Thursday 23 November 2017

Conney Dog

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan (10 biji):-
400 gm daging kisar
3 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih -  cincang halus
1 sdk serbuk lada (chili powder)
3/4 sdk lada hitam - kisar halus
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
1 sdk garam
1 sdk gula
Serbuk perasa secukup rasa
10 - 12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
10 - 12 biji sosej/frankfurter - goreng/rebus

Caranya:-
1. Sos: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak hingga agak-agak rempah masak.
2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
3. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
4. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.

Sunday 19 November 2017

Daging Oriental

Sumber Resepi: Majalah Jelita

Bahan:-
450 gm daging batang pinang
2 camca besar mentega
2 camca besar minyak
4 ulas bawang putih, dicincang halus
4 biji tomato, dibuang biji dan didadu 1/2 cm
1 biji bawang besar, didadu 1/2 cm

Bahan Perap:-
2 camca besar minyak
2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
2 camca teh kicap pekat
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukupnya

Caranya:-
1. Potong daging nipis dan memanjang.
2. Perap daging bersama bahan perap 30 minit.
3. Panaskan mentega, goreng daging dan bahan perapnya menggunakan api besar sehingga masak.
4. Angkat dan letak dalam pinggan.
5. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan tomato dan bawang, kacau sehingga layu.
6. Masukkan daging goreng, gaul rata. Hidangkan panas-panas.

Gulai Lemak Ayam

Sumber Resepi: Buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan

Bahan:-
5 biji cili padi, buang biji dan hiris halus
1 1/2 inci kunyit hidup, kupas kulit
250 ml santan diperap daripada pati 1 biji kelapa dengan 250 ml air
1/2 ekor ayam dalam 600 gm, potong 6
1 batang serai, ketuk
1 helai daun kunyit, racik halus
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali daun kunyit dan renehkan selama 35 minit dengan api yang perlahan hingga masak.
2. Hiaskan dengan daun kunyit yang dihiris dan hidangkan bersama nasi.

Mee Goreng (Resepi II)

Sumber Resepi: Buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan

Bahan:-
200 gm udang, dibersihkan dan dikupas kulit. Simpan kulit untuk dibuat stok (Cik Na tukar daging batang pinang)
180 ml air
4 sudu besar minyak sayuran
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
200 gm dada ayam atau paha (x letak)
200 gm daun sawi
500 gm mee kuning
100 gm tauge
1 keping tauhu, digoreng dan dihiris nipis
1 biji tomato, dibelah 4
4 biji limau kasturi, dibelah 2
125 gm bawang Goreng
2 batang daun bawang, dihiris
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Untuk membuat stok udang, didihkan kulit udang di dalam air selama 30 minit. Tutup api dan tapis stok udang itu.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik bau. Masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan sos tomato.
3. Kacaukan bersama udang (daging) dan daging ayam. Biarkan selama beberapa minit.
4. Masukkan daun sawi dan mee. Perasakan dengan garam. Kacau mee dengan segera. Kemudian masukkan stok udang, tauge, tauhu dan tomato.
5. Masakkan selama 2 minit dan hiaskan bersama limau, bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan.

Sunday 5 November 2017

Mihun Goreng (Resepi II)

Sumber Resepi: Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
1 pek mihun - rendam air panas & today
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar ikan bilis - tumbuk kasar
Ayam potong kecil
3 biji telur
1 batang carrot - potong kecil
1 ikat sawi - potong kecil
1 biji tomato - belah 6
Sos tomato
Kicap
Garam

Hiasan (x letak) :-
Bawang goreng
Daun bawang
Tomato hiris
Cili merah - hiris

Caranya:-
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga betul2 garing, masak dan keluar minyak.
2. Masukkan ayam dan dikacau kacau sehingga masak. Masukkan sedikit air untuk masakkan ayam. Masukkan ikan bilis.
3. Masukkan carrot dan terus dimasak seketika hingga agak lembut sebelum dimasukkan batang sawi.
4. Masukkan sos tomato dan kicap dan terus digoreng sehingga air kering dan keluar minyak.
5. Ketepikan perencah di tepi kuali dan tuang telur. Kacau kacau telur dan cepat cepat masukkan mihun supaya ianya bersalut dengan telur.
6. Masukkan daun sawi dan tomato yang dibelah. Tuangkan lagi kicap dan sos jika mahu.
7. Akhir sekali masukkan garam, jika belum masin. Kacau mihun rata rata.
8. Apabila mihun masak dan bergoreng (keluar minyak), bolehlah diangkat dan dihidangkan.
9. Tabur bawang goreng, daun bawang dan hirisan tomato serta cili merah.

Nota: Mihun mestilah digoreng sehingga keluar minyak supaya ianya tidak terasa seperti mihun rebus.