Wednesday 26 April 2017

Char Kue Tiau

Sumber Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan:-
1 bungkus kue tiaw
300 gm udang (dibuang kulit)
3 tangkai daun kuchai (dipotong 1 inci)
1 cawan taugeh (x letak sbb x beli)
1 keping tauhu basah ~ digoreng dan dipotong kecil (pun x da)
2 sudu makan cili kisar
4 ulas bawang putih (diketuk)
4 sudu makan kicap pekat (Cik Na guna kicap manis je)
2 sudu makan sos tomato
1 ataupun 2 biji telur
1 biji tomato (dipotong kecil)
2 sudu makan minyak masak
Garam sekiranya perlu

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kicap.
3. Masukkan udang, sos tomato dan air. Kemudian kacau rata.
4. Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar. Kacau sebati.
5. Masukkan kue tiau, tomato, tauhu, tauge dan kucai. Kacau rata dan tutup api.

No comments:

Post a Comment