkan bahan A dan goreng sebentar.
4. Kemudian masukkan bahan B. Masak sehingga pekat.

Nasi Pengantin

Resepi: Majalah Saji September 1999

Bahan:-
2 cawan beras
3 cawan air
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan jagung
1/2 cawan kacang peas
10 butir cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam

Caranya:-
Masukkan air dan semua bahan. Masak seperti biasa. Bila nasi hampir kering, kacau.

Ayam Berempah Ala Singapura

Resepi: Hidangan Terbaik Dunia Singapura

Bahan:-
A
1 ekor ayam-digoreng
1 tin susu cair
2 sudu teh garam
Minyak masak

B (Dikisar)
1 ulas bawang putih
3 labu bawang besar
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
10 tangkai cili kering
4 batang serai

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang dikisar.
2. Kemudian masukkan ayam bersama susu cair. Kacau rata 
3. Akhir sekali masukkan garam.


Ikan Sambal Daun Kari


Resepi:ummi@homesweethome

Bahan:-
2 ekor ikan selar saiz sedang
20 tangkai cili padi thai hijau - ditumbuk
2 biji cili merah - ditumbuk
6 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu kicap pekat manis 
Sedikit air (jika perlu)
Sedikit garam
Minyak
3 pelepah daun kari - basuh dan lurutkan daunnya

Caranya:-
1. Goreng ikan hingga warna keemasan (jangan terlalu garing).
2. Tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak dengan api perlahan. (Masukkan sedikit air jika perlu).
3. Masukkan kicap dan garam. Seimbangkan rasa.
4. Masukkan daun kari dan kacau sekejap, kemudian masukkan ikan. Kacau balikkan sebentar sambal biar rata dan bersalut pada ikan.

Sambal Ikan Bilis Ubi Kentang


Resepi: Hidangan Selebriti (Lidyawati)

Bahan:-
3 biji ubi kentang-potong nipis2
150g ikan bilis
6 biji cili merah
4 ulas bawang merah
Sedikit asam jawa

Caranya:-
1. Goreng kentang hingga garing. Ikan bilis juga hendaklah digoreng.
2. Kemudian tumiskan cili merah dan bawang besar yang telah ditumbuk di dalam kuali dengan minyak yang sederhana sahaja. Masukkan sedikit air asam jawa.
3. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Gaul rata.

Ayam Marsala


Resepi: Majalah Saji

Bahan:-
1 kg ayam - dipotong kecil
2 sudu rempah kari daging 
8 sudu besar minyak
2 labu bawang besar - dihiris
1/2 biji kelapa - ambil 1 cawan pekat & 1 cawan santan cair
2 tangkai daun kari
Garam

Bahan Giling:
10 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 hiris halia
3 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga

Caranya:-
1. Panaskan minyak. Goreng ayam setengah masak.
2. Masukkan bahan giling dan masak selama 10 minit sambil dikacau. Campurkan rempah kari, masak lagi selama 5 minit.
3. Tuangkan santan cair, biarkan hingga kuahnya kering. Bila kering, masukkan santan pekat.
4. Masukkan bawang besar dan taburkan daun kari (Cik Na x letak sbb x da) apabila hendak diangkat.

Sotong Oriental


Resepi:ummi@homesweethome

Bahan:-
500 gm sotong - bersihkan dan potong kemudian dicelur sebentar & tos (Cik Na masuk je terus)
1 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
Garam
1 biji cili hijau - hiris

Bahan Campuran Untuk Pes:-
2 s/b pes tomyam
2 s/k rempah kari ikan
11/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bawang putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata dan biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau. Kacau rata.
4. Masukkan garam jika perlu. Masak selama 5 minit.

Tuesday 1 July 2014

Roti Jala


Roti jala ni simple saje bahan2nya. Kalau keluarga Cik Na kami biasa makan roti jala ni dengan kuah gula atau kari daging.

Bahan:-
4 cawan tepung gandum
4 cawan santan
4 biji telur
Pewarna kuning

Caranya:-
Campur semua bahan dan kisar sampai sebati. Kemudian panaskan kuali non-stick dengan api perlahan. Letak sedikit minyak dan tuang bancuhan menggunakan acuan roti jala. Bila lekang dari kuali dan garing sedikit, angkat dan lipat atau gulung.

Ayam Ungkep Pedas

Bahan:-
500 gm ayam
*3-4 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*2 sudu makan ketumbar
*1 sudu makan jintan putih
*1-2 cm kunyit hidup
*1 cm halia
*5-6 biji cili padi - jika ingin pedas
2 batang serai - ketuk
Sedikit air asam jawa @ sekeping asam keping
Garam
Air

Caranya:-
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan juga serai hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, tambahkan air sedikit. Tutup kuali. Masak hingga ayam masak.
4. Masukkan air asam jawa @ asam keping dan juga garam. 
5. Bila agak kering tutup api.

Ketam Goreng Sambal Berempah


Resepi: Sajian Tradisi Bersama Chef Wan

Bahan:-
4 sudu besar minyak
2 tangkai daun kari
4 ekor ketam, dibelah dua dan digoreng sampai masak
1 sudu teh asam jawa, diramas dengan sedikit air
Garam secukup rasa

Dikisar Halus:
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm halia

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar bersama daun kari sampai wangi.
2. Masukkan ketam dan air asam dan garam. Masak sampai kering.

Ikan Masak Tomato


Resepi:ummi@homesweethome

Bahan:-
Ikan merah/tenggiri/apa2 ikan 

Bahan Sos Tomato:
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris halus
1 biji bawang besar - dihiris kasar/potong bulat
3 tangkai cili padi - diketuk
2 biji tomato - dibelah 6
2 sb sos cili
3 sb sos tomato
1 kiub serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Sedikit daun ketumbar - dicincang

Caranya:-
1. Goreng ikan 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga bau.
3. Masukkan sedikit air, sos cili dan sos tomato.
4. Masukkan garam dan serbuk pati ayam. Gaul mesra.
5. Masukkan ikan dan masak hingga kuah agak pekat.
6. Akhir sekali masukkan bawang besar, buah tomato dan cili padi.
7. Biar sekejap dan tutup api. Hidang dan taburkan daun ketumbar.

Hidangan Masaman


Resepi: Majalah Saji

1/2 ekor ayam
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 biji buah keras
2 cm halia
1 cm lengkuas
400 gm cili hijau
40 gm cili api
*** dikisar
1 batang serai-dititik
100 gm daun selasih 
50 gm daun ketumbar
200 ml santan
Garam & serbuk lada putih
Air asam

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang telah dikisar bersama serai sehingga naik baunya. 
2. Masukkan ayam dan air asam, masakkan sehingga mendidih.
3. Perlahankan api dan masukkan santan.
4. Masukkan daun selasih, daun ketumbar,garam dan serbuk lada putih.

Daging Masak Merah Bersayur


Resepi : Ummi@homesweethome

Bahan:-
400gm daging (potong kepada saiz kecil, rebus dulu dan potong nipis)
4 ulas bawang merah - ditumbuk
1 biji bawang besar - dihiris
4 tangkai cili padi - hiris halus
2 tangkai cili merah - hiris serong
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sedikit kacang buncis
Sedikit kubis bunga
Sedikit lobak merah
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Panaskan minyak, masukkan daging yang telah dihiris dan kacau hingga wangi dan sedikit garing tepinya.
2. Masukkan bahan tumbuk, cili kisar dan semua sos. Kacau rata sebentar dan masukkan daging. Masak 5 minit.
3. Masukkan sayuran dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan angkat.