Wednesday 9 November 2016

Kuih Lapis Seri Wangi

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
Loyang 8 inci

Bahan A:-
2 cawan tepung betas
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sk garam
2 cawan santan pekat

Bahan B:-
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan - disimpul (ganti 1 sk pandan paste)

Bahan C:-
3 sudu besar serbuk koko*
4 sudu besar air suam untuk bancuh koko* - boleh ganti dengan 1 sudu besar coklat emulco
Pewarna hijau, perasa pandan

Caranya:-
1. Masak bahan B hingga larutkan, biarkan suam sedikit.
2. Sementara itu satukan semua bahan A di dalam mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
4. Bahagikan pada 2 bahagian. Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain
6. Sementara itu sapukan minyak di sekeliling loyang dan alas dengan plastik di dasarnya.
7. Apabila air dah mendidih, letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
8. Masukkan adunan koko 1 cawan dan kukus selama 5 minit.
9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan sederhana sehingga habis adunan.
10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan. 11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik dipotong. Gunakan pisau plastik supaya licin potongannya.


Tuesday 1 November 2016

Roti Sardin

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
10 ketul bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 biji cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 biji telur
Minyak

Untuk Inti:-
1. Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
2. Masak untuk satu minit dan masukkan jus limau nipis.
3. Padamkan api dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

Caranya:-
1. Potong dua bun burger.
2. Toreh bahagian tengah tapi jangan sampai tembus ke belakang.
3. Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
4. Masukkan inti sardin ke dalam bun tadi dan buat sehingga habis.
5. Celup dalam telur yang dah dikocok hingga sebati di bahagian yang dimasukkan inti tadi sahaja.
6. Goreng dalam pan yang sudah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
7. Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yang digoreng.
8. Untuk bahagian bawah goreng untuk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
9. Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yang lain. Jangan lupa toskan roti yang dah siap digoreng.
10. Roti ni sedap dicicah dengan sos.