Tuesday 24 February 2015

Kek Coklat

Resepi: Facebook/Kongsi Resepi

Bahan:-
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp vanille essence
Secubit garam
2 cawan gula
3 biji telur
1 1/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air panas

Caranya:-
1. Bahan (1) : Ayak tepung, soda bicarbonat, serbuk koko dan garam.
2. Bahan (2): Pukul gula, telur, susu, minyak dan vanilla essence.
3. Campur bahan (1) dan (2) dan kacau rata.
4. Akhir sekali tambah air panas sambil adunan dikacau.
5. Masuk adunan ke dalam loyang.
6. Bakar dalam oven pada suhu 180'c selama 45-50 minit.

**kalau nak tambah hazelnut atau badam kisar masukkan dalam adunan sebelum masukkan air panas. Terpulang kalau nak ubah suai ikut selera masing2.

Monday 23 February 2015

Mihun Goreng Cili Padi (Resepi II)

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
1 paket mihun - direndam lembut dan toskan
8 tangkai cili padi * (jenis thailand punya)
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering* (dikisar kasar - guna blender kering or kalau rajin tumbuk, Cik Na kisar sekali dgn bahan2 kisar yg bertanda*)
1/2 biji kobis - dipotong2 (Cik Na ganti daun kucai)
1/2 batang lobak merah - diparut memanjang (x letak)
Bebola daging kisar/daging - dipotong kecil (nak cepat Cik Na ganti ayam)
1 sudu teh lada sulah
4 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun bawang - dihiris halus untuk hiasan
Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk/kisar hingga naik bau.
2. Masukkan bebola daging/daging dan masak hingga lembut.
3. Masukkan kicap cair, sos cili, sos tiram, garam dan air secukupnya (untuk melembutkan mihun nanti)
4. Bila mendidih, masukkan sayur kobis dan mihun. Gaul rata2.
5. Masak mihun hingga benar2 lembut, masukkan lada sulah dan gaul rata lagi  (boleh tambah air jika perlu untuk lembutkan mihun)
6. Bila telah masak, hidangkan dengan cili padi potong dengan kicap (jika nak lebih pedas masa makan) dan tabur dengan daun bawang.

Sunday 22 February 2015

Jemput Udang

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1/2 kilo tepung gandum
100 gm taugeh
50 gm daun kucai
10 ekor udang (kalau besar potong kecil)
1 labu bawang besar - dadu
1 biji telur
1 cawan air panas didih
2 cawan air sejuk biasa
2 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
Sedikit serbuk kunyit

Caranya:-
1. Campur tepung, garam, baking powder dan kacau rata.
2. Masukkan air panas. Kacau2 rata. Masukkan air sejuk dan telor.
3. Masukkan semua sayuran dan bawang. Kacau sebati.
4. Panaskan minyak dan jemput dengan tangan atau sudukan adunan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan (untuk gorengan cantik dan sedap, gunakan minyak yang banyak/"deep frying")
5. Makan dengan sos cili.

Udang Goreng Tepung & Sos Cili Tomyam

Resepi: Majalah Saji Jun 2013

Bahan:-
500 gm udang - buang kulit dan kepala
120 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil yis
1 1/2 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
220 ml air
Garam secukup rasa

Bahan Sos:
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu sos BBQ
1 1/2 sudu pes tomyam
3 sudu jus limau nipis
3 sudu kicap cair
1 sudu air masak

Caranya:-
1. Untuk udang, campur semua bahan kecuali udang. Biarkan 15 minit hingga adunan sedikit mengembang.
2. Celup udang dalam bancuhan tersebut dan goreng dalam minyak panas yang banyak. Goreng hingga udang garing kekuningan.
3. Untuk sos cili tomyam, campur rata semua bahan2 sos.
4. Susunkan udang atas pinggan dan hidangkan bersama sos cili tomyam.

Laksa Johor


Resepi: Facebook/Resepi Sheila Rusli

Bahan:-
Laksa/Spaghetti
1 kilo ikan kembung/parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan (dicampur dengan sedikit santan cair)

Bahan2 yang perlu dikisar halus (A):
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 inci lengkuas

Bahan2 yang perlu dikisar (B):
3 batang serai serai
300 gm udang kering

Bahan yang perlu dibakar dan dikisar (C):
150 gm ikan kurau kering (Cik Na campur dgn ikan talang masin)

Kerisik
Santan kelapa
Garam

Caranya:-
1. Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
2. Tumis hingga garing. Masukkan bahan kisar B dan C. Masuk isi ikan. Gaul sebati dan masukkan santan. Bila kuah mendidih, masukkan kerisik.
3. Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati. (Kalau kuah disimpan semalaman rasanya lagi sedap)

Untuk Ulam:-
Taugeh
Daun kesum & daun selasih (Cik Na guna daun kesum je)
Lobak asin (x da)
Sambal belacan (Cik Na buat sambal jantan je..cili hidup dgn garam je)
Timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus (bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi


Saturday 21 February 2015

Puding Kastard Jagung

Resepi : Sumber Facebook

Bahan:
1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastard

Caranya:-
1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil hinggalah masak (kental & berkilat).
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk barulah dipotong

Lempeng Pisang

Resepi: Facebook

Bahan:-

1-2 cawan tepung gandum
Gula (ikut selera anda, jika mahu manis letakkan banyak)
Sedikit garam
Sedikit kelapa parut
Sedikit minyak/butter
7 - 8 biji pisang emas atau pisang lain
Air (untuk adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik)

Caranya:-
1. Lenyekkan pisang.
2. Setelah pisang dilenyek, masukkan tepung gandum, gula, garam dan kelapa parut.
3. Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit dan cuba pastikan adunan tidak menjadi terlalu cair.
4. Letakkan sedikit minyak dan letakkan adunan tadi.
5. Bila lempeng sudah masak. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Tuesday 17 February 2015

Nasi Goreng Thai

Resepi: Mesra.net
Dirujuk & Diolah: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 3/4 mangkuk nasi sejuk (lebih bagus kalau guna lebihan buat nasi ayam)
2 biji telur
2 sudu teh sayur campur/lobak yang dihiris halus memanjang (Cik Na guna lobak je)
2 sudu teh cili boh (lebihkan jika nak pedas)
2 sudu teh pes tom yam (lebihkan jika mahu berperisa)
3 tangkai cili padi - dihiris halus
1 helai daun limau purut - dihiris halus2
3 sudu teh kicap manis
1 sudu teh serai yang dihiris halus
1 sudu teh lengkuas yang dicincang halus
3 - 4 ekor udang besar - dicelur dulu
Hirisan isi ayam yang telah direbus atau digoreng terlebih dahulu
Kepingan limau nipis, bawang goreng dan hirisan daun sup untuk hiasan ( Cik Na x letak pun)
Minyak untuk menumis

Caranya:-
1. Pijarkan sesudu makan minyak di dalam kuali dengan api sederhana, pecahkan telur dan gorenglah seperti scrambled egg hingga masak.
2. Masukkan sayur campur/lobak, udang, daun limau purut, lengkuas dan serai, kacau rata sekejap.
3. Masukkan cili boh, pes tomyam, cili padi dan kicap manis.
4. Masukkan nasi dan gorenglah hingga sebati sampai naik bau harumnya dan nasi nampak berasap (tanda dah masak elok)
5. Hidang dengan bahan hiasan.

Cadangan Hidangan: Taburkan hirisan ayam, daun sup dan bawang goreng di atas nasi bersama kepingan limau nipis. Perahkan limau semasa nak makan.

Sunday 15 February 2015

Ayam & Basil Goreng Pedas

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
500 gm ayam - potong kecil
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 cawan daun basil @ daun selasih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu kecil belacan
1 sudu kecil garam/secukupnya
1 senduk minyak masak

Caranya:-
1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak goreng ayam hingga kekuningan.
2. Masukkan cili dan belacan, masak sampai hampir kering.
3. Masukkan bawang putih, sos ikan dan daun basil.
4. Masukkan garam dan masak sampai kering dan naik minyak.

Tuesday 10 February 2015

Sambal Tumis Pekat Sotong

Resepi:  Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
7 ekor sotong sederhana besar - potong bulat
3 sudu besar cili kisar
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu kecil serbuk kari daging
1/4 cawan gula melaka
2 sudu besar air asam jawa pekat
4 sudu besar gula pasir/secukup rasa (Cik Na x letak)
Garam secukup rasa
Sedikit air
1 labu bawang besar - potong bulat

Caranya:-
1. Sotong dibersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng sebentar, angkat dan toskan.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar dan masukkan serbuk kari.
3. Perlahankan api dan masak hingga naik minyak.
4. Masukkan air, gula, air asam jawa dan garam. Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering.
5. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi.
6. Masukkan juga bawang yang dipotong bulat. Balik2kan hingga rata dan tutup api.

Thursday 5 February 2015

Kueteow Udang Pedas

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Cik Na kurangkan bahan ikut byk mana kueteow yg Cik Na guna...dalam 1 paket je..
Bahan:-
3 paket kueteow - cuci sekejap dan toskan
8 sudu besar cili kering kisar
6 tangkai cili padi*
8 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
3 sudu besar udang kering-rendam air panas sekejap*
(Bahan* ditumbuk)
15 - 20 ekor udang sederhana besar
2 biji telur
6 sudu besar kicap pekat ABC
3 sudu besar kicap pekat manis cap Kipas Udang
3 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Secekak daun kucai - kerat2 2 inci
1 mangkuk taugeh/ikut suka
2 tangkai cili hijau - potong serong
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Limau nipis - potong dan perahkan jusnya ketika hidang

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk beserta cili kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan kesemua jenis sos dan kacau sebentar.
3. Masukkan udang, kacau separuh masak. Diikuti dengan telur dan biarkan sekejap.
4. Masukkan garam dan rasa ikut kesesuaian tekak.
5. Masukkan kueteow dan kacau rata perlahan2 agar kueteow tidak terlalu hancur.
6. Masukkan pula sayur taugeh, kucai dan cili hijau. Kacau balik perlahan2 rata2.
7. Tutup api dan hidangkan dengan perahan limau nipis.

Wednesday 4 February 2015

Ayam Goreng Ala Thai

Resepi: Majalah Rasa Ogos 2006

Bahan:-
800 gm ayam - dipotong kecil
10 gm bawang putih}
80 gm bawang besar}
2 biji cili padi }
10 gm halia } dihiris
80 gm lads benggala merah dan hijau
1 batang serai - dititik
4 helai daun limau
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan kicap ikan
2 sudu makan kicap cair
1 biji air limau nipis
1 sudu makan pes tomyam
Garam secukup rasa
Sedikit daun ketumbar
50 ml minyak masak

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan bahan2 lain dan kacau hingga masak.
4. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Tuesday 3 February 2015

Sotong Lemak Cili Padi

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
8 ekor sotong sederhana besar - cuci bersih, belah 2 dan kelar2
2 cawan santan pekat
6 - 8 biji cili padi - tumbuk
2 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
1 - 2 batang serai - ketuk
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit - simpul/belah 2
1 biji tomato - belah 4
Garam

Caranya:-
1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk, tuangkan 1 cawan dulu, masak sekejap dan masukkan serai dan serbuk kunyit.
2. Bila mendidih masukkan daun kunyit dan sotong.
3. Kacau sebentar dan masukkan sebahagian santan lagi serta garam.
4. Bila kuah mendidih, masukkan tomato, tutup api dan angkat.
5. Kacau dulu sebentar agar kuah tidak berkepala.