Monday 11 May 2020

Agar-Agar Santan Pandan


Sumber Resepi: Instagram @resepisedap

Bahan:-
20 gm agar-agar bertali (boleh juga guna serbuk agar-agar 10gm @ 11gm)
5 cawan air
1 cawan gula (nak manis boleh tambah 1/4 cawan gula)
1 kotak santan kara (200 ml dan 1 cawan air = 2 cawan santan)
1 biji telur
3 helai daun pandan (simpulkan)
1 sudu kecil pewarna hijau epal
Sedikit esen vanilla (jika suka)
Sedikit garam
Caranya:-
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata, kemudian masukkan daun pandan serta pewarna hijau, kacau biar sekata.
2. Pecahkan telur di dalam santan, kacau sebati (gunakan whisk)
3. Tuang dalam periuk agar-agar tadi dan kacau. Masukkan sedikit esen vanilla serta sedikit garam. Kacau seketika.
4. Biarkan agar-agar ini mendidih dan membuak hingga ke permukaan periuk. Jangan usik dan tutup api. Keluarkan daun pandan.
5. Tuang terus dalam loyang bulat 10 inci atau ikut acuan masing-masing.
6. Biarkan sejuk, dengan sendirinya adunan akan terbentuk lapisan atasnya (atau selepas tuang ke dalam loyang).
7. Cuba gerak-gerakkan loyang kiri dan kanan seketika supaya agar-agar akan lebih mudah terbentuk dan lapisan akan sama besar.
8. Simpan di dalam peti sejuk, potong dan boleh hidangkan.







No comments:

Post a Comment