Wednesday 26 October 2016

Sardin Masak Lemak Cili Padi

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
1 tin ikan sardin
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
4 biji ubi kentang
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk:-
4 biji cili api
2 cm kunyit hidup

Caranya:-
1. Kupas semua ubi kentang dan bawang besar dipotong empat (x letak bawang besar)
2. Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih kemudian masukkan ubi kentang dan daun kunyit.
3. Gunakan api dapur yang sederhana supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tak pecah minyak.
4. Biarkan ubi kentang masak sampai empuk.
5. Masukkan semua ikan sardin dan kuahnya sekali, kacau semua bahan supaya mesra dan sekata. Akhir sekali rasa garam.

Sunday 23 October 2016

Ungkep Ayam Style Jawa

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
600 gm ayam, dipotong saiz sederhana
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
1 camca besar gula melaka
Garam secukupnya
Air secukupnya

Bahan Kisar Halus:-
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 biji cili hijau
10 -  15 biji cili padi merah
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidup

Caranya:-
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
2. Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam). Biar mendidih. Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam. Masak dengan api sederhana hingga kering. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap dan jika ok boleh matikan api.

Saturday 22 October 2016

Mihun Goreng Limau Purut

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
Mihun ~ rendam sampai lembut
Lada hijau hidup (3 biji utk separuh paket mihun)*
Cili padi (jika nak pedas)*
2 atau 3 ikat daun limau purut (buang bahagian keras)*
Bawang besar*
Udang/sotong/ayam

Caranya:-
1. Semua bahan * dimesin.
2. Tumis dan letakkan bahan rencah seperti udang, sotong atau ayam.
3. Masukkan mihun, garam dan serbuk perasa.

Daging Pedas Beraroma

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
400 gm daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tom yam
2 batang serai, dititik
5 cm lengkuas, potong 3 dan diketuk
3 camca besar susu pati santan (boleh ganti susu sejat)
10 biji cili padi hijau, diketuk
10 biji cili padi merah, diketuk
3 helai daun limau purut
10 biji bawang merah, dihiris
4 ulas bawang putih, dihiris
5 cm halia, hiris
1/2 cawan air
1 camca besar sos ikan
2 camca teh gula
4 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 kiub ayam Maggie (optional)
Sedikit hirisan daun limau purut, untuk hiasan

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai, lengkuas, bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan pes tom yam dan daun limau purut. Kacau rata dan masukkan daging, kacau dan masak hingga daging kecut.
2. Tuang air dan santan, gaul rata dan masukkan kiub ayam (jika pakai). Tambah gula dan sos ikan, kecilkan api dan terus memasak hingga pekat. Tambah cili padi merah dan hijau, masak 1-2 minit lagi.
3. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Angkat dan tabur dengan hirisan daun limau purut.

Kek Semolina @ Suji

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
250 gm mentega
170 gm gula halus
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 camca teh esen vanilla
170 gm tepung gandum
1 camca teh baking powder
100 gm semolina @ suji
Secubit garam

Caranya:-
1. Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak. Kemudian campurkan semolina @ suji dan garam. Gaul rata.
2. Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga sebati. Ketepikan.
3. Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur+susu+esen vanilla tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu.
4. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.

Wednesday 19 October 2016

Puding Jagung

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula pasir
1 cawan santan kotak + air dijadikan 4 1/2 cawan
Secubit garam
1 cawan jagung dalam tin (jagung cream)

Caranya:-
1. Masukkan santan, gula dan jagung ke dalam blender dan blend hingga hancur.
2. Kemudian masukkan tepung kastard dan garam, gaul hingga sebati supaya tidak berketul-ketul.
3. Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan hingga adunan berkira dan likat.
4. Hendaklah selalu dikacau agar adunan tidak hangus.
5. Tuangkan dalam loyang dan biarkan tanya betul2 sejuk baru dipotong.

Monday 17 October 2016

Spaghetti Seafood

Sumber Resepi: Facebook

Bahan:-
500 gm spaghetti
1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
1 cawan minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu besar chili flakes
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam (boleh kurangkan kalau x nak pedas)
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam

Caranya:-
1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
3. Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
4. Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.
5. Siap untuk dihidangkan.

Sunday 16 October 2016

Seafood Paprik

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
300 gm sotong ~ kerat kecil
300 gm udang
6 biji cili padi ~ ketuk
3 ulas bawang merah (dihiris/dimayang halus)
2 ulas bawang putih (dihiris/dimayang halus)
1 batang serai ~ diketuk
2 sudu besar sos/pes tom yam
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
3 batang kacang panjang (x letak ganti kubis bunga)
1/2 batang carrot ~ hiris
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
Beberapa helai daun limau purut ~ dikoyak

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Apabila kekunigan, masukkan cili padi.
3. Masukkan sos tom yam, sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air.
4. Selepas menggelegak, masukkan sotong, udang dan daun limau purut.
5. Biarkan mendidih sekali lagi.
6. Hidangkan bersama nasi putih.

** Sekiranya suka masam, boleh perahkan limau selepas ditutup api.

Monday 10 October 2016

Ayam Kasturi

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
300 gm isi ayam (hiris nipis tetapi agak lebar ~ CN guna semua bahagian)
3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
2 sudu besar air
Minyak untuk tumis
Garam dan serbuk kunyit
2 biji tomato - belah 6
1/2 batang carrot - potong ikut suka (x letak)

Bahan Mayang/Hiris:-
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
5 biji cili api
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Caranya:-
1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang. Kalau nak pedas boleh tambah cili api.
3. Bila dah layu dan wangi masukkan ayam dan sedikit air.
4. Bila ayam telah lembut masukkan jus limau kasturi dan gaulkan rata.
5. Boleh angkat dan hidangkan.

Sunday 9 October 2016

Mee Jawa

Sumber Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:-
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg daging (direbus)
1 clean tauge (dibuang akar)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dipotong dua)
3 biji limau nipis (dipotong kecil)
Sedikit bawang goreng

Bahan B (Untuk Kuah):-
1/2 kg keledek (direbus dan dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
5 biji bawang merah (dikisar halus)
3 batang serai (dikisar halus)
2 inci halia (dikisar halus)
1 inci lengkuas (dikisar halus)
1/2 cawan udang kering (dikisar halus)
2 sudu makan cili kisar
3 sudu makan serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
3 sudu makan kicap pekat

Caranya:-
1. Rebusan daging sehingga lembut dan hiriskan kecil2.
2. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bahan yang dikisar, rempah dan cili sehingga garing.
3. Masukkan keledek yang dikisar. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Biarkan sehingga kuah mendidih dan pekat.
5. Angkat dan hidangkan dengan bahan yang dihiris.

Kek Pisang Sempoi

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
150 gm pisang emas ~ dilecek
180 gm tepung gandum
180 gm gula halus/gula icing
3 biji telur
120 ml minyak masak
1 sudu teh ovallate
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Secubit garam

Caranya:-
1. Campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih.
2. Masukkan ke dalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 C selama 40-50 minit.
3. Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

Daging Goreng Kunyit Kelantan

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
600 gm daging
2-3 inci kunyit hidup  ~ tumbuk
1-2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia  ~ hiris nipis
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 ulas bawang besar
Kacang panjang atau kacang buncis (x letak)
Cili merah ~ hiris nipis
Minyak secukupnya
Garam

Caranya:-
1. Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
2. Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dan masukkan sedikit air sehingga paras daging.
3. Rebus sehingga daging lembut selebihya. Tambah air jika air kering. Biar daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi.
4. Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api.
5. Goreng daging seketika dengan minyak itu. Masukkan garam jika perlu.
6. Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap.

Thursday 6 October 2016

Mee Tom Yam

Sumber Resepi: Majalah Keluarga September 2012

Bahan:-
1 bungkus mee kuning - dicelur

Bahan Untuk Kuah:-
200 gm isi ayam - dipotong kecil (x letak)
200 gm udang
200 gm sotong
200 gm daging - dipotong kecil
2 kiub pes tom yam

Bahan Sayur:-
Bunga kubis
Lobak merah
Jagung muda - x da
2 helai daun limau purut
3 batang serai
Garam secukup rasa
Air
3 sudu kecil jus limau

Caranya:-
1. Masukkan air. Rebus semua bahan untuk kuah. Biarkan sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan pula serai dan garam secukup rasa.
3. Akhir sekali masukkan bahan selebihya.
4. Hidangkan bersama mee yg dicelur.

Tuesday 4 October 2016

Udang Goreng Kunyit

Sumber Resepi: C&P denuanza.blogspot.com

Bahan:-
1 mangkuk udang
Beberapa batang kacang buncis/panjang
1 biji bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
1 biji cili merah-hiris

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali. Gaul udang dgn garam dan kunyit.
2. Goreng udang sampai tukar warna. Alihkan dari kuali.
3. Guna kuali yg sama, masukkan bawang dan cili merah.
4. Masukkan kacang buncis/panjang dan sedikit air je.
5. Masukkan garam, udang, gaul dan angkat.

Monday 3 October 2016

Sotong Goreng Belacan

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
5 ekor sotong saiz besar
2 biji cili hijau, hiris serong
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar sos tiram
1/2 inci belacan + 2 camca besar air = larutkan
Sedikit air, untuk kuah
Garam dan gula secukup rasa

Caranya:-
1. Sotong dibersihkan, asingkan kepala dari badan, buang mata dan paruh sotong, manakala badan sotong potong gegelang, cuci sekali lagi dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan cili hijau, kacau rata hingga layu. Masukkan sos tiram dan belacan tadi. Kacau rata.
3. Masukkan sotong, masak hingga sotong berubah warna, tuang air dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.






Muffin Pisang Berkeju

Sumber Resepi: C&P Kak Nor @ Secubit Garam

Bahan:-
250 gm tepung gandum
100 gm gula kastor
50 gm gula perang
1/2 sk soda bikarbonat
1 1/2 sk baking powder
1/4 sk garam
75 gm keju cheddar - cincang kisar
300 gm pisang yg sesuai
2 biji telur
100 gm mentega - cairkan (boleh kurangkan sikit kalau x nak oily)
1/2 sk esen vanilla

Untuk Crumb:-
50 gm gula perang
50 gm tepung gandum-ayak
50 gm butter tanpa garam sejuk-potong dadu
1/4 garam-jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
1/2 sk serbuk cinnamon-x letak

Caranya:-
Untuk Crumb: Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel-gentelkan sehingga jadi serbuk crumb. Simpan dalam peti ais sehingga masa hendak digunakan.

1. Panaskan oven suhu 200 C selama 20 minit.
2. Dalam mangkuk campur tepung, baking powder, garam, keju, gula kastor dan gula perang. Gaul rata dan ketepikan.
3. Mangkuk lain, lenyek pisang. Kemudian masukkan mentega cair, telur dan esen vanilla. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
4. Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
5. Tuang  adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs peti ais tadi.
6. Bakar selama 25 minit. Keluarkan dr oven, biarkan 5 minit baru keluarkan dari loyang/muffin tray. Letak atas redai.
7. Boleh hiaskan dengan hirisan pisang dan parutan coklat putih.

Untuk 1/2 adunan:
*Letak butter 40 gm jer
** Untuk cheese boleh guna 2 keping slice cheese.

Sunday 2 October 2016

Sambal Sotong Ala Whereelse Delight

Sumber Resepi: Facebook/Dapur Zeth Berasap Lagi

Bahan:-
5 ekor sotong (buang kulit dan potong 4 segi)
4 biji kacang botol (x letak)
2 biji cili merah
2 biji bawang besar (1 biji blend dgn cili kering, 1 biji dibelah 8)
15 tangkai cili kering
Belacan sebesar ibu jari
3 sudu sos tiram
2 senduk minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa

Caranya:-
1. Tumiskan bawang putih yang telah diketuk dlm minyak yang panas.
2. Hancurkan belacan dan goreng bersama minyak panas dan bawang putih tadi sehingga garing dan halus.
3. Masukkan cili kering yang telah diblend bersama bawang besar dan kacau sehingga cili masak dan garing.
4. Masukkan 3 sudu sos tiram dan kacau sebati.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa (2 sudu gula dan 1/3 sudu garam kalau ikut zeth). Gaul rata.
6. Masukkan kacang botol dan cili merah diikuti dengan sotong dan bawang besar.
7. Gaul sehingga sotong masak dan matikan api.