Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan
Bahan:-
100 gm udang
100 gm daging
5 batang crab stick (tak letak sebab tak da)
2 biji telur
1 camca besar sos cili
1 camca besar tomato puree
1 camca besar sos tomato
2 camca bear sos tiram
2 camca besar kicap cair
1 biji bawang besar - belah 4
4 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1 kiub pati ayam
Garam, gula dan lada sulah
1 batang lobak merah - potong kecil*
1 1/2 cawan potongan bunga kobis*
15 tangkai snow peas, dikerat dua* (tak letak sebab x da)
1 biji tomato - belah 4*(*sayur)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan Lain:-
Mee kuning, cuci dan celur, toskan
Tauhu goreng - hiris nipis
Bawang goreng
Hirisan daun bawang/daun sup
Cili merah, dihiris+kicap cair+perahan lemon (lada kicap)
100 gm daging
5 batang crab stick (tak letak sebab tak da)
2 biji telur
1 camca besar sos cili
1 camca besar tomato puree
1 camca besar sos tomato
2 camca bear sos tiram
2 camca besar kicap cair
1 biji bawang besar - belah 4
4 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1 kiub pati ayam
Garam, gula dan lada sulah
1 batang lobak merah - potong kecil*
1 1/2 cawan potongan bunga kobis*
15 tangkai snow peas, dikerat dua* (tak letak sebab x da)
1 biji tomato - belah 4*(*sayur)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan Lain:-
Mee kuning, cuci dan celur, toskan
Tauhu goreng - hiris nipis
Bawang goreng
Hirisan daun bawang/daun sup
Cili merah, dihiris+kicap cair+perahan lemon (lada kicap)
Caranya:-
Untuk Kuah:-
1. Bersihkan udang, hiris daging
nipis dan kerat 2 crab stick.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang
kisar dan cili kisar hingga wangi.
3. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos
tiram dan sos cili, kacau rata. Masukkan belahan bawang besar, masak
sebentar dan tuang kicap cair.
4. Masukkan daging (kalau guna) dan tuang sedikit
air, biar daging empuk, baru dimasukkan udang dan crab stik.
5. Tuang air dan
biar mendidih, masukkan semua sayur dan juga kiub pati ayam, perasakan
dengan garam, serbuk lada sulah dan sedikit gula (jika perlu).
6. Akhir
sekali pecahkan telur satu persatu dan perlahankan api. Biar telur masak
dengan api perlahan. Bila telur masak, boleh matikan api.
Penyediaan Mee:-
1. Ambil mee yang dicelur tadi dan
masukkan ke dalam mangkuk, tuang kuah dgn isi2nya serta sebiji telur tadi.
2. Hias dgn hirisan tauhu, bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang.
Hidangkan bersama lada kicap.
No comments:
Post a Comment