Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis
KEK SPAN HAZELNUT
Bahan:-
3 biji telur
60 gm gula halus
1/4 sudu teh esen vanilla
3 biji telur putih
1/4 sudu teh tartar
30 gm gula halus
30 gm tepung cake
75 gm hazelnut ground
30 gm butter
Caranya:-
1. Butter dicairkan.
2. Putar kuning telur, gula (60 gm) dan esen vanilla hingga kembang.
2. Putar kuning telur, gula (60 gm) dan esen vanilla hingga kembang.
3. Dalam bekas lain, putar putih telur bersama tartar hingga berbuih.
4. Masukkan gula (30 gm) perlahan2 dan putar lagi hingga kembang dan kaku.
5. Campurkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna.
6. Masukkan tepung dan hazelnut ground. Kaup balik rata.
7. Akhir sekali tuangkan butter yang telah dicairkan
8. Sediakan loyang 8 inci dan lapik kertas pembakar dan oleskan minyak.
9. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang.
10. Bakar pada suhu 170 C selama 25 minit (oven perlu dipanaskan 15 minit awal).
11. Bila dah masak angkat dan sejukkan atas redai.
12. Bila dah sejuk, potong kepada 2 kepingan.
KRIM KASTARD
Bahan:-
250 ml susu segar
50 gm gula halus
40 gm tepung jagung
4 biji kuning telur
40 gm gula
Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
Caranya:-
1. Satukan kuning telur, tepung jagung, esen vanilla, secubit garam dan 40 gm gula halus hingga berkrim.
2. Susu dan 50 gm gula dimasak hingga mendidih.
3. Bila dah didih, tuangkan adunan kuning telur dan putar hingga sebati.
4. Masak sebentar atas dapur dengan api perlahan sambil sentiasa dikacau hingga sedikit pekat.
5. Jangan guna api besar, nanti bergentel. Jika bergentel masukkan semula dalam mesin pemutar dan putar hingga lembut.
6. Bila dah siap kena cepat2 sapu atas kek tadi, jika lambat kastard akan mula mengeras dan sukar nak layer pada kek nanti.
7. Letakkan lapisan kek dan sapukan kastard. Lapik dengan satu lapisan lagi dan sapukan kastard pada keseluruhan kek.
8. Sejukkan dalam peti ais sebentar. Sementara itu sediakan croqan.
CROQAN
Bahan:-
100 gm badam cincang
100 gm gula halus
20 gm butter
Caranya:-
1. Masukkan badam cincang dan gula dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel.
2. Kacau hingga karamel bersalut pada keseluruhan badam dan nampak kuning keemasan.
3. Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata hingga berderai. Sejukkan.
GANACHE COKLAT
Bahan:-
150 gm krim tenusu ~ dairy whipping cream
15 gm sirap glukos
250 gm coklat masakan gelap
10 gm butter
10 keping coklat daim ~ dicincang
Croqan
Caranya:-
1. Didihkan krim dan sirap glukos.
2. Tuangkan dalam bekas berisi coklat gelap. Kacau rata hingga coklat larut.
3. Tambahkan butter. Kacau hingga adunan licin dan berkilat.
4. Akhir sekali masukkan croqan dan gaul rata (ambil sedikit croqan larikan untuk tabur atas kek kemudian)
Salutkan kek dengan ganache coklat tadi dan taburkan coklat daim yang telah dicincang di atasnya.
Ambil sedikit baki croqan dan taburkan atas kek.
Sejukkan. Potong dan sedia dinikmati.
Sejukkan. Potong dan sedia dinikmati.
No comments:
Post a Comment