Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis
Bahan:-
2 cawan keledek yang telah direbus dan dilenyek halus
Secubit garam
Gula pasir secukupnya
Minyak untuk menggoreng
2 cawan keledek yang telah direbus dan dilenyek halus
Secubit garam
Gula pasir secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Caranya:-
1. Bila dah kupas kulit keledek, barulah dilenyek-lenyekkan. Letakkan juga secubit garam supaya terasa lemak manisnya. Lenyek hingga lumat. Keledek ni bila dah dilenyek anggaran sukatannya adalah 2 cawan.
2. Keledek tadi kita campurkan pula dengan sedikit tepung gandum. Jangan banyak sangat tepung nanti liat. Letak anggaran 2 sudu besar. Sebenarnya semuanya bergantung pada keledek. Jika keledek itu lembik sangat lebihkan sikit tepung biar ia boleh dibentuk. Gaulkan dengan tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan mudah dikepal.
3. Ambil doh dan bulat-bulatkan sebesar bola ping pong. Anggaran berat setiap bulatan doh adalah 25gm. Untuk adunan ni kak ita dapat anggaran 20 biji tapi cik na dapat 12 biji je mungkin beza saiz cawan sukatan jadi jumlah doh pun berbeza.
4. Kemudian leperkan. Letakkan 1 sudu gula di tengahnya (Cik Na letak setengah sudu kecil je). Kemudian tutup semula dan bentukkan membujur. Bentuk sampai habis.
5. Bila dah siap semua bolehlah menggoreng. Untuk menggoreng, panaskan dahulu minyak dengan kepanasan yang sederhana sahaja. Bila minyak dah panas bolehlah menggoreng hingga warnanya kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment