Sumber Resepi: Majalah Saji April 2003
Resepi : Marini Montahar
Bahan:-
500 gm mentega Golden Churn
200 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlick
200 gm jem buah-buahan
300 gm tepung hong kong (special pau)
10 biji telur gred A
1 sudu kecil pewarna kuning
2 sudu kecil pewarna hijau
2 sudu kecil pewarna merah
Caranya:-
1. Pukul mentega dan gula sehingga putih (selama tiga minit).
2. Dalam bekas lain, putar telur sehingga kembang.
3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul sebati atau selama dua minit.
4. Masukkan susu pekat, jem, horlick dan tepung. Putar selama dua minit.
5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan iaitu dua cawan untuk kuning, selebihnya dibahagi dua warna, satu merah dan satu hijau. Nisbahnya (4 1/2 : 4 1/2 cawan).
6. Tuang satu cawan adunan kuning dalam acuan 9 × 9 cm yang telah dialas kertas dan disapu mentega. Ratakan adunan, bakar dengan api atas sahaja pada suhu 180 C sehingga masak (Cik Na anggar dlm 5 minit).
7. Masukkan adunan merah dan hijau ke dalam botol sos berasingan. Paipkan secara menyerong adunan hijau berselang-seli merah sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yang sama sehingga masak (lebih kurang 5 minit juga).
8. Jika lapisan tadi menggelembung, tekan lapisan dengan penekan untuk memampatkannya.
9. Paipkan pula lapisan kedua secara bertentangan dengan lapisan bawah. Bakar pada suhu yang sama sehingga masak. Lakukan proses ini sehingga adunan merah dan hijau habis dalam masa yang sama pastikan cara memaipnya adalah menyerong dan bertentangan dengan setiap lapisan.
10. Untuk lapisan akhir, tuang adunan warna kuning yang lebih (1 cawan) ratakan dan bakar pada api atas bawah sehingga masak.
No comments:
Post a Comment