Thursday 27 April 2017

Nasi Goreng Kampung

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
3 mangkuk nasi putih
1 1/2 cawan ikan bilis - goreng garing
10 biji cili padi panjang (cili thai)
1 labu bawang besar - dadu
5 ulas bawang putih - racik halus
1/2 batang carrot - potong kecil memanjang (optional, Cik Na x letak)
1 cekak kangkung (x da stok - guna sawi dan kobis mcm kak Ummi)
2 1/2 sudu kecil garam halus

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis cili, bawang besar dan bawang putih, kacau layu dan wangi.
2. Masukkan carrot, kacau sekejap.
3. Masukkan pula sawi dan kobis.
4. Masukkan nasi, kacau rata dan masukkan garam.
5. Goreng hingga nasi kelihatan meletup-letup naik/garing sikit.
6. Tutup api dan gaulkan ikan bilis goreng tadi.

Kuih Ketayap

Sumber Resepi: Buku Resepi Turun Temurun Rubiah Suparman

Bahan:-
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cawan air pandan
Sedikit garam

Bahan Inti:-
1 biji kelapa muda warna putih je
Gula merah (tukar dengan 2 ketul kecil gula Melaka)
Daun pandan
Sedikit garam
Sedikit tepung gandum (ini tambah sendiri supaya inti melekat)

Caranya:-
1. Untuk membuat inti, masak gula merah/gula Melaka dengan sedikit air.
2. Setelah mendidih​ masukkan pandan, kelapa dan sedikit garam.
3. Tabur sedikit tepung gandum, masak hingga kering dan cukup rasa.
4. Untuk kulitnya, tepung gandum diayak dan kemudian masukkan air pandan, telur dan garam. Kacau hingga rata, kemudian ditapis.
5. Panaskan kuali dengan minyak disapu rata pada kuali. Buat dadar tipi 2 seperti menggoreng telur dadar.
6. Angkat, masukkan inti dan gulung.

Wednesday 26 April 2017

Char Kue Tiau

Sumber Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan:-
1 bungkus kue tiaw
300 gm udang (dibuang kulit)
3 tangkai daun kuchai (dipotong 1 inci)
1 cawan taugeh (x letak sbb x beli)
1 keping tauhu basah ~ digoreng dan dipotong kecil (pun x da)
2 sudu makan cili kisar
4 ulas bawang putih (diketuk)
4 sudu makan kicap pekat (Cik Na guna kicap manis je)
2 sudu makan sos tomato
1 ataupun 2 biji telur
1 biji tomato (dipotong kecil)
2 sudu makan minyak masak
Garam sekiranya perlu

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kicap.
3. Masukkan udang, sos tomato dan air. Kemudian kacau rata.
4. Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar. Kacau sebati.
5. Masukkan kue tiau, tomato, tauhu, tauge dan kucai. Kacau rata dan tutup api.

Tuesday 25 April 2017

Chicken Black Pepper

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
500 gm ayam, potong ikut suka
1 paket rempah black pepper "MAGGI", bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 batang leek, dikerat2  (x da)
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2 (x da ganti dengan cili padi)
1 biji tomato, belah 6 (pun x da)
1/2 inci halia, hiris halus
1 camca besar kicap cair
1/2 cawan air

Caranya:-
1. Cuci ayam, toskan, gaul dengan sedikit garam dan 1/2 camca besar serbuk kunyit, gaul rata. Goreng ayam hingga masak, tetapi tidak garing. Angkat dan toskan.
2. Panaskan 2 camca besar minyak, tumis  bawang putih, halia, leek, cili hijau dan cili merah hingga layu. Tuang rempah black pepper dan gaul rata.
3. Masukkan kicap cair dan air. Masukkan ayam dan hirisan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat. Akhir sekali, masukkan tomato, kacau rata dan matikan api. Hidangkan.

Monday 24 April 2017

Spaghetti Bolognese (Resepi II)

Sumber Resepi: Facebook/Buku Resepi

Bahan:-
1 paket spaghetti
500 gm daging cincang
1 tin tomato puri
6 ulas bawang merah (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dihiris nipis)
1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
1/2 biji capsicum (dipotong dadu)
3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
Oregano atau Italian herbs
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Caranya:-
1. Untuk spaghetti, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
2. Untuk also bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
4. Masukkan tomato, lobak merah, capsicum dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
5. Masukkan tomato puri, air dan susu. Kacau hingga sekata.
6. Masukkan oregano/Italian herbs dan stok daging lembu.
7. Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
8. Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Siap untuk dihidangkan.