Thursday 8 June 2017

Kek Pisang Lembab (Resepi II)

Sumber Resepi: C&P Kak Nor @  Secubit Garam

Bahan:-
250 gm tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
(* digaul rata dan diayak)
15 gm ovallate
150 gm gula halus
5 biji telur gred A
125 gm mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 gm minyak jagung
225 gm pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

Caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 175°C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan (kalau guna tin kek warna hitam, turunkan suhu jadi 160°C sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan bahulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
3. Masukkan tepung berselang-seli dengan mentega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar selama 55-60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dan masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang.

Wednesday 7 June 2017

Cirit Murai

Sumber Resepi: Majalah Saji Julai 2005

Bahan:-
100 gm beras wangi
1.5 liter air
400 gm santan pekat
Secubit garam
2 helai daun pandan
200 gm gula merah
50 gm gula pasir

Caranya:-
1. Beras dicuci bersih dan dikembangkan dengan 1.5 liter air. Setelah beras kembang, bahagikan kepada dua.
2. Di dalam periuk yang lain, masukkan sebahagian nasi yang kembang tadi dan dicampurkan dengan gula pasir dan gula merah. Biarkan mendidih sehingga ia menjadi pekat.
3. Sebahagian lagi nasi yang kembang dicampurkan dengan santan dan secubit garam. Biarkan mendidih hingga likat. Untuk menghidangkannya, campurkan kedua-dua adunan tadi.

Tuesday 6 June 2017

Roti Jala (Resepi IV)

Sumber Resepi: Buku Masakan Warisan Melayu Chef Ismail

Bahan:-
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
125 ml santan
200 ml air
1/2 sudu kecil pewarna kuning
1/2 sudu kecil garam
100 ml minyak masak

Caranya:-
1. Satukan semua bahan kecuali minyak masak. Kacau rata.
2. Masukkan adunan tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga benar2 sebati.
3. Hidupkan api sederhana. Sapukan minyak masak ke atas kuali leper.
4. Sendukkan adunan menggunakan acuan roti jala, uraikan ke atas kuali leper.
5. Bila masak, boleh lipat atau gulungkan. Ulangi proses sama hingga habis.
6. Hidangkan bersama serawa durian atau kari.

Saturday 3 June 2017

Vanilla Muffin

Sumber Resepi: Facebook

Bahan:-
8 tbsp mentega, dicairkan
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 cawan susu segar
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp esen vanilla

Caranya:-
1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2. Isikan adunan tadi ke dalam bekas muffin.
3. Bakar selama 20 minit dgn suhu 180°C.

Thursday 1 June 2017

Cucur Jawa

Sumber Resepi: Facebook

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air kelapa - air biasa pun boleh

Caranya:-
1. Panaskan air kelapa + gula merah + gula pasir. Setelah mendidih, biarkan suam dan kemudian tapis.
2. Masukkan tepung gandum bersama tepung beras, gaul sebati. Perap selama 4 jam.
3. Panaskan minyak sesenduk dalam kuali. Gunakan api perlahan. Masukkan adunan ke dalam minyak tadi.
4. Setelah adunan tepung masak baru terbalikkan. Goreng seketika dan angkat.