Saturday 21 February 2015

Lempeng Pisang

Resepi: Facebook

Bahan:-

1-2 cawan tepung gandum
Gula (ikut selera anda, jika mahu manis letakkan banyak)
Sedikit garam
Sedikit kelapa parut
Sedikit minyak/butter
7 - 8 biji pisang emas atau pisang lain
Air (untuk adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik)

Caranya:-
1. Lenyekkan pisang.
2. Setelah pisang dilenyek, masukkan tepung gandum, gula, garam dan kelapa parut.
3. Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit dan cuba pastikan adunan tidak menjadi terlalu cair.
4. Letakkan sedikit minyak dan letakkan adunan tadi.
5. Bila lempeng sudah masak. Angkat dan sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment