Sumber Resepi: Azie @ Azie Kitchen
Bahan:-
210 gm self raising flour
200 gm gula kaster
250 gm butter
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Caranya:-
1. Ayak tepung dan ketepikan. Putar mentega dan gula sehingga gebu dan kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul rata. Masukkan esen vanilla dan pukul rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 9 inci yang telah dilapik dan dilenser.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Nota: Jika guna tepung gandum, tambahkan 1 sudu kecil baking powder.
No comments:
Post a Comment