Tuesday, 24 January 2017

Daging Berempah Citrawarna

Sumber Resepi: C&P Rosmarlina @ Jintanmanis.com

Bahan:-
350 gm daging boneless
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil serbuk kari daging
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar (bahagi dua bahagian, satu bahagian dicincang halus, baki dihiris kasar)
4 inci halia (separuh dihiris nipis, baki dicincang kasar)
1 keping kulit kayu manis
Sedikit garam
1/2 biji lada benggala merah @ cili merah (dihiris nipis)
Sedikit kacang buncis @ kacang panjang (dipotong beberapa bahagian)
Minyak untuk menumis

Caranya:-
1. Potong daging nipis2, jangan terlalu kecil, daging akan kecut apabila direbus.
2. Kemudian rebus daging bersama beberapa hirisan halia yang dihiris kasar, lebih kurang setengah jam atau sehingga daging empuk.
3. Kemudian cincang atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan tumis sehingga naik bau, selepas itu masukkan kulit kayu manis, serbuk kunyit, serbuk kari dan daging yang siap direbus tadi, kacau sebati. Jika terlalu kering boleh masukkan sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, lada benggala dan kacang panjang. Sesuaikan rasa masukkan sedikit garam. Kacau sebentar dan apabila bawang besar, lada benggala dan kacang panjang agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

**Nota: Jangan campurkan sos tiram dalam resepi ini, bagi mengekalkan keaslian rasanya, dan kalau boleh sayur pun jangan ditambah lagi atau digantikan dengan sayuran lain.

No comments:

Post a Comment