Tuesday 31 January 2017

White Chocolate Cup Cake

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
200 gm coklat masakan putih
70 gm mentega
2 biji telur gred B
50 gm gula halus (boleh kurangkan 40 gm)
60 gm tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
(*digaul rata dan diayak)
Esen vanilla

Caranya:-
1. Cairkan coklat secara kaedah "double-boiler" dengan api kecil hingga coklat cair, masukkan mentega, kacau rata hingga mentega cair dan sebati. Ketepikan, biar suam.
2. Pukul telur dengan gula hingga larut , tak payah sampai kembang. Tuang ke dalam coklat tadi, sambil dikacau pantas hingga sebati.
3. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali tambah esen vanilla, kacau sebati. Sudukan ke dalam muffin cup 1/2 penuh, bakar pada suhu 175C selama 20-25 minit atau hingga masak.

***Lepas masak, ia akan turun sedikit, tapi kalau nak cuba boleh tambah sedikit lagi tepung. Cik Na tambah tepung jadi 70gm.

Ayam Masak Cili Kering

Sumber Resepi: Facebook/Aida Shukor

Bahan:-
Ayam - Potong kecil, garam kunyitkan dan goreng sampai garing
5 tangkai cili kering - potong 3 (kalau nak pedas lebihkan cili)
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih*
Setengah ibu jari halia muda *
(* dihiris)
2 sudu besar sos tiram
Kicap lemak manis
Garam secukup rasa
Suku cawan air panas

Caranya:-
1. Panaskan minyak, goreng cili kering yang telah dicuci dan ditos. Goreng sebentar sampai garing.
2. Masukkan bahan hiris dan goreng sampai layu dan naik bau. Masukkan ayam.
3. Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis lebih kurang dalam 5 kali renjis (dapatkan salutan sekata ayam)
4. Perasakan dengan garam secukup rasa, hati2 sbb dekat ayam dah letak garam dan sos tiram dah rasa masin. Letak air panas bagi menggelegak dan pekat.
5. Balik-balikkan dan siap.

Tuesday 24 January 2017

Daging Berempah Citrawarna

Sumber Resepi: C&P Rosmarlina @ Jintanmanis.com

Bahan:-
350 gm daging boneless
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil serbuk kari daging
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar (bahagi dua bahagian, satu bahagian dicincang halus, baki dihiris kasar)
4 inci halia (separuh dihiris nipis, baki dicincang kasar)
1 keping kulit kayu manis
Sedikit garam
1/2 biji lada benggala merah @ cili merah (dihiris nipis)
Sedikit kacang buncis @ kacang panjang (dipotong beberapa bahagian)
Minyak untuk menumis

Caranya:-
1. Potong daging nipis2, jangan terlalu kecil, daging akan kecut apabila direbus.
2. Kemudian rebus daging bersama beberapa hirisan halia yang dihiris kasar, lebih kurang setengah jam atau sehingga daging empuk.
3. Kemudian cincang atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan tumis sehingga naik bau, selepas itu masukkan kulit kayu manis, serbuk kunyit, serbuk kari dan daging yang siap direbus tadi, kacau sebati. Jika terlalu kering boleh masukkan sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, lada benggala dan kacang panjang. Sesuaikan rasa masukkan sedikit garam. Kacau sebentar dan apabila bawang besar, lada benggala dan kacang panjang agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

**Nota: Jangan campurkan sos tiram dalam resepi ini, bagi mengekalkan keaslian rasanya, dan kalau boleh sayur pun jangan ditambah lagi atau digantikan dengan sayuran lain.

Sunday 22 January 2017

Seafood Paprik

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
300 gm sotong - kerat kecil
300 gm udang
6 biji cili padi - ketuk
3 ulas bawang merah (dihiris/dimayang halus)
2 ulas bawang putih (dihiris/dimayang halus)
1 batang serai (diketuk)
2 sudu besar sos/pes tom yam
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
3 batang kacang panjang (Cik Na tukar kubis bunga)
1/2 batang karot (hiris atau potong ikut suka)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
Beberapa helai daun limau purut (dikoyak)

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Apabila kekuningan, masukkan cili padi.
3. Masukkan sos tom yam, sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air.
4. Selepas menggelegak, masukkan sotong, udang dan daun limau purut.
5. Biarkan mendidih sekali lagi.

** Sekiranya suka masam, boleh perahkan limau selepas ditutup api.

Ketam Cili Padi Kasturi

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
10 - 12 ekor ketam sederhana besar - cuci bersih dan kerat dia
3 biji limau kasturi - perah jusnya
3 batang serai - titik
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak

Bahan Kisar:-
14 tangkai cili padi /cili the
2 - 3 tangkai cili merah
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak.
2. Masukkan serai, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebentar.
3. Masukkan ketam dan gaul rata hingga bersalut. Tutup kuali sebentar.
4. Masak ketam hingga benar masak dan bahan bersalut pekat dengan ketam.
5. Akhir sekali masukkan perahan his limau kasturi dan kacau rata sebentar. Seimbangkan rasa dan tutup api.

Saturday 21 January 2017

Biskut Mama Carries

Sumber Resepi: Majalah Wanita Disember 2001

Bahan:-
300 gm mentega
400 gm tepung gandum
120 gm tepung jagung
100 gm gula aising
1/2 sudu teh esen vanilla

Aising:-
2 biji putih telur
150 gm gula aising
15 gm tepung jagung

Caranya:-
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan kedua-dua jenis tepung. Gaul sebati.
3. Canai dan terap dengan acuan yang anda suka. Bubuh aising di atas biskut dan bakar.

** Untuk membuat aising pukul putih telur bersama gula aising dan tepung jagung hingga ringan.

Whoopie Pie

Sumber Resepi: C&P Tatrahazaini @ Dapur Comel Delight + Laman Dapur Helen (Filing)

Bahan:-
1 3/4 cawan (230 g) tepung gandum*
3/4 cawan (75 g) serbuk koko*
1/4 sudu teh esen baking soda*
1 sudu teh esen vanilla
~ Ayak bersama bahan2 bertanda*

3/4 cawan (170 g) cawan mentega
3/4 cawan (150 g) cawan gula kastor
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan (60 ml) buttermilk (atau campurkan 1 sudu teh cuka + 60 ml susu segar dan biar 10 minit)
1/2 cawan (120 ml) instant coffee / air suam

Caranya:-
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul sebati. Masukkan esen vanilla.
3. Di dalam bekas lain, satukan buttermilk dan coffee/air suam.
4. Menggunakan kelajuan rendah, masukkan tepung berselang-seli dengan buttermilk (mulai dengan tepung akhiri dengan tepung juga).
5. Menggunakan ice cream scoop/piping bag, paip adunan ke atas dulang pembakar yang telah di alas kertas baking terlebih dahulu. Jarakkan anggaran 5 cm.
6. Bakar selama 10-12 minit atau sehingga masak.
7. Apabila sejuk letakkan filing.

Bahan Filing (Wilton Buttercream) :-
2/3 cawan mentega
4 cawan gula icing @ 2 cawan memadai
1 tsp esen vanilla
2-3 tbsp susu @ cream @ air

Caranya:-
1. Putar mentega hingga gebu.
2. Masukkan esen vanilla dan masukkan gula icing. Lakukan separuh dahulu.
3. Masukkan susu, letakkan separuh lagi gula icing.
4. Lakukan sehingga habis. Sedia until digunakan.


Nasi Goreng Seafood

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
1 mangkuk besar nasi (anggaran 8 senduk)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 pokok sawi jepun (guna sawi biasa je)
2 biji telur + 1/2 camca teh serbuk lada hitam, dikacau rata (x letak telur pun sbb dah cukup rencah seafood)
1/2 cawan isi kerang (x makan kerang so tukar dengan sotong)
3/4 cawan isi kupang (x letak)
1/2 cawan isi udang
1 camca besar sambal belacan (resepi di bawah)
1 camca besar sos tiram
1/4 camca teh minyak bijan
Kicap cair secukupnya
1 camca besar margerine
Hirisan daun sup/daun bawang*
Hirisan xili merah*
(*Untuk hiasan)

Bahan Sambal Belacan:-
1 inci belacan, dibakar
2 biji cili merah
15 biji cili padi merah
Secubit gula

Caranya:-
1. Panaskan kuali, masukkan margerine. Tumis bawang besar, bawang putih dan sambal belacan hingga harum, masukkan sos tiram dan tangkai sawi, gaul rata. Tambah kerang, kupang dan udang. Masak sekejap.
2. Tolak ketepi kuali bahan2 tadi, masukkan telur dan biar hingga telur menyerlah sedikit. Kacau dengan sudip untuk menghancurkan telur tadi. Gaul rata dengan bahan2 lain. Masukkan nasi dan gaul rata.
3. Tambah minyak bijan dan kicap cair secukupnya. Gaul hingga semua rata. Tambah daun sawi dan kacau lagi. Rasa dan jika perlu tambah kicap cair sehingga mendapat tahap kemasinan yang sesuai.
4. Tabur daun sup/daun bawang dan hirisan cili sebelum menghidang.

Sambal Ikan Kembung Cili Padi

Sumber Resepi: C&P Cik Manggis @ Mamakitchen

Bahan:-
3 ekor ikan kembung
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 cawan cili api
1 keping asam gelugor
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Gula merah secukup rasa (x letak)
Minyak untuk menggoreng
Sedikit serbuk kunyit

Caranya:-
1. Ikan kembung disiang dan dibersihkan. Kelar rapat-rapat dan diperap dengan garam serta serbuk kunyit.
2. Bawang besar, bawang putih, belacan dan cili api dikisar kering.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
4. Ambil sedikit minyak lebihan goreng ikan tadi dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
5. Masukkan ikan dan gaul perlahan-lahan agar sambal pekat sekata pada badan ikan.

Monday 16 January 2017

Kuih Lapis Dalam Acuan Lompang

Sumber Resepi: Facebook/Resepi dari Zarina Rashid

Bahan:-
4 cawan santan
2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 sudu tepung ubi
2 sudu tepung jagung
1 sudu garam
1 1/2 cawan gula
Pewarna ikut suka

Caranya:-
1. Campur semua bahan dan blend dlm blender.
2. Bahagikan kepada dua bahagian.
3. Cik Na sukat setiap lapis 1/2 sudu kecil.
4. Kukus setiap lapisan selama 5 minit. Lapisan terakhir kukus 15 minit.

***Sapu acuan dengan minyak supaya tidak melekat..

Sotong Masak Pedas

Sumber Resepi: Facebook/My Resepi

Bahan:-
5 ekor sotong potong bulat
2 batang serai (hiris halus)
3 biji bawang merah (mayang halus)
2 ulas bawang putih (cincang)
2 cm halia (hiris halus)
1 sudu cili kisar atau cili boh
3 helai daun limau purut (hiris halus)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Sedikit sos ikan
6 biji cili padi (potong bulat)

Caranya:-
1. Tumis serai, bawang putih, bawang merah, halia dan cili potong.
2. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos cili dan sos ikan. Tambah air sedikit dan masak sampai pekat.
3. Masukkan sotong, tunggu sotong masak.
4. Masukkan perasa, garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut, jangan masuk awal nanti pahit.

Sambal Sotong Berserai

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
6-7 ekor sotong (Cik Na guna sotong besar dalam 3-4 ekor)
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/4 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
2 batang serai, diketuk
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:-
7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah (Cik Na tambah cili padi utk lagi pedas)
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
Sebesar ibu jari belacan, dibakar

Caranya:-
1. Sotong dihiris, buang muncung Dan mata sotong. Cuci, tos dan perap dengan his limau kasturi selama 10 minit, cuci dan toskan dalam tapis. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis serai dan bahan2 kisar halus hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
2. Masukkan asam jawa, kacau dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya (yang ni ikut selera, ada yang suka sambal tumis manis sedikit dan ada yang tak). Kacau dan masak hingga pekat dan garing. Tambah bawang besar hiris, gaul rata dan masukkan sotong. Besarkan api dan kacau hingga rata dan sotong berubah warna. Masak untuk 1-2 minit dengan api besar. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Sunday 8 January 2017

Nona Manis

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan A:-
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan (kalau guna santan kotak campur air sedikit jadikan 1 cawan)
1 cawan tepung gandum

Caranya:-
1. Pukul telur hingga kembang atau blender sahaja.
2. Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan. Kacau rata.
3. Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata. Boleh juga diblender utk dpt adunan yang sebati.
4. Ketepikan.

Bahan B:-
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis.
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit pandan emolco (optional)

Caranya:-
1. Ambil 5 helai daun pandan yg sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis.
2. Satukan air pandan dan santan.
3. Kemudian campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, pandan emulco (optional) dan sedikit pewarna hijau jika warna pandan kurang menyerlah. Kacau sampai rata dan tidak berbintil- bintil.
4. Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat.

*Satukan adunan bahan A dan juga adunan bahan B

5. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. (Cik Na blender je dua2 bahan). Ketepikan dahulu sementara sediakan adunan putih.

Bahan C:-
1 cawan santan pekat (kalau guna santan kotak campur sedikit air untuk dapatkan satu cawan)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula ~ x letak
1/2 sudu teh garam

Caranya:-
1. Satukan semua bahan C, kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau hingga ia pekat.
2. Tunggu suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik (bahagian hujung beg plastik)
3. Sementara itu kita panaskan dahulu air kukusan hingga airnya mendidih. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air tidak menitis pada kuih.
4. Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
5. Tuang adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang.
6. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang.
7. Susun dalam kukusan. Kukus selama 7-10 minit.
8. Angkat dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan.

Asam Pedas (Resepi II)

Sumber Resepi: Syarifah Nur (sukatan Cik Na sendiri yang buat)
Bahan Hiris :-
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan Kisar:-
Cili kering
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci halia
2 inci kunyit
1 inci lengkuas
Belacan
Bahan Perasa:-
Garam
Gula
Asam keping/asam jawa (kalau guna asam jawa paste satu sudu)
Daun kesum
Tomato
Ikan
Caranya:-
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sampai naik bau.
2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
3. Tambah air, daun kesum, garam, gula dan asam jawa.
4. Bila dah menggelegak, masukkan ikan dan tomato.

Wednesday 4 January 2017

Mee Hailam

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
500 gm mee kuning
100 gm daging ayam
6-8 ekor udang
2 ekor sotong (x letak)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu cili kisar (ni tambah resepi asal x letak)
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar stok udang
2 1/2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Minyak masak
4 batang jagung muda (x letak ganti dengan kobis bunga)
1/2 batang lobak merah
5 biji cendawan butang (x letak sbb x da)
4 biji tomato
1 cawan taugeh (x letak)
4 biji cili padi (diketuk)
Hiasan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Caranya:-
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng sampai garing.
2. Masukkan udang, sotong dan Ayam. Goreng selama 2 minit.
3. Masukkan air, sos tiram, kicap pekat dan stok udang.
4. Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong atau dihiris. Masak selama 5 minit. Jika perlu, tambahkan sedikit air.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sekata. Kemudian masukkan mee dan taugeh.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Siap untuk dihidangkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng (optional).

Tuesday 3 January 2017

Sambal Belacan Kuinin

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
1 biji kuinin yang masak ranum
3 biji cili merah
7 - 8 biji cili padi
1 inci belacan, dibakar
Sedikit garam kasar
Secubit gula

Caranya:-
1. Kupas kuinin, potong kecil2 dan ketepikan. Dalam lesung batu, masukkan cili merah, cili padi, garam, gula dan belacan bakar. Tumbuk hingga hancur dan lumat.
2. Kemudian masukkan potongan buah kuinin tadi dan tumbuk perlahan hingga buah separuh lumat. Gaul dengan sudu hingga rata.

Singgang Berempah (Resepi II)

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan
Bahan:-
3 ekor ikan kembung, kalau besar kerat 2
1 biji tomato, dibelah 4
1 batang serai, dititik
2 kuntum bunga jangan, belah 2 setiap kuntum
2 - 3 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
Air secukupnya
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
10 biji cili padi*
3/4 camca teh lada hitam biji*
1 1/2 camca teh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan halus*
*(ditumbuk hingga halus)
Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan serai dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Masukkan asam gelugor dan kiub ikan bilis. Biar mendidih.
2. Masukkan ikan dan juga bunga kantan. Perasakan dengan garam secukupnya. Kalau nak letak sedikit serbuk perasa pun ok (tapi tak letak pun x pe sebab dah ada kiub ikan bilis).
3. Akhir sekali masukkan belahan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Monday 2 January 2017

Ikan Tenggiri Masak Bercili

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
5 keping ikan tenggiri (Kak Azie guna ikan merah) ~ lumur garam kunyit dan goreng
1 asam keping
1 batang serai ~ dititik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar ~ dihiris

Bahan Tumbuk:-
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
15 biji cili padi

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan tumbuk sehingga masak.
2. Masukkan sedikit air. Masukkan asam keping, gula dan garam.
3. Masukkan ikan dan bawang besar.
4. Kacau seketika. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Sotong Goreng Berempah

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
8 ekor sotong sederhana besar (x perlu kerat)
2 labu bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
2 biji lada merah - belah 4
1 sudu kecil rempah kari daging
1/2 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan Manis
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap
1 sudu besar air asam jawa
Garam
1 sudu kecil gula

Caranya:-
1. Gaul sotong dengan garam dan kunyit. Goreng sebentar. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia.
3. Masukkan bawang besar dan cili merah.
4. Kemudian masukkan serbuk rempah kari, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. Goreng garing sikit. Letak sikit air jika kering. Kemudian masukkan bahan lain. (Ini cara Cik Na). Cara kak Ummi, masukkan kicap, sos cili, kicap, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk rempah kari daging, air asam jawa dan gula.
5. Bila agak kering, masukkan sotong. Kacau sekejap saja, angkat.
5.