Sunday 25 September 2016

Soda Herbs

Sumber Resepi: Facebook/Resepi Sedap

Bahan:-
1 biji lemon
2 batang serai
Daun pudina secukupnya
1 botol air lemon berkarbonat
1 tin laici

Caranya:-
1. Lemon dihiris, serai diketuk dan relaikan daun pudina. Masukkan dalam jug dan ketuk2 sikit dengan sudu/sudip/senduk supaya jus lemon keluar sikit.
2. Masukkan ais batu, buah laici dan air lemon berkarbonat.

Thursday 22 September 2016

Ayam Masak Bali (Resepi II)

Sumber Resepi: Facebook/Koleksi Resepi Masakan Ayam & Daging

Bahan:-
Ayam - lumur dengan kunyit dan garam
Segenggam cili kering*
5-6 biji bawang besar*
Seinci halia*
Sedikit belacan*
Satu labu bawang putih*
* kisar halus
6-8 batang serai dititik
8 pelepah daun kari - asingkan dari batang
3 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil garam
Kicap lebih kurang 5 kali titik

Caranya:-
1. Goreng ayam dalam 10-15 minit. Jangan garing sangat. Ketepikan.
2. Minyak menggoreng ayam tadi digunakan untuk goreng serai sehingga menjadi warna coklat2 kuning (keluar bay dan separa garing).
3. Masukkan daun kari. Kacau dan goreng. Jangan sampai hangus.
4. Masukkan bahan2 kisar dan biarkan garing.
5. Masukkan kicap, garam dan gula.
6. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata dan biarkan dalam 8-10 minit.

Saturday 10 September 2016

Durian Muffin

Sumber Resepi: C&P Kak Nor @ Security Garam

Bahan:-
125 gm mentega
100 gm gula halus
2 biji telur gred A
130 gm tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*
(*disatukan dan diayak)
50 ml susu segar
120 gm isi durian
30 gm hazelnut dicincang kasar - x letak
1 sudu teh ovallete
Kepingan badam atau cincangan badam untuk tabur atas muffin

Caranya:-
1. Pukul mentega, gula dan telur hingga kembang dan gula hancur.
2. Masukkan isi durian serta ovallete dan terus pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata.
4. Masukkan cincangan hazelnut atau x payah letak kalau x nak.
5. Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dengan kepingan atau cincangan badam. Banyak atau sikit bilangan muffin bergantung pada saiz muffin cup masing2.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit. Sejukkan atas redai.

Thursday 8 September 2016

Sizzling Mee Siput

Sumber Resepi: C&P Kak Nor @ Secubit Garam

Bahan:-
2-3 sanggul (gulung) yee mee/mee siput
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake (cendawan kering) - rendam sehingga agak lembut dan potong 4 (x letak pun sbb x da stok)
Sawi - ni tambah sebab ganti cendawan
1 keping dada ayam - potong mengikut citarasa
3 biji cili kering - potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia - hiris nipis
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Beberapa titik minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
1 sudu cili mesin

Caranya:-
1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya. Kalau tambah cili mesin boleh masukkan masa ni dan masak hingga cili garing sedikit.
2. Masukkan ayam yang telah dipotong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 2 cawan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. Masukkan cendawan serta sayur2 lain. Tunggu 2-3 minit.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik. Jangan banyak2.
8. Akhir sekali, masukkan yee mee, biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Jika guna mee siput:
* panaskan air hingga mendidih dan celur mee siput
* jangan terlalu lama, nanti lembik dan toskan
* rendam sekejap dalam air sejuk biasa untuk mengelakkan mee tadi melekat antara satu sama lain.
* toskan
* hidang dalam pinggan dan curahkan kuah ke atas mee tadi.

Gulai Pedas Udang

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
10 ekor udang galah (guna udang sederhana je)
2 biji timun
2 helai daun kunyit, disiat2
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam secukup rasa
20-30 biji cili padi hijau*
1 inci kunyit hidup*
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
* Ditumbuk halus

Caranya:-
1.  Udang dibersihkan, kerat kaki2 kecil, kerat muncung yg tajam dan juga sedikit kulit kepalanya. Perlahan2 menggunakan hujung pisau tarik keluar kotoran dari kepalanya. Buat hingga siap, cuci bersih dan toskan. Timun dikupas kulit, kerat 2 setiap biji, belah 4 setiap keratan. Ketepikan.
2. Dalam periuk, satukan udang, serai tarik, bahan tumbuk halus dan sedikit santan cair. Kacau rata dan masak atas api sederhana hingga udang kecut (jadi warna kemerahan). Tuang lebihan santan cair, kacau dan biar mendidih.
3. Tambah asam gelugor dan timun. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa. Masukkan daun kunyit dan biar mendidih perlahan 2-3 minit sambil dikacau selalu.
4. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman. Kalau rasa tak nak guna cili padi, takut pedas, boleh ganti dengan cili merah dalam 3-4 biji.


Saturday 3 September 2016

Agar-Agar Santan

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
25g agar2 tali (dalam paket)
1150 ml air
2 paket santan serbuk + 750 ml air (dibancuh jadi santan pekat)
1 1/2 cawan gula pasir
1 biji kuning telur
2 helai daun pandan (disimpul)/perisa pandan
Beberapa titis pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam

Caranya:-
1. Basuh agar2 dan jerangkan bersama air hingga mendidih.
2. Pastikan agar2 benar2 larut, masukkan gula, daun pandan dan pewarna hijau. Sederhanakan api dan masak lagi hingga gula larut.
3. Sementara itu kacau santan, garam dan telur hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk.
4. Kacau selalu santan dengan api sederhana hingga nampak santan berbintil2 (naik jadi lumut)
5. Tuangkan ke dalam loyang yang telaj dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan sebentar di luar barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Burger Malaysia

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
200 gm tepung gandum
140 ml susu cair/air (guna susu cair  lagi sedap)
2 sudu besar butter/margerine
2 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil dry yeast
Minyak untuk menggoreng
Sambal ikan bilis
Timun

Caranya:-
1. Masukkan semua bahan kecuali butter/margerine. Gaul rata dan uli sekejap.
2. Masukkan butter/margerine dan uli lagi hingga tidak melekit di tangan.
3. Buat buat besar. Tutup dengan cling film, biarkan kembang hingga 2 kali Ganda (+- 40 minit).
4. Tumbuk2 doh. Bahagikan kepada 8. Buat bentuk bulat dan atur dalam dulang. Biarkan naik 2 x ganda.
5. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana panas. Balik2kan. Bila kekuningan angkat dan sejukkan.
6. Belah 2 roti, jangan putih. Isikan sambal tumis ikan bilis dan timun yang dihiris nipis.

Donut Mini Princess

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar gula halus
1 1/2 sudu besar lemak sayur (shortening)
1 1/2 sudu besar susu tepung
90 ml air suam
1 camca teh instant yeast

Topping:-
Gula kastor (Cik Na mcm Kak Ummi guna icing sugar)

Caranya:-
1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan gaul dan uli sebati. (Bagi yang ada breadmaker, tekang butang ON, tunggu doh siap).
2. Kemudian ambil doh tersebut, buat bulat2 kecil dan masukkan inti (jika mahu).
3. Buat sehingga habis dan biarkan sebentar selama 15-30 miniy atau sehingga ia kembang.
4. Kemudian goreng kekuningan dan bila telah sejuk gaulkn dengan gula castor/gula icing.

Air Bandung Hijau

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
Air secukupnya
1 sudu teh esen pisang
1 sudu teh pewarna hijau
1 helai daun pandan disimpul
Gula secukup rasa
1 tin susu cair

Caranya:-
1. Masak air bersama gula dan daun pandan hingga larut.
2. Letakkan esen pisang dan pewarna hijau.
3. Bila didih matikan api dan biarkan sejuk.
4. Tuang air dalam jug.
5. Masukkan susu cair dan ketulan ais.