Sunday 31 January 2016

Laksa Sarawak

Sumber Resepi: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
1 bungkus mee hoon, celur hingga lembut dan toskan
200 gm pes laksa sarawak
250 gm udang sederhana besar, kupas, cuci dan toskan
2 keping dada ayam
300 ml santan
1 kiub pati ayam
1 1/2 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan:-
3 - 4 biji telur, dibuat dadar nipis dan hiris halus
250 gm taugeh, buang ekor, celur sekejap
Belahan limau kasturi
Hirisan daun ketumbar @ daun pudina
Sambal belacan

Caranya:-
1. Cuci ayam, kelar2 dan rebus hingga masak (campur 1 inci halia, dititik dan juga 4 biji bawang putih, dititik). Angkat ayam, tos dan sejukkan, keluarkan halia dan bawang putih tadi. Siat daging ayam tadi dan ketepikan. Dalam stok ayam yang sama, celur udang 30 saat, angkat dan toskan.
2. Kemudian dalam stok tadi (Cik Na anggarkan dalam 1000 ml air), masukkan pes laksa sarawak dan santan. Biar mendidih atas api sederhana. Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata dan biar mendidih. Tambah sedikit air jika perlu.
3. Penyediaan Laksa: Masukkan secukupnya mee hoon dalam mangkuk, tuang kuah, tabur taugeh, hirisan telur dadar, udang, ayam, hirisan daun ketumbar/pudina, limau kasturi dan sambal belacan.
4. Untuk Sambal Belacan: Tumbuk lumat 15 biji cili padi bersama belacan, campur secubit gula dan garam. Perah sedikit jus limau kasturi, gaul rata.

Nasi Goreng Oregano

Sumber Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
3 mangkuk nasi putih
150 gm daging - dihiris nipis/kecil
5 tangkai cili padi - diketuk
1 biji bawang besar Holland - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 kiub pati ayam
1 sudu teh lada hitam yang dikisar (Cik Na kurangkan 1/2 sudu je)
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu makan dried oregano
2 tangkai cili hijau - dipotong serong
1 biji telur (Cik Na tukar letak udang so x letak telur)
1/2 batang lobak merah - dihiris halus batang mancis
1 1/2 cawan air - untuk rebus daging
Minyak untuk menggoreng nasi

Caranya:-
1. Masukkan air dan daging yang telah dibersihkan di dalam kuali untuk menggoreng nasi. Rebus/masak hingga daging empuk dan air dalam kuali hampir2 kering.
2. Bila air telah kering, terus masukkan minyak dalam kuali yang berisi daging tadi dan goreng sekejap daging.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih dan kacau hingga bawang layu. Masukkan udang. Ni Cik Na tambah.
4. Masukkan kiub pati ayam, lada hitam, lada sulah, lobak merah dan oregano. Kacau.
5. Masukkan nasi putih dan kacau rata sekejap sebelum masukkan garam secukup rasa.
6. Kemudian tolak nasi ketepi kuali sikit dan pecahkan telur di dalam kuali. Gaul rata dengan nasi.
7. Kacau balik nasi hingga nampak berasap. Masukkan cili hijau. Kacau rata sebentar dan tutup api. Hidangkan.

Saturday 30 January 2016

Ikan Sambal Berlado

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
1 ekor ikan merah/tenggiri atau lain2 (Cik Na guna ikan cencaru)
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
15 tangkai cili kering - dikisar
2 inci belacan - dikisar
200 ml air asam jawa
2 biji bawang besar - dihiris
1 biji tomato - potong baji (x letak)
2 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Caranya:-
1. Ikan digaul dengan garam dan kunyit, kemudian goreng garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, sos tiram dan garam secukup rasa.
4. Masukkan bawang hiris dan tomato.
5. Akhir sekali masukkan ikan. Balik2kan dan biarkan kuah sambal sedikit pekat.

Thursday 28 January 2016

Spaghetti Bolognese

Sumber Resepi: Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
1 botol sos spaghetti original prego
1 tin tomato puree
1 tin tomato cincang ( Cik Na guna tomato segar dicincang)
Daging cincang
Bawang putih
Bawang besar
Mushroom
Lada benggala
Carrot (Cik Na tambah)
Serbuk lada putih
Italian herbs
Garam dan gula

Caranya:-
1. Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih. Masukkan bawang besar dan sedikit cili kisar bagi memberi sedikit rasa pedas.
2. Masukkan daging cincang. Goreng sehingga daging agak masak. Cik Na tambah bebola daging yg dibuat dari daging burger.
3. Masukkan sos spaghetti, tomato puree serta tomato cincang. Masukkan sedikit air.
4. Renihkan dan masukkan sayuran. Kalau tak tumis bawang besar selepas bawang putih, boleh masukkan bawang besar ketika ini. Renihkan lagi.
5. Masukkan garam, gula, herbs dan lada putih. Sesuaikan rasa dan kepekatannya.
6. Bolehlah dihidangkan dengan menuang sos spaghetti ke atas spaghetti yang direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun.
7. Taburkan fresh parsley. Cik Na macam kak Azie jugak guna dried parsley je. Taburkan sedikit parmesan cheese.

Monday 25 January 2016

Daging Halia

Resepi: Rubiah Suparman
Sumber : Buku Lauk Pauk Malaysia, Singapura, Indonesia

Bahan:-
500 gm daging batang pinang - dipotong nipis2
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
2 inci halia muda - dihiris bulat2 dan nipis2
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar kicap pekat
Sedikit lada hitam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil minyak bijan

Caranya:-
1. Daging diperap dengan kicap cair, sos tiram, kicap pekat, lada hitam dan minyak bijan.
2. Biarkan sebentar kemudian panaskan minyak.
3. Masukkan bawang putih dan tumis hingga kuning barulah masukkan halia dan daging perap tadi.
4. Anggarkan lebih kurang 2-3 minit setelah daging masak, tutupkan api.
5. Taburkan daun bawang, gaulkan dan kemudian angkat.

Mee Hong Kong

Sumber Resepi: Facebook

Bahan:-
3 biji bawang putih - dipecahkan
1 kiub pati ayam
2 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air (untuk memekatkan kuah), kalau kurang pekat, tambah lagi sedikit demi sedikit
Sotong/udang/ayam/kupang (apa2 sahaja yang disukai atau yang ada dalam simpanan)
Sayur-sayuran (brocoli, cauliflower, sawi,carrot-dipotong kecil)
Mee kuning secukupnya
Sedikit sos tiram
Air secukupnya
2-3 biji telur

Caranya:-
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan air secukupnya.
2. Masukkan kiub pati ayam. Masukkan sos tiram dan juga sotong/udang/ayam. Masak hingga seafood masak.
3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kalau kepekatan masih belum mencapai tahap yang diingini, tambahkan lagi sedikit demi sedikit. Api jangan terlampau besar supaya kuah dapat mereneh dan menjadi pekat.
4. Perasakan kuahnya. Pecahkan telur dan gaul telur dengan kuah. Cik Na x letak telur sebab tu kuah nampak mcm mee sup je. Akhir sekali masukkan sayuran dan terus matikan api supaya sayur tetap crunchy.

Kek Pisang Kukus

Sumber Resepi: Facebook/Resepi Sheila Rusli

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
1 camt soda bikarbonat
1 camt baking powder
*ayak bersama

3 @ 4 biji pisang berangan - dilenyek
3/4 cawan minyak mazola
4 biji telur saiz A
1 cawan gula @ 3/4 cawan gula (ikut suka nak manis ke x)
1 camt esen pisang

Caranya:-
1. Blend telur.
2. Campurkan gula dan minyak.
3. Gaul sebati telur dengan minyak dan gula.
4. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan esen pisang.
5. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.

Wednesday 20 January 2016

Macaroni Lada Hitam

Sumber Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
250 gm macaroni (apa2 jenis, Cik Na guna fusilli yg berwarna warni) - rebus dan toskan
200 gm daging kisar
3 batang sosej - potong bulat kecil2
1 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1 sudu teh lada hitam yang telah ditumbuk kasar (*boleh tambah jika nak lagi pedas)
1/2 sudu teh lada sulah
1 kiub pati ayam
1/2 cawan sos prego (tradisional)
1 biji tomato - dicincang
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
7 biji cendawan butang (dibelah 4) - x letak x da stok
1/2 batang karot - potong nipis (kak ummi potong batang mancis)
1/2 biji green capsicum - didadu (x letak)
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan cili kering kisar dan tomato dadu. Kacau sebentar.
3. Masukkan daging cincang, kacau sesekali dan biarkan hingga daging masak.
4. Masukkan semua sos, lada hitam, lada sulah, sosej, kiub pati ayam dan cendawan butang. Kacau hingga cendawan 3/4 masak.
5. Masukkan karot, green capsicum dan garam.
6. Akhir sekali masukkan macaroni tadi dan gaul rata2 hingga bersalut. Angkat dan hidangkan.

Tuesday 19 January 2016

Ikan Goreng Cili Padi

Sumber Resepi: Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
4 keping ikan jenahak (Cik Na tukar ikan selar)
30 biji cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
Garam

Caranya:-
1. Ikan dilumur garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Kisar semua bahan dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan garam dan sesuaikan rasa.

Monday 18 January 2016

Sayur Campur

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
1/2 biji capsicum hijau -dipotong memanjang atau kecil (x da stok)
1/2 biji capsicum merah - dipotong memanjang atau kecil (x da stok)
300 gm bunga kobis - dipotong kecil
1 biji karot - dihiris nipis
1 paket putik jagung - dihiris nipis
5 ekor udang atau sotong
1 biji cili merah - dihiris nipis (x letak)
1 biji cili hijau - dihiris nipis
2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
4 ulas bawang merah - dihiris nipis

Caranya:-
1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum dan wangi.
2. Masukkan udang atau sotong, cili merah dan cili hijau.
3. Kacau rata hingga udang atau sotong separuh masak.
4. Masukkan sos tiram dan sedikit air.
5. Masukkan semua sayur-sayuran. Kacau rata.
6. Perasakan dengan garam. Biarkan sayur layur sebentar dan sedia untuk di angkat dan dihidangkan.

Tuesday 12 January 2016

Puding Cendol

Sumber Resepi: Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
Lapisan Bawah
300 ml santan pekat
160 gm gula pasir
500 ml air
10 gm agar-agar powder
500 gm cendol
Sedikit garam

Lapisan Atas
500 ml air
180 gm gula merah
10 gm agar-agar serbuk
1 biji kuning telur
300 ml santan
Sedikit garam

Caranya:-
Lapisan Bawah
1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula hingga mendidih.
2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan ke dalam acuan. Basahkan acuan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastik (saiz plastik lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Lapisan Atas
1. Masakkan gula merah dengan sedikit air (drp 500 ml tadi) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
2. Masukkan air gula dan baki air serta agar-agar powder. Masak hingga mendidih.
3. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan ke dalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.

Nota: Sebelum tuang adunan atas pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garfu di serata adunan.
Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Asam Pedas

Sumber Resepi: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
2 kerat ikan parang segar (Cik Na guna ikan sagai)
3/4 cawan cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
1 biji terung biru (Cik na tukar bendi)
Garam dan gula secukupnya

Bahan Tumbuk Halus:-
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
15 biji lada hitam

Caranya:-
1. Terung dibuang sedikit kulitnya, belah dua dan potong sederhana besar setiap belahan, rendam dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk hingga harum, masuk cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya, bila mendidih masukkan ikan dan terung.
3. Kacau perlahan dan masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula.  Biar mendidih hingga terung lembut sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api.

Ikan Pesmol

Resepi: Chef Wan
Sumber: Buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan

Bahan:-
1 ekor ikan siakap (Cik Na guna ikan selar)
1 batang serai, diketuk
1 inci lengkuas, kupas kulit dan diketuk
10 biji cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
500 ml santan daripada pati 1 biji kepala parut dicampur dengan 500 ml air (Cik Na guna santan kotak)
1 biji limau nipis, diambil jusnya
Gula
Garam
Lada hitam, ditumbuk
Minyak masak

Bahan Dikisar:-
5 biji cili merah
10 biji cili padi
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 inci halia

Caranya:-
1. Sapukan ikan dengan garam dan lada hitam. Gorengkan dengan minyak panas sehingga garing dan kuning keemasan. Toskan dan letakkan di atas pinggan hidang.
2. Panaskan 3 sudu makan minyak. Tumis bahan dikisar sehingga naik bau. Masukkan serai, daun limau purut dan daun salam. Masukkan santan dan renehkan hingga kuah pekat. Perisakan dengan jus limau nipis, garam dan gula.
3. Tuangkan kuah di atas ikan goreng tadi dan hidangkan segera.

Saturday 9 January 2016

Mee Siput Goreng Pedas

Sumber Resepi: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
4 keping mee siput (CMG guna mee sanggul) - celur hingga lembut, toskan
1 keping dada ayam, didadu (x letak tukar sotong)
100 gm daging batang pinang (x letak jugak)
12 ekor udang sederhana besar, kupas kulit, buang urat dan toskan
2 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
(*tumbuk lumat)
1 mangkuk tauge, buang ekor, cuci dan toskan (x letak sayur sebab malas nak pegi kedai)
1 pokok sawi hijau, asing daun dan batang, cuci, kerat2 dan toskan (pun x letak)
1 kiub ayam
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos cili
2 camca besar sos tiram
4 biji cili padi, cincang halus (optional)
Kicap cair secukupnya (Cik Na letak 2 sudu besar)
1/2 cawan air
1 biji telur, dikocok sedikit (x letak pun)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan tomato, untuk hiasan *
Hirisan timun, untuk hiasan*
(*x letak sbb x da)
Bawang goreng, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah & bawang putih yang ditumbuk lumat tadi, masukkan cili kisar dan tumis sehingga wangi. Masukkan sos tiram, sos cili dan cili padi,masukkan daging, kacau dan tuang air. Masak hingga daging empuk, masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
2. Tolak bahan tadi ke tepi kuali, masukkan telur, biar ia hanya sedikit mengeras dan kacau. Masukkan batang sawi, kuib pati ayam dan kacau rata. Tambah sedikit kicap cair dan masukkan mee tadi, gaul rata. Gunakan api sederhana.
3. Masukkan daun sawi dan taugeh, gaul rata hingga mesra dan rasa jika kurang masin, renjiskan sedikit lagi kicap cair. Masak 1-2 minit lagi. Matikan api. Hias dengan bahan untuk hiasan sebelum dihidangkan segera.

Kuih Getas

Resepi: Rubiah Suparman
Sumber: Buku Resepi Kuih-Muih Melayu
Bahan:-
2 cawan tepung pulut
1/2 biji kelapa parut
3 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Minyak
1 cawan gula
1/2 cawan air
1/2 cawan santan
Caranya:-
1. Gaul sekali tepung pulut dan tepung gandum. Ayak tepung dan kemudian gaulkan bersama dengan kelapa parut dan garam secukup rasa. Gaul rata dengan santan.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga boleh diadun menjadi doh yang lembut.
3. Bentukkan bulat atau bujur.
4. Goreng di atas api yang sederhana panas. Bila sudah kekuningan angkat dan toskan seketika.
5. Sementara itu, panaskan air kemudian tambahkan gula. Kacau hingga pekat.
6. Bila sudah pekat masukkan kuih tadi ke dalam bancuhan air gula dengan api yang sederhana. Tunggu hingga air gula menjadi kering dan gula melekat pada kuih.

Friday 8 January 2016

Nasi Goreng Kerabu

Resepi: Chef Hanieliza
Sumber : Buku 1 Hari 1 Resepi

Bahan A:-
4 cawan nasi sejuk
100 gm udang
100 gm sotong
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Ulam-ulaman) - Dihiris :-
2 batang serai
3 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
5 kacang botor (x letak sbb x da stok)
3 batang kacang panjang (Cik Na tukar kacang buncis)

Bahan C (Ditumbuk):-
12 biji cili api
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
100 gm udang kering

Caranya:-
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan sotong. Kemudian masukkan nasi. Kacau supaya rata.
3. Tutupkan api dan masukkan ulam-ulaman dan garam.

Thursday 7 January 2016

Lompap Daging

Resepi: Chef Hanieliza
Sumber: Buku 1 Hari 1 Resepi

Bahan A:-
500 gm daging
2 batang serai (diketuk)
3 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air
1 keping asam gelugur
3 sudu minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-
10 biji cili padi
3 biji cili hijau
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Caranya:-
1. Daging dipotong sederhana kecil dan dibasuh. Toskan.
2. Panaskan minyak. Tumiskan serai dan bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan kacau sebati. Masukkan air, asam gelugur dan garam.
4. Masakkan sehingga pekat dan daging lembut.
5. Masukkan cili merah dan kacau rata lagi.

Kek Pisang Sempoi

Sumber Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
150 gm pisang emas (lebih kurang 6 biji pisang emas kecil) - lecek
180 gm tepung gandum
180 gm gula perang/gula castor
3 biji telur
120 ml minyak masak
1 st ovalette
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
Secubit garam
Caranya:-
1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk.
2. Putar dengan mixer hingga sebati dan nampak putih.
3. Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak masak.
4. Bakar pada suhu 180 C selama 40-45 minit.
** Pastikan adunan memenuhu separuh loyang sahaja, kerana kek akan naik hampir sekali ganda lagi.

Wednesday 6 January 2016

Mee Hailam (Resepi III)

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
1 kg mee kuning
1/2 kg daging ayam di potong kecil
1/2 kg daging lembu batang pinang di potong kecil
10 ekor udang

Bahan Kisar:-
4 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering ~ dipotong kecil dan rendam
1 inc belacan
1 inc halia

Bahan Sos:-
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu tepung jagung di bancuh dengan setengah cawan air
1 kiub ayam atau kiub daging
garam dan gula secukup rasa

Sayur:-
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
2 biji tomato ~ belah 4

Caranya:-
1. Jika guna daging batang pinang tak payah rebus. Tapi kalau daging lain rebus dahulu hingga empuk
2. Kisar semua bahan kisar hingga halus. Pijarkan minyak dalam kuali dan tumis hingga harum.
3. Kemudian masukkan daging dan ayam. Masak hingga daging dan ayam empuk. Tambahkan air jika kuahnya kering.
4. Masukkan udang , kiub ayam atau daging, sos tiram, kicap manis dan kicap masin.
5. Masukkan tomato buah yang di belah 4 .
6. Perasakan garam dan gulanya. Kemudian masukkan sayur-sayur yang keras dahulu seperti, karot dan putik jagung. Biar kuah merenih.
7. Jika suka kuah pekat bolehlah masukkan bancuhan tepung jagung.                                                                                                        8. Mee hailam enak di makan panas-panas. Bila nak makan ambil pan kecil, masukkan kuah yang kita dah masak tadi sedikit untuk hidangan berapa orang nak makan. Panaskan. Masukkan mee kuning. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang lembut, macam sawi, kubis ,daun sup dan daun bawang. Jika sukakan telur, boleh pecahkan sebiji telur kemudian tutup pan tadi hingga telur setengah matang.
9. Boleh lah di hidangkan bersama cili jeruk, limau nipis dan taburan bawang goreng. Ini untuk di makan dalam jumlah yang ramai. Kalau nak masak sikit untuk sorang atau 2 orang makan, kecilkan jumlah bahan dan boleh di masak terus.

Masak Lemak Pisang & Cendawan

Sumber Resepi: Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
1 sisir pisang muda
1 cawan cendawan tekukur kering (atau kulat sisir)
3 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
5 ketul tulang ikan masin, rendam 25 minit
1 liter santan cair (boleh kurangkan kalau rasa banyak sangat)
300 ml pati santan
Garam dan secubit gula
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
3 biji cili merah*
10 biji cili padi* (boleh kurang atau tambah)
1/2 inci belacan*
* dikisar halus

Caranya:-
1. Pisang dikupas sedikit kulitnya, potong serong dan rendam dalam air yang dicampur dengan asam gelugor. Buat hingga siap (kalau nak tumbuk sedikit pisang tu pun ok, tapi tak payah potong kecik sangat). Cendawan terkukur direndam hingga kembang, bersihkan, tos dan perah, tumbuk sedikit dan ketepikan.
2. Dalam periuk, masukkan pisang muda tadi (toskan dulu), cendawan terkukur, serai titik, bahan kisar dan asam gelugor. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih dan sederhanakan api dan terus masak hingga pisang lembut sedikit.
3. Tambah pati santan, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula (berhati2 dalam penggunaan garam kerana dalam gulai tu dah ada ikan masin dan ikan bilis). Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga pisang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Saturday 2 January 2016

Sotong Masak Hijau Belacan

Bahan:-
Bawang putih
Bawang merah
Cili padi
Cili hijau (Cik Na tambah...resepi asal cili padi je)
Belacan
Serai
Sotong

Caranya:-
1. Kisar bawang merah, cili padi, cili hijau dan belacan.
2. Tumbuk bawang putih dan ketuk serai.
3. Tumis bawang putih dan serai. Apabila naik bau, masukkan bahan kisar tadi.
4. Tumis sampai garing. Masukkan sotong dan tunggu sehingga masak, masukkan air jika perlu.
5. Perasakan dengan garam.

Sup Ayam

Bahan:-
2 sudu rempah sup ayam
1 paket sup bunjut
2 ulas bawang putih - ditumbuk
6 ulas bawang merah - ditumbuk
1/2 inci halia - diketuk
4 biji kentang
6 cawan air
Garam secukupnya
Minyak
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan. Kemudian masukkan rempah sup ayam. Goreng seketika.
2. Masukkan air, ayam, kentang dan sup bunjut. Biarkan mendidih di atas api sederhana selama 1/2 jam atau sehingga ayam empuk sepenuhnya dan kentang menjadi empuk.
3. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
4. Hidangkan dengan daun sup dan bawang goreng.

Friday 1 January 2016

Light Cheese Cake

Sumber Resepi: Facebook

Bahan:-
125 gm cream cheese
300 ml susu segar
80 gm mentega atau marjerin
80 gm tepung gandum
80 gm gula halus
3 biji telur saiz A
Beberapa titik esen vanila/jus lemon

Caranya:-
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin, kacau sehingga cair, padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur,pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue - meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan).
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika. Ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi. Pastikan adunan tidak berketul2 menggunakan hand whisk dengan perlahan.
4. Akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanilla, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata (boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2).
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan.
Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panad ketika dibakar).
7. Hias ikut kreativiti atau dimakan begitu sahaja.

Kuih Hijau

Bahan:-
1 mangkuk telur (14-17 biji bergantung pada saiz telur)
2 mangkuk gula
1 mangkuk tepung gandum (tambah satu senduk bergantung pada kepekatan)
1 mangkuk santan pekat (2 biji kelapa mesin dengan daun pandan)
Daun pandan

Caranya:-
1. Kacau telur dengan gula sampai hancur.
2. Kemudian masukkan bahan2 lain dan blender.
3. Panaskan acuan yang telah disapu minyak terlebih dahulu.
4. Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 250 C selama 10 - 15 minit atau sehingga kuih masak dan garing (lebih cantik kalau bakar menggunakan arang).

Bahulu

Bahan:-
1 mangkuk telur
1 mangkuk gula
Esen vanilla
Esen ros
Tepung ikut lembut (lebih kurang 300 gm)

Caranya:-
1. Pukul telur dengan gula sampai kembang.
2. Masukkan esen dan tepung sikit demi sedikit ikut kelembutan.
3. Sapukan minyak dalam acuan dan panaskan dalam oven pada suhu 200 C.
4. Kemudian tuangkan adunan dan bakar selama 10-15 minit atau sehingga kuih kelihatan garing.