Saturday 31 October 2015

Lontong

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan Kisar:-
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 camca besar udang kering, rendam lembut dan toskan

8 tangkai kacang panjang-potong 1 inci
2 keping tauhu-dipotong dadu dan digoreng
2 keping tempe-dipotong dadu dan digoreng
1 keping fucuk atau tauhu kering-potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana-dipotong mancis
1 biji sengkuang saiz kecil-dipotong mancis
1/4 kobis-dihiris kecil
Sedikit soon-direndam

Air secukupnya (Cik Na letak 600ml)
200ml santan pekat
2 batang serai-dititik
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Dimakan Bersama:-
Nasi himpit
Telur rebus
Sambal tumis
Sambal kacang jika suka
Serunding

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar dan serai hingga harum dan terbit minyak.
2. Masukkan air dan biarkan kuah mendidih.
3. Bila kuah mendidih masukkan dahulu sayur yang keras seperti kacang panjang, lobak, sengkuang, fucuk dan masak hingga lembut.
4. Masukkan tauhu dan tempe. Biarkan mereneh sebentar.
5. Masukkan santan, garam dan gula secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan soon dan kobis.
7. Didihkan sekali lagi dan terus matikan api.

Sausage Bread Pudding

Sumber Resepi: Facebook
Panaskan oven.  Gris muffin tray dengan mentega/marjerin. Untuk adunan ini boleh menghasilkan 12 ketul (menggunakan tray muffin). Jika tiada muffin tray boleh gunakan bekas aluminium foil yang dibentuk untuk pie.
Bahan:-
4 keping roti dadu kasar
7 batang sausage ayam di hiris bulat Sedikit carrot(tambhkan broccoli mushroom,cauliflower jika suka)
Sebiji bawang besar dadu
Mixed herb,  garam dan blackpepper secukup rasa
*Ketepikan sedikit bawang besar untuk tumisan.
Campurkan
2 biji telur
1 cawan susu segar
**Campurkan kesemua bahan
Caranya:-
1. Masukkan bawang yang diketepikan tadi ke dalam muffin tray yang telah dipanaskan.
2. Masukkan semua bahan yang disatukan.
3. Taburkan cheese pilihan. Boleh gunakan cheedar tapi lebih sedap kalau ada cheese mozarella.
4. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 20 minit atau lebih bergantung pada oven masing2.

Ikan Berlada (Resepi III)

Resepi: Chef Hanieliza
Sumber: Buku 1 Hari 1 Resepi
Bahan A:-
2 ekor ikan selar (Cik Na guna ikan kembong)
1 labu bawang besar (dipotong gelang)
5 biji limau kasturi (diambil airnya)
Garam secukup rasa
2 sudu teh serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Bahan B  (Dikisar):-
6 biji cili merah
5 biji cili api
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Caranya:-
1. Bersihkan ikan. Kemudian lumurkan garam dan serbuk kunyit.
2. Gorengkan ikan sehingga garing. Angjat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
4. Masukkan garam dan bawang besar. Kacau rata.
5. Tutup api dan tuangkan air limau kasturi. Kemudian kacau lagi.
6. Angkat dan tuangkan di atas ikan.

Thursday 29 October 2015

Kubis Ungu Berdaging

Sumber Resepi: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
300gm daging lembu batang pinang (Cik Na guna daging biasa je)
5 kelopak besar kubis cina (Cik Na tukar kubis ungu)
1 biji red capsicum
1 biji green capsicum
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 inci halia, dititik
4 ulas bawang putih, diketuk
2 camca besar sos tiram
2-3 camca besar kicap cair
1 cawan air
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang sebagai hiasan (x letak pun)

Caranya:-
1. Kubis cina diasingkan daun dan bahagian yang keras, kerat2 bahagian daun dan batangnya dan letak dalam bekas berasingan, cuci dan toskan. (Kubis ungu potong mcm biasa je). Daging dihiris nipis, cuci dan toskan. Red/green capsicum dibelah 4 dan potong serong setiap belahan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi. Masukkan sos tiram, kicap cair dan daging. Kacau rata dan tuang air. Kecilkan api dan masak hingga daging lembut.
3. Masukkan bahagian keras kubis cina dan masak hingga 1/2 lembut. Masukkan pula bahagian lembut. Kalau guna kubis ungu masukkan semua diikuti capsicum, besarkan api dan kacau rata. Bila nampak layu sedikit padamkan api. Rasa dan jika perlu tambah garam. Hias dengan hirisan daun bawang dan hidangakan.

Sunday 25 October 2015

Cek Mek Molek Ungu

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis
Bahan:-
2 cawan keledek yang telah direbus dan dilenyek halus
Secubit garam
Gula pasir secukupnya
Minyak untuk menggoreng

 
Caranya:-
1. Bila dah kupas kulit keledek, barulah dilenyek-lenyekkan. Letakkan juga secubit garam supaya terasa lemak manisnya. Lenyek hingga lumat. Keledek ni bila dah dilenyek anggaran sukatannya adalah 2 cawan.
2. Keledek tadi kita campurkan pula dengan sedikit tepung gandum. Jangan banyak sangat tepung nanti liat. Letak anggaran 2 sudu besar. Sebenarnya semuanya bergantung pada keledek. Jika keledek itu lembik sangat lebihkan sikit tepung biar ia boleh dibentuk. Gaulkan dengan tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan mudah dikepal.








3. Ambil doh dan bulat-bulatkan sebesar bola ping pong. Anggaran berat setiap bulatan doh adalah 25gm. Untuk adunan ni kak ita dapat anggaran 20 biji tapi cik na dapat 12 biji je mungkin beza saiz cawan sukatan jadi jumlah doh pun berbeza.







4. Kemudian leperkan. Letakkan 1 sudu gula di tengahnya (Cik Na letak setengah sudu kecil je). Kemudian tutup semula dan bentukkan membujur. Bentuk sampai habis.
5. Bila dah siap semua bolehlah menggoreng. Untuk menggoreng, panaskan dahulu minyak dengan kepanasan yang sederhana sahaja. Bila minyak dah panas bolehlah menggoreng hingga warnanya kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Bolehlah dihidangkan.

Saturday 24 October 2015

Donat (Resepi II)

Sumber Resepi: Facebook (Che Eda @ daridapuraida blogspot.com)
Bahan:-
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
**campurkan bahan ni dan biarkan kembang
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
**ramaskan bahan2 ni hingga jadi macam serbuk roti. 
Caranya:-
1. Campurkan bahan2 yang diramas dengan  yis tadi dah gaul rata.
2. Biarkan selama 1 jam.  Pastikan bekas ditutup.
3. Adunan memang lembik tapi jangan tambah tepung.
4. Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin.
5. Kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.
6. Biarkan selama 30 minit. Selepas itu boleh digoreng.

Thursday 15 October 2015

Sotong Tumis Bercili

Resepi: Azza Elite
Sumber: Koleksi Resepi Artis2 Popular 2

Bahan:-
300gm sotong sederhana
4 biji cili merah
4 biji cili api
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar (dihiris bulat-x letak pun)
Sedikit garam dan air asam jawa

Caranya:-
1. Bersihkan sotong. Ikut resepi asal jangan buang kulit sotong atau dipotong. Biarkan sotong itu seekor seekor. Tapi Cik Na x suka sotong ada kulit.
2. Kisarkan cili merah, cili api, bawang putih dan bawang merah.
3. Tumis bahan kisar. Bila kuning masukkan sotong. Biarkan masak seketika.
4. Masukkan garam dan sedikit air asam. Sebelum menutup api masukkan bawang besar yg dipotong bulat dan cili sebagai hiasan.

Wednesday 14 October 2015

Muffin Strawberry Bercoklat

Sumber Resepi: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
120gm mentega
140gm gula perang (brown sugar)
20gm gula halus (gula kastor)
2 biji telur gred A
300gm tepung gandum*
1 camca besar serbuk penaik* (disatukan dan diayak)
120ml susu segar
10-12 biji strawberry segar-belah 4 setiap biji
100gm coklat chip

Caranya:-
1. Pukul butter hingga putih, masukkan gula dan terus memukul. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang.
2. Masukkan tepung berselang dengan susu hingga habis. Akhir sekali gaulkan potongan strawberry dan coklat chip hingga mesra.
3. Isi ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 20-25 minit.

Kari Asam Pedas

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis
Bahan:-
Seekor ikan  sederhana besar (boleh guna ikan patin, ikan tenggiri, ikan merah, ikan pari dan lain2..Cik Na guna ikan senangin)
1 biji bawang besar-dimayang
3 biji bawang putih-diketuk
2 inci halia-diketuk
1/2 ibu jari belacan
1 batang serai-diketuk
1/2 inci lengkuas-dihiris nipis
1 sudu besar halba campur
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
2 pelepah daun kari
3 tangkai daun kesum
 

Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bawang, halia, serai, lengkuas, belacan dan halba campur hingga naik minyak. Masukkan daun kari dan kacau.
2. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kacau rata.
3. Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih masukkan ikan.
4. Bila ikan agak masak, masukkan air asam jawa dan daun kesum.
5. Perasakan dengan garam dan gula.

Leek Goreng

Sumber Resepi: Carian Mr Google

Bahan:-
200 gram daging lembut
4 batang leek
1/2 batang lobak merah kalau suka
4 ulas bawang putih tumbuk kasar
2 sudu besar sos tiram
1/2 biji capsicum merah potong ikut suka (x letak x da stock kat rumah)
Sedikit minyak zaiton untuk menumis(kalau tak ada minyak sayur pun ok )
1/2 cawan air kalau nak berkuah

Caranya:-
1. Panaskan minyak zaiton dalam kuali.
2. Tumis bawang putih hingga bertukar jadi golden brown. 
3. Masukkan daging,  gaul rata dalam 2 minit,  kemudian air dan sos tiram. 
4. Bila dah mendidih masukkan leek,  capsicum dan lobak merah. 
5. Kacau rata,agak-agak leek dah layu sedikit,  tutup api,  angkat dan hidangkan.

Cucur Jagung Pedas

Sumber Resepi: Majalah Saji Februari 2005

Bahan:-
2 tongkol jagung
50gm daun bawang
100gm udang kering
250gm tepung gandum
75gm tepung naik sendiri
1 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar
500ml air
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Caranya:-
1. Jagung dihiris dari tongkolnya. Daun bawang dipotong halus. Bawang besar dimayang halus (Cik Na potong dadu bawang tu).
2. Udang kering ditumbuk sederhana lumat. Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk.
3. Tambahkan tepung gandum, tepung naik sendiri, cili kering kisar, air dan garam. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
4. Panaskan minyak dan ambil sesudu bancuhan lalu digoreng dalam minyak yang panas.
5. Biarkan sehingga kuning keemasan dan angkat.

Tuesday 13 October 2015

Daging Goreng Siam

Sumber Resepi: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan
Bahan:-
2 keping daging steak dipotong memanjang* 1 camca teh serbuk lada hitam*(diperap 15 minit)
10 kuntum cendawan shitake segar dihiris halus (x letak sbb x da)
2 batang saleri dipotong serong
1 batang leek dipotong bulat
1 biji bawang besar dipotong berbaji
1 inci halia hiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
10 biji cili padi diketuk
1 batang serai diketuk
2 helai daun limau purut
Bahan Sos:-
3 camca besar sos ikan
1 camca besar sos tiram
2 camca besar madu
3 camca besar jus limau kasturi/lemon
Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali (lebih kurang 2 camca besar). Tumis bawang putih dan halia, masukkan daging dan goreng hingga lembut. Masukkan serai dan terus menggoreng hingga daging sedikit garing diikuti cendawan shitake, masak hingga cendawan lembut. Tambah sedikit air jika perlu.
2. Masukkan bahan2 sos kecuali jus limau. Kacau rata dan masukkan semua jenis sayur. Masak hingga sayur lembut sedikit.




3. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan jus limau. Biar masak 1 - 2 minit. Rasa garamnya. Perlu ada masin, manis, masam dan pedas.

Monday 12 October 2015

Apam Pisang Coklat

Sumber Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A (Diayak):-
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Sedikit garam

Bahan B:-
1 cawan pisang emas/berangan-dilecek
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula perang
2 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)

Caranya:-
1. Masukkan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
2. Masukkan pula bahan B dan gaul sebati.
3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil/loyang. (Letak 3/4 penuh paper cup tu, so dia naik cantik bila kukus)
4. Kukus selama 30 minit/hingga masak. (Kak Ummi bakar pada suhu selama 180C selama 13 minit, Cik Na buat dua2 cara tapi kukus lebih cantik)

Saturday 10 October 2015

Nasi Goreng Kobis Ungu

Sumber Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
3 mangkuk nasi putih
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - cincang
200 gm isi ayam - potong kecil2
1 sudu besar lada hitam yang telah dikisar
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 biji kobis ungu - dihiris halus
1/2 biji capsicum kuning - didadu (x letak sbb x da)
1 tin cendawan butang - dibelah 4 (pun x letak)
3 sudu besar kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan lada hitam kisar dan serbuk lada sulah. Kacau.
3. Masukkan isi ayam, cendawan dan kicap  cair. Kacau.
4. Masukkan lada benggala dan nasi putih. Kacau rata.
5. Masukkan garam secukup rasa. Kacau semua biar sebati.
6. Bila nasi nampak berasap, masukkan pula kobis ungu. Kacau sekejap, jangan sayur terlalu layu. Tutup api.

Ikan Berlada (Resepi II)

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis
Resepi: Chef Ismail @ Sajian Tradisional Negeri Sembilan
Bahan:-
Ikan (apa2 jenis pun boleh, Cik Na guna ikan senangin)
200gm cili merah
100gm cili padi
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai - dititik
2 keping asam keping
1 cawan minyak masak
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Caranya:-
1. Ikan digaul garam dan kunyiy kemudian digoreng garing.
2. Kisarkan cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bersama serai yang dititik, hingga garing.
4. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam.
5. Masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau hingga bersalut rata.

Friday 9 October 2015

Asam Pedas Berangin

Sumber Resepi: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
3 keping ikan (boleh guna apa2 ikan yang disukai)
1 biji nenas yg masak ranum (x letak)
2 kuntum bunga kantan
1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air, ramas dan tapis jusnya
3/4 cawan cili kisar
Garam secukupnya

Bahan-bahan ditumbuk halus:-
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit hidup
1 cm belacan
1/2 camca teh lada hitam biji
1 camca teh garam kasar

Caranya:-
1. Cuci ikan dgn asam limau, bilas dan toskan. Kupas nenas, belah empat, buang empulur dan potong menyerong kasar2. Ketepikan.
2. Dalam periuk, tuang 5 camca besar minyak masak. Tumis bahan tumbuk dan juga cili kisar hingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan nenas dan kacau goreng 1-2 minit.
3. Kemudian tuang 700 ml air, bila mendidih masukkan ikan dan bunga kantan, diikuti jus asam jawa. Perisakan dengan garam dan biarkan mendidih perlahan. Rasa kuahnya, jika perlu tambah sedikit lagi garam.

Monday 5 October 2015

Ikan Goreng Berserai

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
3 keping ikan senangin (Kak Ita guna ikan tenggiri)
Cuci bersih, gaulkan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya.

2 batang serai - dititik
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
2 sudu besar asam jawa - diramas dengan sedikit air
1 kiub ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:
3 cm halia
10 tangkai cili padi (Cik Na campur lada hijau)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai - ambil bahagian bawah sahaja
Kesemua bahan di atas dikisar dengan sedikit air

Caranya:-
1. Ambil 2 sudu besar minyak daripada baki menggoreng ikan tadi.
2. Tumiskan bahan2 yang dikisar hingga harum.
3. Kemudian masukkan serai yang telah dititik.
4. Tambahkan air asam jawa secukupnya, biar hingga kuah merenih.
5. Masukkan lada hitam dan kiub ikan bilis. Biar didih dan perasakan dengan garam.
6. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Masak selama 20 minit agar ikan meresap kuah dan kuah kering sedikit.

Sunday 4 October 2015

Karipap Rapuh Inti Sardin

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis


Bahan Untuk Pastri Rapuh:-
400 gm tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk (letak kiub ais)
Garam
Caranya:-
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk.
2. Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan ia akan menjadi berketul2 halus seperti serbuk roti.
3. Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
4. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak2 kelembutan doh tu.
5. Setelah menjadi doh dan permukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam.
6. Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk dicanai nanti.


Inti Sardin:-
Bahan:-
1 tin sardin sederhana 
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 biji ubi kentang dipotong dadu
3 sudu besar cili kering kisar 
2 sudu besar serbuk kari
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
Minyak untuk menumis
Caranya:-
1. Asingkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi ikannya. Asingkan juga sos atau kuah sardin supaya inti tidak begitu berminyak.
2. Panaskan minyak kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu tadi. 
3. Bila sudah naik bau masukkan bahan kisar tadi. Kacau perlahan sehingga naik bau, masukkan garam.
4. Masukkan pula kentang yang telah ditoskan airnya terlebih dahulu.
5. Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk. Tutup kuali supaya wap air dapat lembutkan kentang dengan cepat.
6. Masukkan isi sardin. Biarkan sehingga inti kentang empuk dan airnya juga sudah kering


Keluarkan doh dari peti ais, bahagikan doh pada bahagian kecil. Ikutlah nak buat karipap bentuk apa.

Canai doh nipis. Kalau guna mesin canai set no 3. Kemudian terap doh bentuk bulat. Dengan menggunakan tapak tangan isikan inti sardin tadi. Kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis.
 

Panaskan minyak, pastikan minyak betul2 panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Untuk frozenkan karipap:
1. Goreng karipap tapi sekejap.
2. Angkat dan sejukkan, kemudian frozenkan.
3. Cara ini untuk matikan minyak dalam karipap.
4. Karipap akan tahan lama dan apabila digoreng semula akan kekal rangup.

Saturday 3 October 2015

Nasi Lemak Pandan

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis
Bahan:-
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 20 minit, toskan (Cik Na guna berasa biasa)
4 cawan santan (1 biji kelapa parut)
1 cawan air utk dikisar bersama 10 helai daun pandan (kisar halus dan tapiskan) - Cik Na guna pandan paste je x da daun pandan
2 batang serai - dititik
1 helai daun pandan - disimpul
1 inci halia - dititik
3 ulas bawang putih - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
Rempah tumis (4 sekawan) - x letak
1 sudu kecil serbuk lada hitam - pun x letak
Sedikit garam
Bahan2 untuk dimakan bersama:-
Sambal sotong
Ikan bilis goreng
Hirisan timun - x da timun x letak pun
Telur dadar
Atau apa2 lauk yg disukai
Caranya:-
1. Masukkan beras yang telah dibasuh dan toskan dalam rice cooker. Masukkan simpulan daun pandan, serai dan halia.
2. Kemudian tuangkan air kisaran daun pandan tadi dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis dan bahan yang dihiris tadi hingga harum.
4. Tuang santan. Masukkan serbuk lada hitam dan secubit garam. Kacau hingga didih.
5. Matikan api dan tuang santan tadi ke dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi.
6. Masak seperti biasa, bila nasi masak kacau dan ratakan nasi. Jangan terlebih kacau nanti nasi patah 2.
7. Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan dan lauk kegemaran.