Sunday 31 January 2021

Ikan 3 Rasa


Sumber Resepi: Majalah Rasa

Bahan:-
1 ekor ikan bawal – boleh gantikan dengan ikan lain

Bahan Kuah:-
2 sudu makan cili kisar
Sos cili 
Sos tomato
Sos tiram
Sos ikan
Jus limau
2-3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar @ bawang holland - potong dadu
1/4 biji nenas segar - potong dadu (jika kecil guna 1/2 biji)
1 biji tomato - potong dadu
10 biji cili padi - potong
1 batang serai - hiris
Daun ketumbar - hiasan
Sedikit air
Garam, gula dan perasa
Minyak masak

Caranya:-
1. Bersihkan ikan bawal. Lumur garam dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk membuat sos, panaskan minyak tapi jangan terlalu banyak.
3. Tumis bawang putih, cili kering dan semua sos diatas. Sukatan sos agak-agak sahaja ikut cita rasa masing-masing.
4. Bila sos kelihatan masak sempurna, masukkan sedikit air dan jus limau. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing.
6. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, nenas, cili api dan serai. Masak lagi selama beberapa minit.
7. Tuang kuah ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

*Tips - Sebaiknya guna nenas segar kerana ia akan menjadikan rasa sos lebih sedap dan beraroma.

Saturday 30 January 2021

Kuew Tiaw Goreng


Kuew Tiaw Udang (resepi asal pakai kerang tapi sis x makan kerang)
Sumber Resepi: Yatie Kitchen Koleksi Resepi & Tips Masakan Episod 1

Bahan:-
1 bungkus kuew tiaw
1/2kg kerang segar
1/2kg udang segar
3 genggam taugeh (jika suka)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
2 biji telur
1 sudu besar sos seafood
1 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air pes udang 
4 tangkai daun kucai
2 sudu besar sos cili
6 sudu besar kicap manis

Caranya:-
1. Kisar halus bawang besar dan bawang putih. 
2. Tumis bahan-bahan yang dikisar halus, apabila garing, masukkan cili yang telah dikisar. Tunggu sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan sos seafood, sos cili dan sos tomato. Kacau sebati sampai pecah minyak.
4. Setelah bahan tumis tadi garing masukkan udang yang telah dikupas.
5. Masukkan pes air udang, biarkan minyak garing dan masukkan kuew tiaw. Kacau sebati.
6. Pecahkan telur, masukkan daun kucai dan kicap manis. 
7. Akhir sekali masukkan kerang yang telah direbus dan dikupas.
8. Gaul sebati dan boleh dihidangkan bersama cili jeruk.

* Tips:-
📍Boleh tambah taugeh jika suka
📍Pes air udang menyedapkan kuew tiaw. Jangan ditambah garam dalam masakan ini.

Friday 29 January 2021

Udang Khamped


Sumber Resepi: Facebook/Ilham Resepi

Bahan:-
1 kg udang (seeloknya udang besar atau udang galah, garam kunyitkan dan goreng sekejap)

Blend Halus:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai potong halus
2 biji cili hidup (merah)
5 biji cili api (hijau)

2 sudu cili kisar
1 sudu pes tom yam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos ikan

Bahan Perasa:-
Garam 
Gula
Gula merah (sis x letak pun yg ni)

Bahan Hiasan:-
Daun limau purut

Caranya:-
1. Panaskan minyak bekas goreng udang, tumis bahan2 blend hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, masak sampai pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos ikan. Masak hingga mendidih.
4. Jika kering masukkan air.
5. Masukkan udang gaul2 hingga sebati. 
6. Perasakan dan tabur daun limau purut.