Tuesday, 7 June 2016

Biskut Semperit

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
Manik gula sebagai hiasan

Caranya:-
1. Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga sebati.
3. Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna.
4. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak sedikit2 dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
5. Panaskan oven pada suhu 170 C.
6. Sediakan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter.
7. Masukkan doh ke dalam acuan semperit dan tekan atas loyang.
8. Buat dalam 2.5 cm panjang. Hiaskan dengan manik gula.
9. Bakar dalam oven dengan suhu 170 C selama 15 minit.
10. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment