Tuesday 28 February 2017

Sotong Berserai

Sumber Resepi: Majalah Jelita

Bahan:-
5 camca besar minyak bijan (Cik Na guna minyak masak biasa je)
10 biji cili padi
4 biji cili merah (ni agak2 sbb dlm resepi asal x tulis pun dkt bahan tp dkt cara ada bahan ni)
3 biji bawang merah, ditumbuk
3 batang serai, dikisar
5 ekor sotong
Sedikit garam
Sedikit gula batu (x letak)
2 helai daun limau purut, dihiris

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis cili padi dan bawang merah sehingga wangi.
2. Masukkan serai bersama cili merah dan sotong, kacau sehingga sotong masak .
3. Bubuh sedikit garam dan gula batu secukup rasa.
4. Hidang sotong bersama hirisan daun limau purut.

Monday 27 February 2017

Gulai Lemak Ikan Masin Dengan Nenas

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
10 biji cili padi
2 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 batang serai - ketuk
1/2 biji nenas - potong kecil (Cik Na celur dulu nenas ni)
Santan secukupnya
Ikan masin

Caranya:-
1. Kisar cili padi, bawang merah dan kunyit hidup.
2. Tuangkan ke dalam periuk dan dimasak dengan ikan kering dan serai sebentar sehingga menggelegak.
3. Masukkan santan dan nenas ke dalamnya. Kacau rata sehingga kuah mendidih.
4. Boleh lah diangkat dan dihidangkan. X perlu letak garam dan asam keping kerana ikan masin dan nenas pun sudah masam.

Sunday 26 February 2017

Moist Marble Cupcakes

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
1 1/2 cawan all purpose flour
1/2 sk baking powder
1/4 sk baking soda
1/4 sk salt
3/4 cawan butter/margerine (170 gm)
1 1/4 cawan gula kaster (1 cawan sudah memadai)
2 biji telur gred A
1 sk vanilla extract
1/2 cawan sour cream atau plain yogurt
1/4 cawan unsweetened cocoa powder

Caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 170°C. Di dalam mangkuk satukan tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam.
2. Di dalam bekas lain, putar butter dan gula dengan kelajuan perlahan sehingga sebati dan tingkatkan kelajuan sehingga ringan dan gebu dalam 5 minit.
3. Kurangkan kelajuan kepada perlahan,masukkan telur satu persatu sambil terus diputar. Masukkan vanilla.
4. Akhir sekali, masukkan tepung secafa berselang seli dengan sour cream/yogurt dimulai dan diakhiri dengan tepung. Putar sebati.
5. Ambil setengah dari adunan dan dimasukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan adunan ke dalam loyang sevata berselang seli. Akhir sekali dengan menggunakan pisau, dilorek adunan untuk membentuk corak marble.
6. Bakar selama 45 minit - 1 jam atau sehingga masak. Biarkan sejuk di dalam loyang selama 10 minit sebelum disejukkan sepenuhnya atas redai.
7. Untuk cupcake, dibakar dalam 20 minit atau sehingga masak.

Wednesday 22 February 2017

Rich And Moist Chocolate Banana Bread

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
100 gm butter bergaram
120 gm gula kastor
1 biji telur
5 biji pisang
1/2 sudu teh serbuk vanilla
150 gm tepung / 1 cawan
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan sour cream
1 cawan coklat cip
Sedikit badam cincang ** boleh guna walnut atau lain2

Caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 170°C bergantung pada kepanasan oven ** Cik Na guna suhu 150°C. Sediakan loyang roti ukuran 9×5 inc, oleskan dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan kertas kek.
2. Lenyek pisang hingga lumat. Ketepikan.
3. Ayakkan tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. Ketepikan.
4. Dalam bekas pemutar, putar butter dan gula hingga berkrim.
5. Tambahkan telur dan putar lagi.
6. Tambahkan serbuk vanilla, pisang dan sour cream. Terus putar hingga sebati.
7. Tambahkan campuran tepung, soda dan koko yang telah diayak dan gaul secara kaup balik dengan spatula hingga rata.
8. Tambahkan 1/2 cawan coklat cip dan gaul rata.
9. Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan.
10. Taburkan baki coklat cip di atasnya dan juga sedikit badam cincang.
11. Bakar dengan api bawah selama 1 jam.
12. Setelah kek masak, biarkan sejuk atas redai sebelum dipotong.
13. Kek akan naik dalam oven dan turun sedikit setelah sejuk.

Saturday 18 February 2017

Kek Pisang Bercoklat

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
250 gm mentega/marjerin
3/4 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A (Cik Na mcm kak Ummi guna gred B je)
1 cawan pisang yg dilecek (Kak Ummi & Cik Na lebihkan 1 1/4 cawan)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
150 gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang

Caranya:-
1. Panaskan oven 180°C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yang telah dilecek dan gaul sebati. Gunakan hanya 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanilla dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dengan kaedah kaup balik.
7. Masukkan coklat yang telah diparut dan gaul tapi jangan terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
8. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
(* Kek pisang ni lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lagi cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup.)

Nasi Goreng Cina

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
1 mangkuk besar nasi putih
1 mangkuk isi ayam - potong dadu
1 mangkuk sayur campur/kacang panjang
4 - 5 biji telur
Segenggam bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
Serbuk lada sulah
Garam

Caranya:-
1. Buat telur scramble dulu dengan memukul beberapa biji telur dengan menggunakan garfu, tambah garam dan sedikit air.
2. Panaskan kuali dan tuang telur. Biarkan telur hampir "set" dan dikacau dengan cara menolak dari tepi ke tengah kuali dan seterusnya kacau.
3. Tutup api sambil dikacau sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk, masukkan isi ayam dan tumis sehingga ayam masak.
5. Kemudian masukkan nasi dan kacau dengan menggunakan api yang just sebelum dimasukkan garam dan serbuk lada sulah. Kacau lagi.
6. Masukkan sayur campur/kacang panjang, kacau dan akhir sekali masukkan telur scramble tadi dan terus dikacau atas api kuat beberapa minit sebelum diangkat dan hidangkan.

Nota :
Jika menggunakan udang, masukkan udang selepas nasi bagi mengelakkan udang menjadi keras.

Nasi Goreng Cili Kering

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
10 tangkai cili kering - kalau suka pedas boleh tambah
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
Secekut ikan bilis - direndam
** Semua bahan di atas dikisar halus

2 sudu makan minyak untuk menumis
Ikan bilis goreng
2 mangkuk nasi
1 biji telur
Secubit garam, gula dan serbuk perasa

Caranya:-
1. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing.
2. Kemudian pecahkan telur dan kacau rata.
3. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Setelah rata dan masak tutup api.
6. Akhir sekali masukkan ikan bilis.

Tuesday 14 February 2017

Sardin Bercili

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 tin sardin (besar) - dibuang sosnya
2 biji cili merah - dikisar
4 - 5 biji cili padi merah - dikisar
2 biji buah keras - dikisar
3 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 cm lengkuas - dikisar
1 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor
1 biji tomato - dibelah 4
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk tumis
Sedikit air (optional)

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana, tumis kesemua bahan kisar dan cincang hingga naik minyak. Masukkan juga serai.
2. Masukkan asam gelugor dan sedikit air jika terlalu kering.
3. Masukkan sardin dan gaul sebati dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masak hingga agak pekat dan masukkan tomato.
5. Tutup dan hidangkan.

Monday 6 February 2017

Udang Berlada

Sumber Resepi: Rubiah Suparman @ Buku Lain Pauk Malaysia, Singapura, Indonesia

Bahan:-
1 kg udang (resepi asal guna udang galah)
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 keping asam keping
2 helai daun limau purut
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:-
1. Udang dibersihkan dan dilumur garam dan kunyit. Udang digoreng dan diketepikan.
2. Cili merah, bawang putih dan bawang besar ditumbuk kasar lalu ditumis sehingga garing.
3. Masukkan asam keping, gula, garam dan daun limau purut.
4. Akhir sekali, masukkan udang dan gaul rata.

Asam Pedas Sotong

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
6 ekor sotong - sederhana besar, berdikari dan potong ikut suka
3 sudu besar cili kering kisar
2 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah*
1 biji buah pelaga *
(* dikisar)
Beberapa tangkai daun kesum
1 tangkai bunga kantan
2 biji tomato - dibelah 4
2 keping asam gelugor
Sedikit gula
Garam secukup rasa
2 cawan air/secukupnya
Minyak untuk menumis

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan kisar dengan api sederhana. Masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air secukupnya (tak perlu banyak, sebab sotong akan mengeluarkan air juga nanti).
3. Masukkan asam gelugor, bunga kantan dan daun kesum. Biarkan kuah mendidih.
4. Masukkan sotong dan perlahankan api.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan kuah mereneh sekejap hingga naik kemerah-merahan.
6. Kemudian masukkan tomato dan terus tutup api agar tomato tidak layu sangat.

Sunday 5 February 2017

Sukun Goreng Rangup

Sumber Resepi: C&P myda_ahmad @ Semanis Epal Hijau

Bahan:-
Buah sukun
2 sb tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sb tepung jagung
1 biji telur
Pewarna kuning @ serbuk kunyit
Garam dan air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Caranya:-
1. Buangkan kulit buah sukun dan potong ikut citarasa, basuh dan toskan.
2. Satukan semua bahan kecuali minyak, kacau sebati.
3.  Celupkan potongan sukun dan goreng hingga garing.

Saturday 4 February 2017

Moist Banana Bread

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
3 atau 4 pisang ranum , dilecek
1/3 cup mentega cair
1 cawan gula (boleh kurang kpd 3/4 cawan)
1 biji telur, dipukul
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
Secubit garam
1 1/2 cawan tepung serbaguna

Caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 350°F (175°C)
2. Dengan menggunakan senduk kayu, campurkan mentega dengan pisang yg dilecek dalam mangkuk besar.
3. Masukkan gula, telur dan vanilla.
4. Taburkan baking powder dan garam di atas adunan dan gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan tepung, gaul sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam 4×8 loyang roti yang telah disapu mentega.
7. Bakar selama 1 jam. Sejukkan di atas rak. Keluarkan dr loyang dan potong.