Wednesday, 6 January 2016

Masak Lemak Pisang & Cendawan

Sumber Resepi: Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
1 sisir pisang muda
1 cawan cendawan tekukur kering (atau kulat sisir)
3 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
5 ketul tulang ikan masin, rendam 25 minit
1 liter santan cair (boleh kurangkan kalau rasa banyak sangat)
300 ml pati santan
Garam dan secubit gula
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
3 biji cili merah*
10 biji cili padi* (boleh kurang atau tambah)
1/2 inci belacan*
* dikisar halus

Caranya:-
1. Pisang dikupas sedikit kulitnya, potong serong dan rendam dalam air yang dicampur dengan asam gelugor. Buat hingga siap (kalau nak tumbuk sedikit pisang tu pun ok, tapi tak payah potong kecik sangat). Cendawan terkukur direndam hingga kembang, bersihkan, tos dan perah, tumbuk sedikit dan ketepikan.
2. Dalam periuk, masukkan pisang muda tadi (toskan dulu), cendawan terkukur, serai titik, bahan kisar dan asam gelugor. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih dan sederhanakan api dan terus masak hingga pisang lembut sedikit.
3. Tambah pati santan, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula (berhati2 dalam penggunaan garam kerana dalam gulai tu dah ada ikan masin dan ikan bilis). Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga pisang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

No comments:

Post a Comment