Sunday 17 May 2020

Sotong Goreng Tepung Cili Padi


Sumber Resepi: Yatie's Kitchen Koleksi Resepi & Tips Masakan Episod 1

Bahan:-
1/2 kg sotong (dipotong kecil)
1 kotak tepung goreng serbaguna Adabi
2 biji telur
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak sunflower
10 biji cili padi hijau dan merah
1 sudu kecil lada putih halus
5 ulas bawang putih

Caranya:-
1. Gaulkan sotong dengan tepung goreng serbaguna. Ketepikan dan perap selama setengah jam, celup telur, kemudian celup tepung - 3 kali.
2. Panaskan kuali yang berisi minyak untuk menggoreng. Masukkan sotong yang telah diperap tadi ke dalam kuali. Angkat apabila sudah garing ketepikan dan toskan minyak.
3. Masukkan marjerin bersama minyak sunflower ke dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang putih dan cili padi yang telah dipotong hingga garing. Selepas itu, tuangkan sotong yang sudah digoreng, gaul sehingga sebati. 
4. Taburkan lada putih. Tutup api dan gaul rata. 

* Jangan biarkan sotong terlalu basah sebelum dimasukkan ke dalam tepung dan jangan goreng terlalu lama takut nanti sotong akan kecut.



Asam Pedas Hijau


Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 ekor ikan besar (kerat 3) - sis guna ikan senangin 
1/4 cawan air asam jawa
3 cawan air
1/2 biji timun - belah dua dan buang bahagian tengah
2 kuntum bunga kantan - belah dua
Secekak daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar:-
8 tangkai cili padi hijau/cili thai hijau
2 tangkai cili besar hijau
1/2 labu bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2 cm kunyit hidup muda - jangan guna yang kuning tua, nanti jadi kuning pulak kuahnya

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dengan api sederhana.
2. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan biar mendidih.
3. Masukkan bungan kantan dan daun kesum. Biar sebentar.
4. Masukkan ikan dan timun, diikuti dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
5. Reneh kuah hingga semuanya cukup masak dan seimbangkan rasa. Tutup api dan hidangkan.

Saturday 16 May 2020

Cucur Udang Rangup


Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi

Bahan:-
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh instant yis
2 cawan air suam panas
1 biji telur
1 sudu teh garam halus
Sedikit serbuk kunyit
Segenggam taugeh
10 helai daun kucai dipotong memanjang
Lobak merah disagat
1 biji cili merah dihiris nipis

Caranya:-
1. Ayak tepung dan campur semua bahan dan gaul sebati. Perap 1/2 jam.
2. Panaskan senduk yang hendak digunakan. Letak adunan dalam senduk dan letak udang seekor. 
3. Agak dah tak melekat di senduk keluarkan. Goreng hingga garing. Toskan minyak.

Sos 

Bahan:-
5 batang lada merah
6-7 biji cili padi
2 biji bawang putih
1/2 cawan sos cili
4 cawan air
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Caranya:-
1. Blender semua bahan dan masak hingga mendidih.
2. Bancuh tepung jagung dengan air sedikit ikut kepekatan yang anda suka. 
3. Kacau sebati dan tutup api.

Sotong Goreng Kunyit



Sumber Resepi: Yatie's Kitchen Koleksi Resepi & Tips Masakan Episod 1

Bahan:-
1 kg sotong segar
6 ulas bawang putih
2 biji bawang holland
5 biji cili padi hijau
5 biji cili padi merah
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil perasa
1 inci halia
2 inci halia
2 tangkai daun sup (dihiris)

Caranya:-
1. Bersihkan sotong (buang tulang dan dakwat). Sotong digaul bersama serbuk kunyit dan garam. 
2. Sotong akan keluarkan air yang banyak dan kering sendiri. Untuk elak dari sotong menjadi kecut, jangan masukkan minyak.
3. Agak-agak air sotong sudah kering, masukkan 3 sudu besar minyak masak, hiris nipis bawang holland, bawang putih, halia, cili padi hijau dan merah yang diketuk.
4. Masukkan garam dan perasa.
5. Kemudian masukkan hirisan daun sup. Biarkan api besar, kacau sebati supaya sotong kekal pejal dan bulat. Tutup api.

* Jangan masak terlalu lama untuk elakkan sotong menjadi kecut dan liat.

Wednesday 13 May 2020

Kari Asam Ikan Pari


Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
2 keping ikan pari, lebih kurang 700 gm
2 biji tomato, dibelah 4 setiap biji
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
2 batang serai, dititik
1 genggam daun kesom
1 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
2 1/2 camca besar rempah kari ikan
1 liter air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup ras
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan, dibakar*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci halia*
3 biji buah keras*
15 biji lada hitam*
(* ditumbuk halus)

Caranya:-
1. Ikan pari dikerat kepada beberapa bahagian, perap dengan jus limau kasturi dan garam 10 minit, cuci bersih dan tos, ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumbuk halus dan serai. Tumis hingga harum dan masukkan cili kisar dan rempah kari (tambah sedikit air untuk mengelakkan rempah kari hangus). Terus menumis hingga harum dan terbit minyak.
3. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesom. Bila mendidih, tuang jus asam jawa, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan.
4. Akhir sekali masukkan belahan tomato dan masak 1-2 minit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Selalunya kari asam ni memang rasa masam sedikit.

Tuesday 12 May 2020

Bubur Cha Cha Melaka (Sekoteng)



Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 paket sekoteng(seperti gambar di sebelah)
Air secukupnya untuk merebus bubur
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/3 cawan gula
1 sudu besar sagu halus - dibasuh dan toskan 10 minit sebelum dimasak
Secubit garam
2 helai daun pandan - disimpul

Caranya:-
1. Masukkan air secukupnya dalam periuk dan biar mendidih. Masukkan sekoteng kering tadi dan rebus hingga lembut. Toskan.
2. Masukkan santan cair dalam periuk bersama gula. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan sekoteng tadi bersama daun pandan.
4. Kemudian masukkan sagu dan masak hingga sagu jernih.
5. Tuangkan pula pati santan, secubit garam dan kacau-kacau sebentar sehingga agak hendak mendidih saja. Tutup api sambil dikacau lagi. Sedia untuk dihidang.
** sis tambah sedikit corn cream nak bagi sedap lagi 

Monday 11 May 2020

Masak Lemak Udang Dengan Peria




Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
Udang
Peria - hiris nipis
Santan secukupnya
6 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
Garam

Caranya:-
1. Kisar cili padi dan kunyit dengan santan.
2. Masakkan bahan kisar di dalam periuk dengan api perlahan sambil dikacau.
3. Bila hampir mendidih, masukkan peria yang dihiris nipis dan diikuti dengan udang. 
4. Masukkan sedikit garam. Bila mendidih, sesuaikan rasa dan tutup api sebelum santan pecah minyak.

Agar-Agar Santan Pandan


Sumber Resepi: Instagram @resepisedap

Bahan:-
20 gm agar-agar bertali (boleh juga guna serbuk agar-agar 10gm @ 11gm)
5 cawan air
1 cawan gula (nak manis boleh tambah 1/4 cawan gula)
1 kotak santan kara (200 ml dan 1 cawan air = 2 cawan santan)
1 biji telur
3 helai daun pandan (simpulkan)
1 sudu kecil pewarna hijau epal
Sedikit esen vanilla (jika suka)
Sedikit garam
Caranya:-
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata, kemudian masukkan daun pandan serta pewarna hijau, kacau biar sekata.
2. Pecahkan telur di dalam santan, kacau sebati (gunakan whisk)
3. Tuang dalam periuk agar-agar tadi dan kacau. Masukkan sedikit esen vanilla serta sedikit garam. Kacau seketika.
4. Biarkan agar-agar ini mendidih dan membuak hingga ke permukaan periuk. Jangan usik dan tutup api. Keluarkan daun pandan.
5. Tuang terus dalam loyang bulat 10 inci atau ikut acuan masing-masing.
6. Biarkan sejuk, dengan sendirinya adunan akan terbentuk lapisan atasnya (atau selepas tuang ke dalam loyang).
7. Cuba gerak-gerakkan loyang kiri dan kanan seketika supaya agar-agar akan lebih mudah terbentuk dan lapisan akan sama besar.
8. Simpan di dalam peti sejuk, potong dan boleh hidangkan.







Sunday 10 May 2020

Nasi Goreng Tom Yam



Sumber Resepi:  1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:-
6 cawan nasi sejuk (diperoi)
100 gm udang (dibuang kulit)
100 gm sotong (dipotong kecil)
100 gm isi ayam (dihiris nipis)
100 gm lobak merah (dipotong dadu)
100 gm kubis bunga (dipotong kecil)
2 biji telur
3 tangkai daun ketumbar (diracik)
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar - Untuk Sos Tom Yam):-
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu makan udang kering

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan untuk sos tom yam sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan lobak merah. Kemudian kacau rata hingga masak.
3. Masukkan udang, sotong, kubis dan garam. Kemudian kacau rata.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata dengan semua bahan.
6. Rasakan garam dan tutupkan api.
7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali lagi.

Saturday 9 May 2020

Bubur Jagung




Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
1 tin besar "corn kernel" ditoskan (lebih sedap kalau gunakan jagung segar, tapi x da stock so guna jagung dalam tin je)
1 tin besar "corn cream style"
1 liter santan
5 camca besar biji sagu, cuci dan toskan
1 ketul kecil gula melaka*
1/3 cawan gula pasir*
(* dimasak hingga larut dan tapis)
Secubit garam

Caranya:-
1. Dalam periuk, masukkan air gula, santan, corn kernel, corn cream style dan biji sagu hingga mendidih, dan biji sagu bertukar kejernihan. Tambah air jika perlu.
2. Masukkan secubit garam. Rasa dan jika kurang manis boleh tambah sedikit gula. Jika ok, boleh diangkat dan hidangkan.

Ikan Merah Masak Lemak



Sumber Resepi: 101 Resepi Dari Azie Kitchen

Bahan A:-
1 ekor ikan merah
500 gm santan pekat, dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan santan cair
1 helai daun kunyit, dicarik
3 helai daun limau purut, dicarik
3 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Bahan B (DIkisar Halus):-
3 bji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 tangkai cili merah
10 biji cili padi

Caranya:-
1. Satukan ikan dan asam keping ke dalam periuk. Tuangkan air yang separas ikan. Biarkan sebentar. Toskan.
2. Satukan bahan B dan santan ke dalam kuali. Kacau rata.
3. Masukkan ikan, daun kunyit dan daun limau purut. Masak sehingga ikan menyerap perisa kuah.
4. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masak atas api perlahan sehingga mendidih.

Nota:-
* Boleh keluarkan ikan (jika khuatir ikan akan hancur) dan masukkan semula setelah kuahnya cantik dan sebelum tutup api.
* Setelah mendidih baru masukkan santan dan kacau rata. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa.


Friday 8 May 2020

Ayam Goreng Bercili



Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi

Bahan:-
6-7 ketul ayam digoreng dahulu
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
5 biji cili merah*
3 biji cili hijau*
10 biji cili padi (ikut pedas masing2)*
Air asam jawa
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
Bawang besar - dihiris
Cili hijau - dihiris

Caranya:-
1. Bahan yang bertanda* dikisar kasar. Tumis dalam kuali, guna minyak yang sama gorengan ayam tadi. Biar sehingga sedikit garing.
2. Masukkan air asam jawa, kicap manis dan sos tiram.
3. Perisakan dengan garam dan gula. 
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, bawang besar dan cili hijau yang dihiris. Kacau rata dan siap untuk dihidangkan.

Nasi Jagung




Sumber Resepi: C& P Kak Nor @ Secubit Garam

Bahan:-
4 cawan beras basmathi 
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan jagung - jagung dalam tin atau 2 biji jagung fresh
1 biji tomato - didadukan kecik2
5 biji bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
2 helai daun pandan
2 sudu besar minyak sapi/marjerin
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
Garam

Caranya:-
1. Basuh bersih beras dan rendam lebih kurang 1/2 jam. Toskan.
2. Panaskan minyak sapi/marjerin dalam peruk nasi dan masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumiskan sekejap dan masukkan bahan2 yang ditumbuk. Kacau hingga bangkit bau dan pecah minyak.
3. Masukkan daun pandan dan tomato. Kacau kejap dan masukkan beras.
4. Kacau lagi hingga sebati dan biarkan seketika barulah dimasukkan air dan garam.
5. Biarkan hingga mendidih barulah masukkan susu cair dan jagung. Kacau perlahan2 supaya semua sebati.
6. Alihkan periuk tadi ke dalam rice cooker dan masak hingga nasi masak.

Thursday 7 May 2020

Onde Onde Pandan



Sumber Resepi: Instagram @yatiekitchen

Bahan:-
2 cawan tepung pulut*
1 sudu besar tepung beras cap teratai (atau apa2 cap pun boleh)*
1/2 sudu besar garam*
1 sudu kecil air kapur (ambil atasnya)*
5 helai daun pandan - dikisar & diambil estraknya 1 cawan (tuang air sedikit demi sedikit sampai doh tak melekat di tangan, kalau ikut resepi ni tak perlu habiskan secawan sebab jadi lembik)*
Gula Melaka (dipotong kiub kecil)
1 cawan kelapa parut putih (dikukus sekejap dan diangkat, taburkan garam sedikit)

Caranya:-
1. Gaul semua bahan * di atas sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan.
2. Bulat-bulatkan, masukkan gula melaka di tengah2 kemudian terus masuk ke dalam periuk berisi air mendidih. Tips nak bagi bulat, masa bulat2kan, tapak tangan letak minyak sedikit, tangan jangan basah, nanti adunan melekat2 di tangan.
3. Apabila kuih timbul, tandanya dah masak, toskan masuk ke dalam mangkuk berisi air dan ais - rendam selama 5 minit dan toskan.
4. Golekkan pada kelapa parut putih


Wednesday 6 May 2020

Ketam Cili Padi Kasturi



Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
10-12 ekor ketam sederhana besar - cuci bersih dan kerat dua
3 biji limau kasturi - perah jusnya
3 batang serai - diketuk
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak

Bahan Kisar:-
14 tangkai cili padi/cili thai
2-3 tangkai cili merah
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak.
2. Masukkan serai, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebentar.
3. Masukkan ketam dan gaul rata hingga bersalut. Tutup kuali sebentar.
4. Masak ketam hingga benar masak dan bahan bersalut pekat dengan ketam.
5. Akhir sekali masukkan perahan jus limau kasturi dan kacau rata sebentar. Seimbangkan rasa dan tutup api.

Puding Cendol




Sumber Resepi: 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan:-
10 gm serbuk agar-agar (1 paket)
1 liter air (5 cawan)
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 cawan cendol
1 cawan gula merah (sis guna gula melaka)

Caranya:-
1. Masakkan serbuk agar-agar, gula dan air sehingga mendidih. 
2. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
3. Panaskan 1/3 bahagian dan masukkan gula merah.
4. Kacau rata dan biarkan mendidih. Kemudian tapiskan.
5. Masukkan ke dalam acuan atau bekas dan biarkan sehingga hampir keras.
6. Panaskan 2/3 bahagian lagi dan masukkan susu cair dan cendol.
7. Kacau rata dan tuangkan perlahan-lahan dengan sudu atas adunan gula merah dan sejukkan.






Mee Bandung



Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
100 gm udang 
100 gm daging
5 batang crab stick (tak letak sebab tak da)
2 biji telur 
1 camca besar sos cili
1 camca besar tomato puree
1 camca besar sos tomato
2 camca bear sos tiram
2 camca besar kicap cair

1 biji bawang besar -  belah 4
4 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

1 kiub pati ayam
Garam, gula dan lada sulah
1 batang lobak merah - potong kecil*
1 1/2 cawan potongan bunga kobis*
15 tangkai snow peas, dikerat dua* (tak letak sebab x da)

1 biji tomato - belah 4*(*sayur)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis


Bahan Lain:-
Mee kuning, cuci dan celur, toskan
Tauhu goreng - hiris nipis
Bawang goreng
Hirisan daun bawang/daun sup
Cili merah, dihiris+kicap cair+perahan lemon (lada kicap)

Caranya:-

Untuk Kuah:-
1. Bersihkan udang, hiris daging nipis dan kerat 2 crab stick. 
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang kisar dan cili kisar hingga wangi. 
3. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos tiram dan sos cili, kacau rata. Masukkan belahan bawang besar, masak sebentar dan tuang kicap cair. 
4. Masukkan daging (kalau guna) dan tuang sedikit air, biar daging empuk, baru dimasukkan udang dan crab stik. 
5. Tuang air dan biar mendidih, masukkan semua sayur dan juga kiub pati ayam, perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan sedikit gula (jika perlu). 
6. Akhir sekali pecahkan telur satu persatu dan perlahankan api. Biar telur masak dengan api perlahan. Bila telur masak, boleh matikan api.

Penyediaan Mee:-
1. Ambil mee yang dicelur tadi dan masukkan ke dalam mangkuk, tuang kuah dgn isi2nya serta sebiji telur tadi. 
2.  Hias dgn hirisan tauhu, bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang. Hidangkan bersama lada kicap.

Tuesday 5 May 2020

Fruit Pastry Cake



Sumber Resepi: Intagram @danishharraz #ResipiDanishHarraz


Bahan:-
226 gm tepung naik sendiri
160 gm gula kastor
150 gm salted butter, dicairkan dan biarkan sedikit sejuk
3 biji telur gred A
100 ml buttermilk atau boleh juga guna sour cream 
1 sudu teh esen vanilla
Parutan lemon zest dari 1 biji lemon (pastikan parut kulit yang kuning sahaja, nanti pahit)
500 gm buah-buah fresh yang kurang berair atau jika guna yang dalam tin keringkan sedikit buah-buah itu sebelum digunakan, dihiris dan gaul dengan 2 sudu besar gula kastor.
Homemade buttermilk: 1 sudu besar lemon jus dituang ke dalam measuring cup. Tuang fresh milk hingga bancuhan cukup 100 ml, kacau rata. Biarkan 5-10 minit sebelum digunakan.

Caranya:-
1. Preheat oven pada suhu 160 'C. Gris baking tray size 9" dengan butter dan dialas dengan parchment paper. Jika guna bekas kecil kek akan jadi tebal tak cantik.
2. Dalam bekas, masukkan tepung naik sendiri, gula, melted butter, telur, lemon zest, buttermilk dan vanilla. 
3. Kaup balik menggunakan senduk kayu sehingga semua rata dan sebati, jangan overmix, nanti kek tak moist.
4. Kemudian tuangkan ke dalam baking tray. Ratakan permukaan adunan kek.
5. Akhir sekali, ambil buah yang telah dipotong dan gaul bersama gula halus dan terus susun semua buah tadi atas adunan tapi jangan ditekan nanti senang tenggelam.
6. Masukkan ke dalam oven dan dibakar selama 40 - 50 minit, bergantung pada oven atau hingga kek masak tapi jangan terlebih bakar nanti kek akan menjadi kering.
7. Sejukkan di atas cooling rak dan sprinkle dengan gula icing sebelum dihidangkan, jika suka.












Puding Sagu Gula Melaka



Sumber Resepi: Instagram @resepisedap

Bahan:-
2 cawan sagu - direndam 1/2 jam
4 cawan air - tambah air bila perlu
2 helai daun pandan
Pewarna pilihan

Caranya:-
1. Bersihkan sagu, masak dengan air mendidih sentiasa kacau hingga sagu kembang dan jernih dan tiada sagu putih.
2. Jirus dengan air paip, buang kanji. Tambah pewarna ikut suka dan biarkan sejuk.

Bahan Kuah:-
2 tin susu cair
Daun pandan

Caranya:-
Panaskan susu cair dan daun pandan, biarkan sebentar. Tutup api.
* Info: Atau jika guna santan masukkan sedikit garam dan daun pandan. Panaskan sebentar jika suka.

Bahan Air Gula Melaka:-
1 ketul gula melakaa - potong kecil
1/4 cawan gula merah
1 cawan air - tambahkan air jika terlalu pekat
2 helai daun pandan
Secubit garam

Caranya:-
Masak sampai pekat.




Campur sagu, air gula melaka, susu cair dan sejukkan sebelum dimakan.



Monday 4 May 2020

Asam Pedas Ayam



Sumber Resepi: Instagram @ rozisangdewi

Bahan:-
Ayam 
Bawang besar }
Bawang putih } dikisar
Cili kisar
Air asam jawa
Air
Bunga kantan 
Daun kesum
Garam
Kiub ayam
Tomato

Caranya:-
1. Tumiskan bawang besar dan sedikit bawang putih yang dikisar dan juga cili kisar (ikut kepedasan yang kita nak).
2. Masak sehingga naik minyak dan masukkan air asam jawa.
3. Masukkan pula ayam dan air. Biar kuah mennggelegak.
4. Masukan bunga kantan dan daun kesum.
5. Masukkan garam dan sedikit kuib ayam atau boleh diganti dengan gula.
6. Akhir sekali masukkan tomato. Jika mahu boleh masukkan sayur seperti lobak merah atau kacang bendi.

Pau Sambal




Sumber Resepi: C&P Yatie @ Yatiememories

Bahan:-
3 cawan tepung gandum
3 camca besar gula halus
4 camca besar susu tepung
3 camca besar lemak sayur (shortening)
1/2 camca teh garam halus
2 1/2 camca teh instant yis (mauripan)
250 ml air suam

Bahan Inti:- 
Sambal ikan bilis secukupnya
Hirisan timun

Caranya:-
1. Bancuh instant yis bersama 50 ml air suam dan 1 camca teh gula halus (dari resepi yang sama). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih2. Sementara itu masukkan tepung, baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
2. Tuang bancuhan yis dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan, tak perlu habiskan air jika doh telah ok.
3. Kemudian bahagi kepada bebola sama besar (sis timbang 20-21gm sebiji), bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan dan biar leper sedikit. Perap 30-45 minit atau hingga kembang.
4. Goreng dalam minyak sederhaha panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal, letak sekeping hirisan timun.