Sunday 28 February 2016

Apam Salju

Sumber Resepi: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang (brown sugar)
3/4 cawan gula pasir (guna semua gula pasir pun ok, tapi manis pandai2 adjust ye kata CMG)
2 1/2 cawan air
2 camca teh instant yeast (mauripan)
Kelapa parut + secubit garam, gaul rata

Caranya:-
1. Kisar nasi tadi bersama air, tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan gula perang dan gula pasir. Kisar sampai sebati.
2. Dalam satu bekas, campur tepung beras, tepung gandum dan instant yeast. Gaul rata dan tuang no 1 ke dalam no 2 dan gaul rata hingga sebati. Tutup bekas dan perap 3 jam.
3. Panaskan kukusan, balut penutup kukua dengan kitchen towel bersih. Sapu acuan apam dengan sedikit minyak masak. Sudukan adunan apam tadi 3/4 atau hampir penuh. Kukus 15 minit.
4. Keluarkan apam dari acuan dan hidangkan dengan parutan kelapa.

Lemak Cili Padi Rebung & Udang

Sumber Resepi: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
400 gm udang saiz besar, dibersihkan (Cik Na guna udang saiz sederhana je)
700 gm rebung jeruk, cuci dan toskan
5 batang serai, dititik
3 keping asam gelugor
300 ml pati santan
700 ml santan cair
Garam secukup rasa
3/4 cawan cili padi kampung (cili yang warna hijau)*
1 inci kunyit hidup tua*
1/2 camca teh garam kasar*
(*ditumbuk hingga halus)

Caranya:-
1. Dalam periuk, satukan rebung, bahan2 tumbuk halus, serai titik, udang dan asam gelugor. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak atas api hingga mendidih, kecilkan api.
2. Kemudian tuang pati santan, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih. Tambah garam dan rasa jika ok boleh matikan api.

Singgang Berempah

Sumber Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
4 - 5 keping ikan merah (atau apa2 ikan)
2 biji tomato - belah 4 setiap satu
2 batang serai - dititik
1/2 cawan air asam jawa
1 ketul ikub ikan bilis (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Tumbuk:-
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam biji
8 biji cili padi
1 camca teh ketumbar
1/2 camca teh jintan manis

Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk hingga harum, masukkan serai dan tuang air (ikut keperluan).
2. Masukkan kiub ikan bilis dan jus asam jawa. Biarkan mendidih, masukkan ikan yang telah dibersihkan dan tambah garam secukup rasa.
3. Biarkan mendidih atas api sederhana sehingga ikan masak.
4. Akhir sekali masukkan belahan tomato. Sesuaikan rasa dan tutup api.

Wednesday 24 February 2016

Donat Kentang (Resepi II)

Sumber Resepi: Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
4 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan susu suam
1 biji telur
1 sudu besar yeast (bancuh dengan sedikit air suam)
3 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin/butter
1 cawan kentang rebus dan lenyek halua
1/2 sudu kecil garam

Caranya:-
1. Tepung gandum digaul dengan butter dan kentang lenyek sehingga rata dan tuang yeast yang dibancuh dengan sedikit air suam.
2. Telur dipukul sedikit dan dicampur dengan susu yang dibancuh bersama gula (tuang susu sikit2 biar doh tak lembik sangat)#(Cik Na guna kurang dari 1 cawan lebih kurang 3/4 cawan je)
3. Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh.
4. Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda.
5. Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin.
6. Bentukkan doh anda mengikut citarasa masing2. Biarkan naik.
7. Panaskan minyak dan goreng dengan menggunakan api perlahan.
8. Angkat dan toskan. Gaul dengan gula halus atau salut coklat dan dihias.

Ikan Bersos Thai

Sumber Resepi: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
1 ekor ikan bawal sederhana besar (Cik Na guna ikan kembung)
1 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, dihiris
1 cm lengkuas, dititik
1 cm halia, dititik
3 biji bawang merah, dihiris
2 helai daun limau purut, dihiris
2 camca besar sos ikan
1 1/2 camca besar cuka
3 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 camca besar gula*
(*ditumbuk hingga lumat)

Caranya:-
1. Ikan disiang, cuci bersih dan perap dengan jus lemon dan garam 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Kelar2 ikan, lumur dengan kunyit serbuk dan sedikit garam. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang hiris, lengkuas dan halia hingga harum. Masukkan bahan tumbuk lumat tadi. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan hirisan bunga kantan.
3. Masak hingga pekat dengan api perlahan. Tuang ke atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun ketumbar dan hidangkan segera.

Tuesday 23 February 2016

Pasta Shells Goreng

Resepi: Lidyawati
Sumber: Buku Hidangan Selebriti Koleksi Resepi Artis-Artis Popular 2

Bahan:-
1/2 bungkus pasta (Cik Na guna small shells)
150 gm daging cincang
150 gm udang basah (x letak)
1 bungkus bebola ikan (x letak jugak)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
50 sen taugeh
4 tangkai sawi
Sedikit daun bawang dan daun sup
3 sudu sos tiram (Cik Na kurangkan 1 1/2 sudu je)

Caranya:-
1. Didihkan sedikit air yang telah dicampur sedikit garam dan olive oil.
Masukkan pasta dan biarkan ia kembang. Toskan.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar. Bila kekuningan masukkan cili kisar. Setelah cili masak masukkan daging cincang dan udang diikuti dengan sayur sawi dan taugeh.
3. Tambah sos tiram sebelum masukkan pasta yang telah ditos tadi. Gaul rata dengan bahan2 tumis.
4. Untuk memekatkan pasta kiranya lembik, masukkan sebutir telur ke dalamnya dan kacau rata.
5. Ketika menghidang taburkan daun sup dan daun bawang.

Pau Kukus Kacang Merah

Sumber Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
500 gm tepung pau/tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu kecil yis mauripan
2 sudu besar shortening
250 gm air suam

Inti (*terpulang) - Cik Na mcm kak Ummi guna kacang merah ready-made

Caranya:-
1. Gaul rata semua bahan kecuali air. Masukkan sedikit sedikit hingga habis. Uli hingga licin dan tidak melekat di tangan. Bulatkan dan tutup dengan kain lembap.(Cik Na guna bread maker, pilih no 8 utk dough).Biarkan naik dua kali ganda. 
2. Kemudian tumbuk2 adunan dan bahagikan kepada doh kecil2. Bulatkan dan isi inti kesukaan.
3. Lapikkan doh atas kertas kecil2 atau daun pisang. Rehatkan hingga doh naik lagi.
4. Bila doh telah naik, panaskan kukusan dan susun doh dalam periuk kukusan dan masak lebih kurang 10 minit. Bila telah masak, buka penutup kukusan perlahan2 agar airnya tidak menitis atas pau.

Monday 22 February 2016

Ikan Goreng Ala Utara

Sumber Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
900 gm ikan siakap (mcm kak ummi Cik Na guna ikan tenggiri)  - dilumurkan dengan garam dan tepung jagung
1 liter air rebusan ayam (Cik Na pun ikut kak ummi bancuh separuh kiub pati ayam dengan 500 ml air)
80 gm cili merah - dikisar (Cik Na letak dlm 5 biji)
80 gm bawang putih - dicincang halus (Cik Na guna 4 ulas)
50 gm serbuk lada sulah (Cik Na letak dlm 1 1/2 sudu besar je)
2 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan rempah kari ikan
1 sud teh minyak bijan
Garam secukup rasa

Caranya:-
1.  Ikan digoreng sehingga garing. Ketepikan.
2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.
3. Masukkan serbuk kari dan cili, tumis sehingga wangi.
4. Masukkan sos tiram, lada sulah, kicap cair, minyak bijan dan air rebusan.
5. Setelah mendidih, masukkan tepung jagung, garam dan perasa.
6. Tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng semasa menghidang.

Saturday 20 February 2016

Kue Tiaw Goreng (Resepi III)

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
500 gm kue tiaw
300 gm udang - dibuang kulit
1 ikat daun kucai - dipotong 1 inci
1 cawan tauge
1 keping tauhu basah - digoreng dan dipotong kecil
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
4 sudu besar kicap pekat (Cik Na guna kicap lemak manis)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 biji telur
1 biji tomato - dipotong kecil
2 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, bawang merah dan kicap pekat. (Cik Na masukkan cili dan bawang dulu, bila garing baru masukkan kicap).
3. Masukkan udang, sos tomato, sos cili dan sedikit air. Kemudian kacau rata.
4. Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar. Kacau sebati. (Cik Na x masukkan sekali, telur Cik Na dadar nipis dan potong halus, tabur atas kue tiaw).
5. Masukkan kue tiaw, tomato, tauhu, tauge dan kucai. Kacau rata dan tutup api.

Sandwich Goreng

Sumber: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
Roti Gardenia (jenama lain pun boleh)
1 camca besar tepung gandum*
2 1/2 camca besar air*(satukan dan jadikan pes)
2 biji telur
1/2 camca teh lada hitam (x letak)
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti (Resepi Cik Na sendiri):-
1 tin sardin (asingkan tulang dan hancurkan, tinggalkan separuh kuahnya)
1 biji bawang besar (potong dadu kecil2)
1 biji cili merah (buang biji & potong dadu kecil2)
2 biji limau kasturi (ambik jusnya)
Garam secukup rasa

Caranya:-
Inti:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan cili merah.
2. Masukkan sardin dan goreng sehingga kering.
3. Perasakan dengan garam dan tutup api. Masukkan jus limau dan ratakan.
Sandwich:
1.  Leperkan setiap keping roti. Ambil sekeping roti, isi inti (lebih kurang 1 camca besar) dan sapu dengan pes tepung di sekeliling bahagian tepi roti, lipat hingga menjadi 3 segi.
2. Tekan2 tepinya untuk merapatkan roti tadi supaya inti tidam terkeluar. Boleh dipotong sedikit lebihan roti tadi dengan pisau atau alat pemotong agar2. Buat hingga siap.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dalam bekas, campur serbuk lada hitam dan  kacau dengan garfu hingga rata. Celup sekeping roti sandwich tadi dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.

Thursday 18 February 2016

Tat Telur

Bahan Kulit:-
350 gm mentega tanpa garam
125 gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
500 gm tepung gandum

Caranya:-
1. Putarkan mentega dengan gula kastor sehingga cukup halus.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Diikuti dengan tepung. Adunkan menjadi doh, bungkuskan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk untuk disejukkan selama setengah jam sebelum digelekkan.
3. Gelekkan pastri untuk dimuatkan ke dalam acuan tat. Cucukkan dasar doh dengan garfu perlahan-lahan.
4. Bakar selama 10 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 C.

Bahan Inti:-
1 tin susu pekat manis
1 tin air
3 biji telur
4 sudu kastard

Caranya:-
1. Bancuh rata bahan kastard, kemudian tapis. Masukkan dalam jug air bermuncung.
2. Keluarkan kulit tat dari oven, tuang bancuhan kastard hingga penuh dan sambung membakar selama 20 minit lagi atau hingga permukaan kastard membeku.
3. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dikeluarkan tat dari acuan.

Wednesday 17 February 2016

Asam Rebus Ikan Pari

Bahan:-
Ikan Pari
2 keping asam gelugor
2 camca besar cili kisar (cili kering+ bawang merah + belacan)
Daun kesum
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Masukkan asam keping, ikan pari, daun kesum dan cili kisar ke dalam periuk. Tuang air secukupnya.
2. Kacau dan masak hingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan masak sekejap hingga ikan masak.

Ketam Bercili

Resepi : Sheila Rusly
Sumber : Buku 100 Resepi Citarasa Selebriti

Bahan:-
2 kilo ketam dipotong dua
Cili kering dikisar
Cili api ditumbuk
Cili masak ditumbuk
Belacan ditumbuk
Halia dihiris
Bawang putih dihiris
Udang kering digoreng
Daun ketumbar (x letak)
Air asam jawa
2 biji telur digoreng hancur (pun x letak)
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis halia dan bawang putih hingga garing.
2. Kemudian masukkan cili kering. Selepas itu masukkan cili hidup dan cili padi yang ditumbuk sekali dengan belacan tadi.
3. Kacau hingga garing baru masukkan garam, gula dan perasa.
4. Kemudian masukkan air asam jawa baru masukkan ketam.
5. Selepas itu masukkan udang kering.
6. Kemudian masukkan telur yang digoreng hancur, biar sampai kering akhir sekali masukkan daun ketumbar.

Sunday 14 February 2016

Kek Batik Kenyalang

Sumber Resepi: Majalah Saji April 2003
Resepi : Marini Montahar

Bahan:-
500 gm mentega Golden Churn
200 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlick
200 gm jem buah-buahan
300 gm tepung hong kong (special pau)
10 biji telur gred A
1 sudu kecil pewarna kuning
2 sudu kecil pewarna hijau
2 sudu kecil pewarna merah

Caranya:-
1. Pukul mentega dan gula sehingga putih (selama tiga minit).
2. Dalam bekas lain, putar telur sehingga kembang.
3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul sebati atau selama dua minit.
4. Masukkan susu pekat, jem, horlick dan tepung. Putar selama dua minit.
5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan iaitu dua cawan untuk kuning, selebihnya dibahagi dua warna, satu merah dan satu hijau. Nisbahnya (4 1/2 : 4 1/2 cawan).
6. Tuang satu cawan adunan kuning dalam acuan 9 × 9 cm yang telah dialas kertas dan disapu mentega. Ratakan adunan, bakar dengan api atas sahaja pada suhu 180 C sehingga masak (Cik Na anggar dlm 5 minit).
7. Masukkan adunan merah dan hijau ke dalam botol sos berasingan. Paipkan secara menyerong adunan hijau berselang-seli merah sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yang sama sehingga masak (lebih kurang 5 minit juga).
8. Jika lapisan tadi menggelembung, tekan lapisan dengan penekan untuk memampatkannya.
9. Paipkan pula lapisan kedua secara bertentangan dengan lapisan bawah. Bakar pada suhu yang sama sehingga masak. Lakukan proses ini sehingga adunan merah dan hijau habis dalam masa yang sama pastikan cara memaipnya adalah menyerong dan bertentangan dengan setiap lapisan.
10. Untuk lapisan akhir, tuang adunan warna kuning yang lebih (1 cawan) ratakan dan bakar pada api atas bawah sehingga masak.

Thursday 11 February 2016

Pau Sambal

Sumber Resepi: Blog (x ingat)

Bahan:-
400 gm tepung gandum (4 cawan tepung)
1/2 peket yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam
2 sudu gula pasir
1 sudu marjerin
2 sudu susu tepung
Sedikit garam
Sedikit air untuk mencanai doh (Cik Na sukat 100 ml)

Caranya:-
1. Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir. Kacau hingga larut dan biarkan berbuih.
2. Masukkan tepung ke dalam semua bahan2 dan uli hingga lembut. (Cik Na guna bread maker).
3. Biarkan doh dalam 30 minit. Biar doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin. Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
4.  Biarkan doh mengembang sehingga seganda.
5. Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan menggunakan api sederhana.
6. Bila kekuningan, angkat dan toskan minyak.
7. Bila sudah sejuk, boleh belah dua (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis dan timun.