Saturday 18 February 2017

Kek Pisang Bercoklat

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
250 gm mentega/marjerin
3/4 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A (Cik Na mcm kak Ummi guna gred B je)
1 cawan pisang yg dilecek (Kak Ummi & Cik Na lebihkan 1 1/4 cawan)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
150 gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang

Caranya:-
1. Panaskan oven 180°C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yang telah dilecek dan gaul sebati. Gunakan hanya 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanilla dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dengan kaedah kaup balik.
7. Masukkan coklat yang telah diparut dan gaul tapi jangan terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
8. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
(* Kek pisang ni lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lagi cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup.)

No comments:

Post a Comment