Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis
Bahan:-
Loyang 4 segi 9 (Cik Na guna loyang bulat 9)
5 biji telur
220 gm gula
150 gm tepung cake (blue key)
150 gm tepung gandum
1/2 sudu besar ovallete
180 ml 7 up / ais krim soda
2 sudu besar susu pekat manis
Pewarna merah, biru, oren
Caranya:-
1. Pukul telur dan gula sampai kembang.
2. Masukkan ovallete, pukul lagi.
3. Masukkan tepung selang seli dengan air 7 up/ais krim soda tadi. Kemudian masukkan susu pekat manis, kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, dibubuh pewarna, kukus selapis demi selapis. Setiap lapis lebih kurang 7 minit.
* untuk elak air menitis di permukaan kek, tutup loyang dengan aliminium foil atau balut tutup pengukus dengan kain.
* kalau nak lebih sedap setiap layer letak perasa (Cik Na letak perasa strawberry warna merah, perasa mint warna biru, perisa limau warna oren).
No comments:
Post a Comment