Sunday 4 October 2015

Karipap Rapuh Inti Sardin

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis


Bahan Untuk Pastri Rapuh:-
400 gm tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk (letak kiub ais)
Garam
Caranya:-
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk.
2. Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan ia akan menjadi berketul2 halus seperti serbuk roti.
3. Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
4. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak2 kelembutan doh tu.
5. Setelah menjadi doh dan permukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam.
6. Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk dicanai nanti.


Inti Sardin:-
Bahan:-
1 tin sardin sederhana 
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 biji ubi kentang dipotong dadu
3 sudu besar cili kering kisar 
2 sudu besar serbuk kari
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
Minyak untuk menumis
Caranya:-
1. Asingkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi ikannya. Asingkan juga sos atau kuah sardin supaya inti tidak begitu berminyak.
2. Panaskan minyak kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu tadi. 
3. Bila sudah naik bau masukkan bahan kisar tadi. Kacau perlahan sehingga naik bau, masukkan garam.
4. Masukkan pula kentang yang telah ditoskan airnya terlebih dahulu.
5. Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk. Tutup kuali supaya wap air dapat lembutkan kentang dengan cepat.
6. Masukkan isi sardin. Biarkan sehingga inti kentang empuk dan airnya juga sudah kering


Keluarkan doh dari peti ais, bahagikan doh pada bahagian kecil. Ikutlah nak buat karipap bentuk apa.

Canai doh nipis. Kalau guna mesin canai set no 3. Kemudian terap doh bentuk bulat. Dengan menggunakan tapak tangan isikan inti sardin tadi. Kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis.
 

Panaskan minyak, pastikan minyak betul2 panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Untuk frozenkan karipap:
1. Goreng karipap tapi sekejap.
2. Angkat dan sejukkan, kemudian frozenkan.
3. Cara ini untuk matikan minyak dalam karipap.
4. Karipap akan tahan lama dan apabila digoreng semula akan kekal rangup.

No comments:

Post a Comment