Tuesday 1 November 2016

Roti Sardin

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
10 ketul bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 biji cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 biji telur
Minyak

Untuk Inti:-
1. Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
2. Masak untuk satu minit dan masukkan jus limau nipis.
3. Padamkan api dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

Caranya:-
1. Potong dua bun burger.
2. Toreh bahagian tengah tapi jangan sampai tembus ke belakang.
3. Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
4. Masukkan inti sardin ke dalam bun tadi dan buat sehingga habis.
5. Celup dalam telur yang dah dikocok hingga sebati di bahagian yang dimasukkan inti tadi sahaja.
6. Goreng dalam pan yang sudah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
7. Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yang digoreng.
8. Untuk bahagian bawah goreng untuk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
9. Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yang lain. Jangan lupa toskan roti yang dah siap digoreng.
10. Roti ni sedap dicicah dengan sos.

No comments:

Post a Comment