Monday, 5 October 2015

Ikan Goreng Berserai

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
3 keping ikan senangin (Kak Ita guna ikan tenggiri)
Cuci bersih, gaulkan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya.

2 batang serai - dititik
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
2 sudu besar asam jawa - diramas dengan sedikit air
1 kiub ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:
3 cm halia
10 tangkai cili padi (Cik Na campur lada hijau)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai - ambil bahagian bawah sahaja
Kesemua bahan di atas dikisar dengan sedikit air

Caranya:-
1. Ambil 2 sudu besar minyak daripada baki menggoreng ikan tadi.
2. Tumiskan bahan2 yang dikisar hingga harum.
3. Kemudian masukkan serai yang telah dititik.
4. Tambahkan air asam jawa secukupnya, biar hingga kuah merenih.
5. Masukkan lada hitam dan kiub ikan bilis. Biar didih dan perasakan dengan garam.
6. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Masak selama 20 minit agar ikan meresap kuah dan kuah kering sedikit.

No comments:

Post a Comment