Tuesday 17 February 2015

Nasi Goreng Thai

Resepi: Mesra.net
Dirujuk & Diolah: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 3/4 mangkuk nasi sejuk (lebih bagus kalau guna lebihan buat nasi ayam)
2 biji telur
2 sudu teh sayur campur/lobak yang dihiris halus memanjang (Cik Na guna lobak je)
2 sudu teh cili boh (lebihkan jika nak pedas)
2 sudu teh pes tom yam (lebihkan jika mahu berperisa)
3 tangkai cili padi - dihiris halus
1 helai daun limau purut - dihiris halus2
3 sudu teh kicap manis
1 sudu teh serai yang dihiris halus
1 sudu teh lengkuas yang dicincang halus
3 - 4 ekor udang besar - dicelur dulu
Hirisan isi ayam yang telah direbus atau digoreng terlebih dahulu
Kepingan limau nipis, bawang goreng dan hirisan daun sup untuk hiasan ( Cik Na x letak pun)
Minyak untuk menumis

Caranya:-
1. Pijarkan sesudu makan minyak di dalam kuali dengan api sederhana, pecahkan telur dan gorenglah seperti scrambled egg hingga masak.
2. Masukkan sayur campur/lobak, udang, daun limau purut, lengkuas dan serai, kacau rata sekejap.
3. Masukkan cili boh, pes tomyam, cili padi dan kicap manis.
4. Masukkan nasi dan gorenglah hingga sebati sampai naik bau harumnya dan nasi nampak berasap (tanda dah masak elok)
5. Hidang dengan bahan hiasan.

Cadangan Hidangan: Taburkan hirisan ayam, daun sup dan bawang goreng di atas nasi bersama kepingan limau nipis. Perahkan limau semasa nak makan.

No comments:

Post a Comment