Tuesday 30 December 2014

Apam Mekar

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (menghasilkan 25 biji bergantung kepada acuan)
250 gm gula (Cik Na ikut kak Ummi guna gula kastor)
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s/k ovallate
Pewarna merah dan hijau (Cik Na tukar biru dan ungu)
Acuan kertas secukupnya

Caranya:-
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan pewarna merah dan hijau dalam mangkuk yang berasingan.
7. Masukkan adunan dalam plastik piping bag setiap warna yang berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna yang berlainan.
9. Letakkan acuan kertas dalam acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

Nota: jika tidak mahu warna-warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain (warna asal).. dan masukkan dua2 dalam paper cup dan kukus seperti biasa dengan api besar.

Sotong Goreng Tomyam

Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:
500 gm sotong
3 helai daun limau purut (dikoyak)
3 biji cili merah
3 tangkai serai (diketuk)
1 labu bawang besar (dimayang)
3 sudu makan jus limau nipis ataupun limau kesturi
5 tangkai daun ketumbar (Cik Na x letak)
2 biji tomato (dipotong 4)
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Ditumbuk):
8 biji cili api
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sotong kemudian gaul rata. Gunakan api yang perlahan.
3. Masukkan daun limau purut, serai dan bawang besar. Tutup api.
4. Masukkan tomato, jus limau, cili merah dan garam. Kemudian kacau rata.
5. Angkat dan taburkan dengan daun ketumbar yang dipotong.

Monday 22 December 2014

Ikan Goreng Berserai

Resepi : Majalah Saji Julai 2005

Bahan:-
3 ekor ikan kembung/selar
2 batang serai (kisar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
9 tangkai cili padi
1 cm kunyit hidup
2 sudu besar minyak
1 sudu besar asam jawa
Garam dan lada sulah secukupnya

Caranya:-
1. Bersihkan ikan dan gaulkan dengan kunyit dan garam. (Cik Na goreng ikan ni)
2. Kemudian, kisarkan bawang merah, bawang putih, cili padi, halia dan kunyit hidup hingga hancur.
3. Panaskan kuali, tumiskan bahan kisar tadi.  Kemudian masukkan ikan. Tuangkan air asam jawa. (Cik Na masukkan air asam jawa dan masukkan ikan)
4. Kacau rata dan biarkan selama 20 minit sehingga ikan masak.

Thursday 18 December 2014

Baby Siew Pak Choy Bersos Tiram

Bahan:-

Baby siew pak choy
8 ulas bawang putih (hiris)
1 sudu besar kicap manis
1 1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung (campur dengan setengah cawan air)

Caranya:-
1. Tumis bawang putih hingga kuning. Matikan api. Tuangkan sos tiram dan kicap. Nyalakan semula api. Tumis sebentar.
2. Tuangkan campuran air tepung jagung. Kacau hingga kuah menjadi pekat.
3. Tuangkan ke atas sayuran pilihan anda. Sayur boleh dikukus ataupun direbus.
4. Jika anda inginkan kuah yang lebih dan cair, kurangkan tepung jagung dan lebihkan air.

Tuesday 16 December 2014

Cek Mek Molek

Resepi : Buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan

Bahan:-
300 gm ubi keledek , rebus hingga masak dan kupas kulit
50 gm tepung gandum, ayak
Secubit garam
50 gm gula
Gula aising untuk hiasan

Caranya:-
1. Rebuskan ubi keledek hingga masak empuk, buang airnya dan biarkan sejuk sebentar. Kupas kulitnya dan lenyekkan hancur, buang semua urat2 keledek yang ada.
2. Ayak tepung bersama garam atas keledek lenyek tadi. Gaulkan sebati menjadi doh, tambahkan sedikit air jika adunan kering. Uli hingga lembut.
3. Cubitkan agak2 dalam 5 cm (2 inci) adunan keledek tadi dan tekan di tengahnya. Masukkan 1/2 sudu teh gula, tutupkan dengan menggentelnya menjadi bentuk bola ragbi, berbujur di hujungnya. Buat sampai habis.
4. Gorengkan kuih keledek tersebut sedikit2 dahulu hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
5. Taburkan gula aising pada keseluruhan kuih keledek.

Masala Ayam

Resepi : Majalah Wanita Disember 2001

Bahan:-
1.6 kg ayam - dipotong kecil
1/2 cawan minyak
350 ml air
150 ml susu cair

Bahan A:
3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 tangkai daun kari

Bahan B:
120 gm bawang merah
20 gm bawang putih
2 batang serai
2 1/2 cm halia

Bahan C:
4 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar garam masala
1/3 sudu besar serbuk cili
6 sudu besar air

Perasa:
2 1/2 sudu teh serbuk ayam Maggi
1 sudu teh garam
2 sudu teh kicap cair

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A hingga harum. Kemudian masukkan bahan B dan tumiskan hingga harum.
2. Masukkan pes kari dan tumiskan selama 4 minit. Tambahkan 100 ml air dan masukkan ayam.
3. Tambahkan air yang selebihnya dan didihkan selama 10 minit.
4. Masukkan bahan perasa dan susu cair. Apabila kuahnya menjadi pekat, padamkan api.

Monday 15 December 2014

Nasi Jintan Putih

Resepi: Majalah Wanita Disember 2001

Bahan :-
900 gm beras basmathi
100 ml susu cair Ideal
2 sudu minyak sapi
4 sudu makan minyak
Air secukupnya

Bahan A:
3 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
3 helai daun pandan
Sedikit jintan putih

Bahan B:
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar air

Perasa:
2 kiub ayam Maggi
1 sudu teh garam

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan A dan B hingga harum.
2. Masukkan susu, air dan perasa.
3. Masukkan beras dan tutupkan periuk. Biarkan hingga masak.

Sunday 14 December 2014

Kek Marble

Resepi: Sumber Facebook

Bahan:-
125 gm butter (resepi asal guna unsalted butter)
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 tsp esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
3/4 cawan (185 ml) susu segar panas
2 tbsp serbuk koko

Caranya:-
1. Pukul butter dengan gula dengan perlahan sehingga sekata.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul biar sekata.
4. Masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder. Kacau hingga sebati dengan menggunakan plastik spatula.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan koko.
6. Selang-selikan adunan ke dalam bekas pembakar.
7. Bakar dengan suhu 160 C.

Pasta Spiral Goreng

Resepi: Sumber Facebook

Bahan:-
250 gm/setengah paket spiral sapghetti (nak pasta lain pun boleh, elbow ke, shell ke)
Seafood - udang, sotong
Minced chicken/beef
Lada kering
Sebiji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sos tiram
Sawi
Carrot - dipotong panjang
2 biji telur
Garam

Caranya:-
1. Dalam air mendidih masukkan pasta tadi. Bila masak toskan airnya.
2. Lada kering diblend bersama bawang besar dan bawang putih.
3. Panaskan minyak, masukkan bahan2 yang diblend tadi. Tumis lada sampai betul2 masak. Masukkan sos tiram dalam 3/4 sudu. Tambah garam.
4. Masukkan minced chicken/beef tumis sampai masak baru masukkan udang dan sotong. Agak2 udang dah bengkok2 masukkan carrot dan tumis lagi. Masukkan pula spaghetti. Gaul sampai rata dan rasa garamnya.
5. Masukkan pula sawi gaul lagi sampai semua bahan2 agak kering.

Saturday 13 December 2014

Kacang Panjang Goreng

Bahan:-

1/2 kg ikat kacang panjang
2 biji cili merah
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis (ditumbuk kasar)
Sedikit cili padi
Garam
Sedikit belacan

Caranya:-
1. Kacang panjang dipotong lebih kurang 3 inci dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 yang dikisar seperti cili padi, bawang merah, bawang putih, cili merah, belacan bersama ikan bilis dan garam.
3. Kemudian masukkan kacang panjang dan gaulkan hingga rata.

Monday 8 December 2014

Creamy Mushroom Soup With Shell Pasta

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
200 gm isi ayam - potong kecil
1 labu bawang besar - mayang nipis (Cik Na potong dadu)
2 sudu besar butter
2 cawan cendawan butang - kerat 4
3 sudu besar tepung jagung
2 kiub pati ayam
1 sudu besar sos Worcestershire
1 sudu kecil serbuk lada hitam (**boleh tambah)
1/2 sudu kecil serbuk parsley
4 cawan air
1 cawan sour cream
Daun sup - potong halus (Cik Na x da ni)
Sedikit parutan cheese
Sedikit garam

Caranya:-
1. Panaskan butter, tumis bawang besar hingga layu dan masukkan ayam.
2. Kacau dan masukkan cendawan. Masak sebentar.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung bersama air. Kacau rata.
4. Masukkan semua bahan2 lain dan masak hingga mendidih.
5. Jika kuah terlalu pekat, boleh ditambah air panas. Seimbangkan rasa.
6. Angkat dan parutkan cheese. Hidangkan bersama shell pasta dan ditabur sedikit daun sup.

Tom Yam Udang & Sotong

Bahan:-
Sotong (potong bulat2)
Udang (dibuang kulit)
1 batang lobak merah
1 labu bawang besar (dibelah 6)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili api (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
2 kiub tom yam/ 1 paket pes tom yam
2 helai daun purut (dikoyak)
Air
Garam
Bunga kubis
Putik jagung
Tomato (dipotong 4)
Air perahan limau nipis

Caranya:-
1. Tumis bawang putih bersama serai sehingga naik bau.
2. Masukkan sotong serta udang dan goreng layu.
3. Masukkan air dan kiub tom yam.
4. Apabila menggelegak masukkan lobak merah,cili api, bawang besar, bunga kubis, putik jagung dan daun limau purut.
5. Masukkan tomato dan biarkan mendidih sekejap sahaja.
6. Masukkan air limau nipis dan garam.

Thursday 4 December 2014

Mihun Goreng Cili Api

Resepi: 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A :-
1 bungkus mihun (direndam dan toskan)
200 gm sotong (dihiris nipis)
100 gm udang (dibuang kulit)
200 gm sawi (dipotong pendek)
200 gm kobis (diracik)
1 batang lobak merah (dihiris halus) -Cik Na x letak
3 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis) - pun x letak
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-
20 biji cili api
3 biji cili merah
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu makan udang kering

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan sotong dan udang. Kacau rata.
3. Apabila masak, masukkan garam dan air. Kemudian kacau rata.
4. Masukkan kubis, lobak merah, sawi dan mihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Gaul rata sehingga mihun lembut dan rasakan masinnya.
6. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah sebagai hiasan.

Wednesday 3 December 2014

Sotong & Udang Goreng Paprik

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
10 ekor udang (Cik Na kupas kulit)
3 ekor sotong dipotong bulat
4 batang kacang panjang - dipotong sepanjang 1 inci
Bunga kobis
1 batang carrot - hiris bulat berbunga
1 labu bawang besar - dipotong memanjang
3 ulas bawang putih - dihiris
2 biji lada merah (Cik Na guna sebiji lada merah sebiji lada hijau) - dihiris
10 biji cili padi - diketuk
3 cm halia - dihiris halus
3 batang serai - dihiris nipis dan menyerong
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak
3 helai daun limau purut

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Apabila sudah naik bau, masukkan lada merah, cili padi dan serai.
3. Masukkan sos-sos.
4. Masukkan sotong dan udang. Gaulkan rata dan biarkan separuh masak.
5. Masukkan sayuran dan daun limau purut bersama garam. Kacau rata.

Tuesday 2 December 2014

Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

2 ekor ikan bawal (Cik Na guna 4 keping ikan tenggiri)
1/4 cawan tepung serbaguna (Cik Na pun mcm Kak Ummi guna tepung jagung + sedikit lada sulah + sedikit serbuk cili kering + sedikit garam)
2 helai daun limau purut - hiris halus dan digoreng garing, toskan
Minyak

Caranya:-
1. Bersihkan ikan dan keringkan. Salut dengan tepung (kering) dan goreng hingga keemasan.
2. Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut ke atasnya. Taburkan daun limau purut yang dah digoreng atas ikan.

Untuk Sos:-
5 ulas bawang putih - dicincang
3 ulas bawang merah - dicincang
5 biji cili padi hijau - dicincang
5 biji cili padi merah - dicincang
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam (Kak Ummi guna air biasa dengan 1/2 kiub stok ayam *Cik Na pun)
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Minyak

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili hingga wangi.
2. Masukkan kesemua bahan2 kecuali bancuhan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
4. Tuangkan atas ikan dan tabur dengan daun limau purut yang dah digoreng.

Monday 1 December 2014

Sambal Wangi Udang

Resepi: 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:
500 gm udang
3 tangkai daun kari
1 labu bawang besar (dihiris)
5 biji limau kasturi (diambil jusnya)
3 sudu minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari.
2. Masukkan bahan yang dikisar, kemudian masakkan sehingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan udang, bawang besar dan garam. Kemudian kacau rata.
4. Apabila bawang sudah layu, tutupkan api dan tuangkan jus limau kasturi. Kacau rata.

Jemput-jemput Pisang

Bahan:-

7 - 8 biji pisang
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula

Caranya:-

Kupas pisang dan lenyek halus. Masukkan tepung dan gula. Bancuh sebati dan goreng.